Skip to content

April 9, 2006

Sharifah Amani Tidak Gubra



SHARIFAH AMANI.

Oleh: JAMLIAH ABDULLAHSHARIFAH Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya tiba cuma setengah jam lewat ke studio petang Khamis minggu lepas.

Berseluar jean dan berkemeja T hitam, Amani melangkah lesu dan dengan nada sedikit moody aktres kecil molek ini memohon maaf atas kelewatan itu.

ΐMaaf! Kak, Nani dari Putrajaya perbaharui pasport. Nani nak bercuti. Sudah tiga tahun Nani tidak bercuti, asyik kerja, kerja saja. Kena tunggu teksi pula,῔ Amani cuba menjelaskan.

Kuyu bola matanya takkala Amani melucutkan kaca mata hitam stail 70-an itu membayangkan keletihan tersebut.

Sengaja saya biarkan dia sendirian seketika untuk menenangkan perasaan dan menyejukkan hatinya.

Bukan kali pertama saya menemu bual Amani dan tahu fiilnya.

Berkongsi satu bintang, mungkin buat saya lebih faham mereka yang berbintang Gemini sebegitu. Senang panas, senang sejuk. Cukup moody.

Amani tidak membiarkan saya menanti lama untuk mengembalikan moodnya. Laju saja celotehnya selepas itu tentang lakonannya dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Gubra, kehidupan selepas Sepet dan rencana masa depan.

ΐOrked Sepet dan Orked Gubra tidak banyak berbeza cuma kini dia sudah berkahwin dan lebih matang,῔ komen aktres yang juga duta produk kosmetik tempatan, SilkyGirl itu.

* Amani lebih matang

BUKAN Orked saja yang matang, kata Amani, tetapi dirinya sendiri sedemikian walaupun baru beberapa tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

ΐNani berlakon filem Sepet tanpa pengalaman. Kosong tentang selok-belok dunia lakonan. Kemudian Nani berpeluang berlakon dalam Gol & Gincu, Puaka Tebing Biru dan teater Hamlet. Sepanjang tempoh tersebut Nani berpeluang belajar lebih banyak.

ΐJadi pengalaman yang Nani kutip sepanjang tempoh tersebut banyak membantu ketika berlakon Gubra,῔ katanya yang sudah membiasakan diri dengan panggilan Nani.

Atas alasan itu kata Amani, dia tidak mempunyai sebab untuk berasa gementar menantikan reaksi ramai usai tayangan filem itu ke pawagam.

ΐNani seorang yang perfectionist dan tidak pernah berpuas hati jika tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan baik. Hakikatnya Nani sudah memberikan yang terbaik dalam Gubra. Jadi tidak ada apa yang perlu Nani risaukan lagi,῔ katanya.

Bercerita tentang Gubra iaitu sequel Sepet yang kini sudah ditayangkan di pawagam, kata Amani, Gubra mempertaruhkan seluruh jiwa raganya.

Dari segi karakter, Amani memberitahu bahawa tidak banyak perbezaan antara Orked Sepet dan Orked Gubra.

ΐOrked masih orang yang sama, cuma kali ini dia lebih matang. Dia juga kini seorang isteri yang berusaha menjadi suri rumah yang terbaik,῔ ceritanya.

Amani menyerlah apabila dia melakukan debut dalam Sepet dan buktinya dia turut menjulang trofi anugerah Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-18 yang kontroversi itu.

Mungkinkah selepas ini ada lagi anugerah besar menanti Amani dan bersifat global memandangkan Gubra tidak mungkin dipertaruhkan dalam festival tempatan?

Kata Amani, ΐNani tidak harapkan apa-apa pun. Apatah lagi trofi anugerah. Nani tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi cukup kalau Yasmin puas hati, keluarga dan kawan-kawan juga puas hati. Ia sudah memadai. Susah kalau kita mengharap semua orang berpuas hati dengan kita.

ΐYasmin membikin Sepet dan kini Gubra dengan jujur tanpa apa-apa sentimen di sebaliknya. Pergi tonton Gubra dengan hati. Rasa filem itu dengan hati,῔ syor Amani.

* Senang digelar ‘anak emas’ Yasmin

YASMIN menggelar Amani sebagai aktres terbaik dalam industri filem ini.

Pengarah itu juga tidak pernah menafikan jika ada yang melabelkan Amani sebagai anak emasnya.

Dari kaca mata pengarah tersebut, Amani adalah ‘Audrey Hepburn’nya yang memiliki kecantikan dan bakat semula jadi yang jarang dimiliki oleh pelakon lain.

Amani menyambut kata-kata itu lebih daripada sekadar pujian biasa.

ΐNani bukan rasa bangga tetapi begitu terhutang budi dengan Yasmin. Sudah lama Nani berharap untuk berlakon dan Nani tidak pernah memberitahu sesiapa pun walaupun mak dan Kak Leya (artis dan deejay Sharifah Aleya).

ΐNani selalu beranggapan bahawa sesuatu mimpi itu tidak akan menjadi kenyataan kalau kita luahkan. Jadi Nani diam saja. Takdir yang menemukan Nani dengan Yasmin dan seolah-olah tahu apa yang Nani mimpikan. Kalau Nani nak balas jasa Yasmin tentu tidak terbalas,῔ kata anak dara Fatimah Abu Bakar ini.

Berpeluang kembali ke lokasi filem Gubra dan bekerjasama dengan produksi Sepet adalah satu kenangan yang manis untuk Amani.

ΐNani suka berada dalam kelompok tersebut. Apa yang cukup menyenangkan Nani adalah di lokasi itu semuanya cukup profesional dan tahu tanggungjawab masing-masing. Ia memudah dan melancarkan penggambaran yang mengambil masa 12 hari saja di Ipoh,῔ katanya.

Bercerita tentang Gubra lagi, kata Amani, filem itu mempunyai mesej tersendiri.

ΐNani tertarik dengan adegan watak isteri bilal berbual dengan pelacur. Ia sangat menyentuh perasaan bagaimana seorang yang alim itu dapat menerima pandangan orang lain tanpa apa-apa prejudis walaupun dia seorang pelacur.

ΐNani faham apa yang ingin Yasmin gambarkan dan inginkan,῔ ceritanya.

* Tidak pernah berubah

DUNIA yang glamor itu selalunya merobah mereka yang bergelumang di dalamnya. Namun Amani menolak andaian tersebut.

ΐNani tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Cuma orang di sekeliling Nani yang berubah.

ΐMemang pelik dunia kadangkala. Kawan boleh bertukar menjadi lawan dan lawan tiba-tiba ingin menjadi kawan. Mungkin itu penangan dunia glamor,῔ luahnya.

Amani juga memandang positif tentang statusnya sebagai artis.

ΐSebagai orang muda, tidak banyak yang menumpukan perhatian kepada kita atau mendengar kata-kata kita secara serius. Nani merasakan setelah Sepet, orang mula membuka mata dan hati kepada Nani.

ΐNani berusaha melakukan yang terbaik. Orang sudah mula mendengar dan itu adalah lebih baik,῔ tambahnya.

Oleh sebab itu kata Amani, dia berbesar hati apabila terbabit dengan filem seperti Sepet dan Gubra yang mempunyai mesej sosial yang kental.

Sebagai artis dan anak yang baik, Nani menaruh harapan untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga pada masa depan.

ΐNani membesar dalam industri ini dan membawa nama keluarga. Kalau Nani buat silap apa-apa pun nama keluarga yang naik, siapa? Anak Fatimah Abu Bakar! Ada isu sikit mak yang diminta komen dahulu. Kalau boleh Nani elakkan hal yang kontroversi.

ΐNani perlu berkelakuan baik sepanjang masa kerana tidak mahu mengecewakan orang di sekeliling Nani,῔ jelas Amani.

* Berlakon dengan ibu

KINI buat pertama kali, Amani akan berlakon di samping ibunya Fatimah dalam filem Cinta yang ke pawagam pada pertengahan tahun ini.

Ia adalah pengalaman yang cukup bermakna dan menarik untuk dua beranak tersebut.

Peluang tersebut datang tanpa diduga, kata Amani.

Amani mengakui bahawa dia juga gementar ketika berlakon dengan ibunya walaupun cuma terdapat satu babak mereka berdialog.

Cinta adalah sebuah filem daripada Mira Mustaffa dan diarah oleh Kabir Bhatia yang juga berkisar tentang cinta yang penting dalam kehidupan seseorang.

Amani memberitahu bahawa ibunya mempunyai pengaruh yang besar dalam hidupnya sejak kecil hingga kini.

ΐMak mendidik kami dengan tegas tetapi penuh kasih sayang. Ikatan kekeluargaan yang kuat memainkan peranan membentuk Nani dan adik-beradik lain,῔ katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments