MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for February, 2007

Linda Onn Merajuk Kerana Kebaya

Posted by admin on 28th February 2007



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Rekaan pereka luar dikatakan menjadi punca kontroversi ‘kehilangan’ Linda Onn pada acara karpet merah Anugerah Akademi di Kodak Theater, Hollywood, Amerika Syarikat, semalam.

Untuk acara karpet merah itu, Linda sepatutnya menjadi pengacara bersama pengacara Channel V, Dominic Lau.

Linda telah membawa sepasang kebaya rekaan pereka muda kelahiran Indonesia, Jovian Mandagie untuk dipakai pada acara itu.

Bagaimanapun menurut sumber, ada pihak yang kurang senang dengan keputusan Linda untuk menggunakan baju itu hanya kerana ia direka oleh pereka luar.

Gara-gara itu, seorang wakil Star TV terbang ke Los Angeles (LA) membawa sepasang pakaian rekaan pereka tempatan, Radzuan Radziwill untuk dipakai Linda beberapa hari sebelum acara berlangsung.

Namun, kata sumber itu lagi, Linda enggan mengenakan baju rekaan pereka tempatan dan dikatakan begitu kecewa kerana tidak berpeluang menggayakan kebaya yang direkanya bersama Jovian lalu menarik diri menjadi pengacara karpet merah itu.

Utusan Malaysia telah cuba menghubungi Linda di LA hari ini namun panggilan tidak dijawab.

Dalam pada itu, Jovian yang dihubungi berkata, dia terkilan kerana Linda tidak dapat menggayakan rekaannya pada anugerah berprestij itu.

‘‘Memang Linda terlibat sama dalam proses rekaan kebaya Malaysia tersebut dan saya mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkannya.

“Linda begitu gembira dengan hasilnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus membelinya,” kata pereka berusia 21 tahun itu yang enggan mendedahkan harga dan lakaran kebaya itu.

Linda Onn merupakan artis Malaysia keempat yang menggunakan khidmatnya selepas Kudsia Kahar, Ning Baizura, Nikki dan Yanie.

Sebelum ini, rekaan pereka yang mula menetap di sini sejak berusia lima tahun itu sering digayakan oleh artis-artis terkenal Indonesia seperti Krisdayanti, Rossa dan kumpulan Ratu.

Sementara itu, menurut sumber, Radzuan telah menerima arahan daripada pihak tertentu pada saat akhir untuk menyiapkan sehelai pakaian baru untuk Linda Onn.

Justeru, kebaya moden khusus untuk Linda disiapkan dalam tempoh sehari semalam sahaja.

Radzuan dikatakan berasa kecewa dengan tindakan penyampai radio popular itu yang enggan menggayakan rekaannya.

Dominic ketika dihubungi pula enggan memberikan sebarang komen mengenai ‘kehilangan’ Linda itu.

Beliau hanya menjelaskan: “Adalah menjadi satu kerugian besar bagi sesiapa yang menolak peluang keemasan menjadi pengacara karpet merah pada Anugerah Akademi.

“Bukan senang untuk mendapat peluang menemu bual bintang-bintang besar Hollywood pada majlis itu.”

Powered by Utusan Malaysia

Posted in Krisdayanti, Linda Onn, Ning Baizura, Rossa | No Comments »

Singer Stephanie Sun Back In Singapore After Tour Guide Tiff In Cairo

Posted by admin on 28th February 2007

SINGAPORE: Singapore singer Stefanie Sun is back in Singapore from the Egyptian capital of Cairo.

She had been shooting a music video there, when a payment dispute turned ugly.

The local tour guide engaged by her recording company had demanded more money and allegedly threatened them.

Bodyguards were sent to their hotel after the group reported the incident to their headquarters and the Singapore embassy in Cairo.

A tired-looking Stefanie was greeted by beefed-up security at the airport.

Her plane touched down about 6pm Wednesday from Hong Kong.

Sun planned to fly to Taiwan but flew back to Singapore instead.

She said she was very happy to be back in Singapore and thanked everyone for their support. – CNA/yy

Channel News Asia

Posted in Stefanie Sun | No Comments »

MPs Warn Of The Danger Of Crutch Mentality Among Low Income Group

Posted by admin on 28th February 2007

On the second day of the Budget debate in Parliament, MPs warned of the danger of a crutch mentality developing among the low income group.

And they urged Singaporeans to look at the various support schemes announced in the Budget as a means to help them be self-reliant.

There continued to be all-round support for new schemes in the Budget – like the Workfare – including qualified support from the opposition camp.

However MP for Potong Pasir Chiam See Tong and Non-Constituency Sylvia Lim argued that revenue from government land sales could have been used to finance social programmes, instead of raising the Goods and Services Tax to seven percent.

Even the young want to benefit from it.

Teo Ser Luck, Parliamentary Secretary, Community Development, Youth and Sports Ministry, said: “Two young student 16 years of age asked me a question: everybody seems to getting some bonus, what about us? They said: ‘We work part-time and income is below $1,500, shouldn’t we get financial help to have more pocket money?’ Of course I went on to explain about the principles of the Budget, why and where the help is going to and what is in it for them.

“As in education and whatever is for their parents would channel down to them as well. We do not want to build a generation of takers. We need a generation of earners, (who) earn their keep and givers, those who share.”

Workfare also recognised social realities and this includes the impact of globalisation on the widening income gap.

NMP Eunice Olsen cautioned that the politics of class and social inequality, caused by an accelerating income divide, would be detrimental to our national interests.

She said, “There will always be income disparity, but it is how we manage it so it does not become an income divide that is entrenched and cannot be bridged, that counts.”

MPs stressed that lifelong handouts cannot be the solution.

Mr Arthur Fong, MP – West Coast GRC, cited a constituent who was reluctant to return to the workforce as her children’s education needs were already met by various assistance schemes.

He said: “While the government constantly comes up with programmes to help the needy, we must ensure that the needy have the self determination to help themselves. I am therefore heartened; the Minister reminded the House that our people should not lose their self reliance. This is crucial for us to flourish as a nation.”

And some constituencies are already doing this.

MP for Tampines GRC, Irene Ng, said: “In Tampines Changkat, we have started a Sunday market for retirees and housewives to set up stalls to earn some pocket money. With some funds, we can do more to train the housewives and retirees there to be more enterprising and to also promote the market and their wares.”

While much of the Budget debate has been focused on ways to help the low income help themselves, some MPs said the government should make it easier for the less educated or lower skilled workers to be self-reliant in ways that are within their capability.

Wee Siew Khim, MP – Ang Mo Kio GRC, said: “Make it easier for these people to become small stall holders or hawkers. The present approach of tendering out all stalls in the market and hawker centres make it almost impossible for those with limited means to attempt to start making a living this way. Maybe a cooperative to facilitate the entry of the small, poor stallholders and hawkers could be looked into.”

Even the elderly, MP Lily Neo felt, can be self-reliant with proper retirement financing, such as a compulsory Universal Annuity Insurance Scheme.

She said: “This scheme makes it mandatory for Singaporeans to pay for a universal insurance fund using a small percentage of their CPF. Contributions could be progressive in nature, and lower income groups could receive Government top-ups to fund their contribution.”

She added: “I would like to suggest a mandatory Universal Annuity Insurance Scheme to ensure that all Singaporeans are self-reliant, and able to provide for basic retirement needs. Members are already allowed to use their CPF for investments, housing purchases and MediShield.

“This scheme establishes a common insurance fund that is redistributive in nature. Contributions could be progressive in nature, and lower income groups could receive Government top-ups to fund their contribution. The advantages of such a scheme are better economies of scale, lower premiums and higher payouts.”

Second Finance Minister Tharman Shanmugaratnam will respond to the MPs’ suggestions on Thursday. – CNA/ch

Channel News Asia

Posted in Eunice Olsen | No Comments »

Hollywood Semakin Menghargai Karyawan Asing

Posted by admin on 28th February 2007

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Penganjuran awal Oscar pada 1929, pelakon golongan minoriti di Hollywood sering kali di pandang remeh dan watak yang diberikan juga tidaklah begitu meyakinkan.

Minoriti yang dimaksudkan di sini adalah bangsa asing yang menetap di Amerika Syarikat (AS). Golongan kulit hitam yang dilahirkan di AS juga termasuk dalam golongan ini kerana mereka turut tidak dihargai dan tidak dipandang oleh karyawan AS sendiri.

Sebelum ini, Oscar dilihat sebagai acara anugerah yang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan hanya kepada karyawan AS sahaja. Namun, segalanya berubah apabila pertama kalinya pelakon lelaki Britain iaitu Charles Laughton menerima Oscar untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Private Life of Henry VIII yang diterbitkan pada 1933.

Enam tahun kemudian, pelakon kulit hitam pertama berjaya memecah tembok perkauman itu apabila Hattie McDaniel menerima Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem klasik agung, Gone With The Wind.

Selepas detik itu, golongan kulit hitam khususnya, telah berjaya mendapat 52 pencalonan untuk kategori lakonan dan hanya seorang sahaja pengarah iaitu John Singleton berjaya dicalonkan bagi kategori Pengarah Terbaik melalui filem Boyz N The Hood pada 1991.

Sejarah tercatat lagi apabila pelakon legenda, Sidney Poitier menjadi pelakon kulit hitam lelaki pertama diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada 1963 menerusi filem Lilies Of The Field.

Tahun 2001 menyaksikan Denzel Washington memenangi kategori yang sama bagi filem Training Day dan seterusnya Jamie Foxx berjaya menunjukkan lakonan cemerlang sebagai penyanyi blues terkenal, Ray Charles dalam filem Ray pada tahun 2004.

Kenangan manis bagi golongan kulit hitam apabila Halle Berry mencatat sejarah menjadi pelakon kulit hitam pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Monster’s Ball pada 2001. Sebelum Berry, hanya enam pelakon wanita sahaja yang berjaya dicalonkan untuk kategori itu.

Dorothy Dandridge menjadi pelakon kulit hitam wanita pertama dicalonkan untuk Oscar pada 1954 bagi filem Carmen Jones.

Oscar juga mula mengiktiraf karyawan yang datang dari negara lain apabila hasil kerja mereka mula dipandang. Ini jelas terbukti apabila pelakon jelita, Sophia Loren menjadi pelakon asing pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Two Women pada 1961. Dialognya dalam filem tersebut keseluruhannya adalah di dalam bahasa Itali.

Kejayaan Loren diteruskan apabila pada 1998 oleh Roberto Benigni apabila diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Itali, Life Is Beautiful.

Sepanjang 79 tahun Oscar dianjurkan, sebanyak enam sahaja pelakon Jepun yang dicalonkan untuk Oscar. Miyoshi Umeki merupakan satu-satunya pelakon Jepun yang berjaya memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Sayonara pada 1957 dan sehingga kini tiada lagi pelakon dari Asia yang memenangi Oscar dalam kategori lakonan.

Malah, filem kebanggaan Taiwan iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan Ang Lee berjaya dicalonkan untuk 10 kategori termasuk Filem Terbaik pada 2001. Ia mencatat rekod sebagai filem Asia pertama yang dicalonkan untuk Filem Terbaik.

Tahun lepas, memperlihatkan kehebatan Ang Lee apabila menjadi pengarah pertama dari Asia yang memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem kontroversi, Brokeback Mountain.

Ahad lalu (Isnin waktu Malaysia), Oscar yang diadakan di Kodak Theatre, Hollywood, Amerika Syarikat, mula membuka mata dan memandang tinggi karya serta bakat golongan minoriti ini apabila memperlihatkan golongan ini mula menguasai banyak pencalonan baik dari segi lakonan mahupun teknikal.

Masakan tidak, tahun ini calon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik misalnya, hanya seorang sahaja pelakon yang merupakan anak jati Amerika iaitu Meryl Streep.

Empat calon lain merupakan mereka yang berasal dari luar Amerika iaitu Judi Dench, Helen Mirren dan Kate Winslet (England) dan Penelope Cruz (Sepanyol). Kemenangan menyaksikan Helen Mirren memenanginya menerusi filem The Queen.

Begitu juga bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Dua pelakon kulit hitam iaitu Will Smith dan Forest Whitaker turut dicalonkan dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Whitaker menerusi wataknya sebagai seorang diktator Uganda bernama Idi Amin dalam filem The Last King Of Scotland.

Bintang baru Hollywood yang makin bersinar iaitu Jennifer Hudson turut diiktiraf melalui filem sulungnya, Dreamgirls apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan menjadikannya pelakon kulit hitam wanita ketiga diiktiraf selepas Whoopi Goldberg yang memenanginya pada 1991 bagi filem Ghost dan Hattie McDaniel.

Malah, filem hebat dari Mexico iaitu Pan’s Labyrinth berjaya memenangi empat kategori teknikal sekali gus menewaskan filem-filem hebat yang turut dicalonkan dalam kategori yang sama.

Penggubah muzik dari Argentina, Gustavo Santaolalla mencipta rekod tersendiri apabila menerima Oscar untuk kategori Skor Muzik Asal Terbaik dua tahun berturut-turut melalui filem Babel dan tahun lepas bagi filem Brokeback Mountain.

Apatah lagi, apabila filem The Departed yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik merupakan sebuah filem adaptasi dari Hong Kong iaitu Infernal Affairs.

Apa lagi yang mahu dikatakan? Rekod-rekod yang dicatatkan tahun ini sudah jelas memperlihatkan bahawa golongan minoriti ini sudah mula diterima dan bakat-bakat mereka mula dihargai.

Mungkin Hollywood tidak mahu lagi bersikap skeptikal dan mula membuka minda bahawa golongan lain juga mampu memberikan saingan hebat kepada karyawan mereka sendiri.

Mungkin juga mereka mulai sedar jika tidak diberikan peluang kepada golongan ini untuk menunjukkan bakat, industri mereka tidak akan menjadi meriah dan kurang variasi.

Sebenarnya, bukan mudah golongan minoriti menembusi tembok Hollywood. Apatah lagi apabila dinobatkan dengan Oscar, itu adalah satu pengiktirafan yang tinggi dan jelas menunjukkan usaha, keyakinan dan semangat yang tinggi amat perlu untuk golongan ini diterima dan dipandang tinggi oleh Hollywood.

Mungkin satu hari nanti, siapa tahu mungkin filem Malaysia akan diiktiraf di Oscar. Semuanya boleh terjadi jika karyawan kita sendiri bersedia untuk mengubah pemikiran untuk menghasilkan yang terbaik.

Semuanya tidak mustahil dan sebarang kemungkinan boleh terjadi. Apa yang penting adalah semangat dan keberanian untuk menembusi tembok yang menjadi penghalang kepada diri kita selama ini.

Senarai penuh pemenang Anugerah Academy Ke-79

- Filem Terbaik: The Departed

- Pengarah Terbaik: Martin Scorsese (The Departed)

- Pelakon Lelaki Terbaik: Forest Whitaker (The Last King Of Scotland)

- Pelakon Wanita Terbaik: Helen Mirren (The Queen)

- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Alan Arkin (Little Miss Sunshine)

- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Jennifer Hudson (Dreamgirls)

- Lakon Layar Asal Terbaik: Little Miss Sunshine

- Lakon Layar Adaptasi Terbaik: The Departed

- Sinematografi Terbaik: Pan’s Labyrinth

- Suntingan Terbaik: The Departed

- Penataan Seni Terbaik: Pan’s Labyrinth

- Rekaan Kostum Terbaik: Marie Antoinette

- Skor Muzik Asal Terbaik: Babel

- Muzik Asal Terbaik: An Inconvenient Truth

- Solekan Terbaik: Pan’s Labyrinth

- Bunyi Terbaik: Dreamgirls

- Suntingan Bunyi Terbaik: Letters From Iwo Jima

- Kesan Khas Terbaik: Pirates Of The Carribean: Dead Man’s Chest

- Filem Animasi Terbaik: Happy Feet

- Filem Asing Terbaik: The Lives Of Others (Jerman)

- Filem Dokumentari Terbaik: An Inconveniet Truth

- Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The Blood Of Yingzhou District

- Filem Pendek Animasi Terbaik: The Danish Poet

- Filem Pendek Terbaik: West Bank Story

Utusan Malaysia

Posted in Kate Winslet, Penelope Cruz | No Comments »

Azlina Pa’Wan Penulis Skrip Gred A?

Posted by admin on 27th February 2007

Mukadimah
SKRIP yang bermutu memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah drama ataupun filem.

Justeru peranan penulis skrip sukar disangkal kerana tanpa golongan ini mana mungkin akan terhasilnya sebuah filem atau drama yang menarik untuk ditonton.

Azlina Pa’wan merupakan antara penulis skrip tempatan yang banyak menulis skrip drama dan filem yang mendapat sambutan para penonton.

Qabil Khusry Qabil Igam (QKQI) merupakan skrip filem hasil karya beliau yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.

Filem terbitan Sonata Film (M) Sdn. Bhd., itu berjaya mengutip RM1 juta selepas seminggu ditayangkan sejak 8 Februari lalu.

QKQI arahan Zaili Sulan yang menelan kos RM1.7 juta itu mampu mempopularkan lagi nama Azlina sebagai penulis skrip yang disegani ramai.

Malah, sebelum ini pun penulis skrip berusia 41 tahun ini sering menjadi rebutan ramai penerbit filem dan drama tempatan.

Ekoran permintaan yang tinggi, ada yang meletakkan Azlina sebagai salah seorang penulis skrip gred A kerana karya-karyanya yang dikatakan bermutu tinggi.

Persoalannya, sejauh manakah mutu dan keaslian skrip tulisan beliau boleh dibanggakan? Wartawan ABD. AZIZ ITAR dan jurugambar JEFFRI A. RAHMAN sempat menemu bual beliau baru-baru ini. Ikuti temu bual tersebut.

MEGA: Ada orang kata QKQI macam filem Hindustan, jadi di manakah letaknya keaslian idea anda dalam skrip filem itu?

AZLINA PA’WAN: QKQI bukan filem Hindustan. Filem ini tidak juga diciplak daripada filem Hindustan. Sebaliknya saya dapat idea menulis skrip filem ini selepas menonton filem berjudul Legend Of The Fall lakonan Sir Anthony Hopkins dan Brad Pitt pada 1995. Ia merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang tiga lelaki yang berebut seorang wanita. Ramai yang kata saya tulis skrip filem Hindustan mungkin selepas melihat judul filem ini. Sedangkan saya bukannya seorang peminat filem Hindustan. Selama ini pun saya menonton tidak sampai enam buah filem Hindustan. Filem Hindustan pertama yang saya tonton berjudul Dilwale Dulhania Le Jayange pada tahun 1997. Tetapi filem-filem Hindustan yang saya tonton itu tidak mempengaruhi jalan cerita filem QKQI.

Komen anda apabila dikategorikan sebagai penulis skrip gred A?

Setiap penulis skrip ada gred masing-masing berdasarkan pengalaman dan sambutan skrip-skrip mereka yang pernah diadaptasi sama ada melalui drama ataupun filem. Saya rasa saya berada di gred A kerana faktor-faktor tersebut. Sebab itu saya menerima bayaran yang setimpal dengan skrip-skrip yang telah saya hasilkan. Walaupun bayarannya lumayan tetapi saya tidak mampu memenuhi semua permintaan pada satu-satu masa kerana saya memerlukan masa dan tumpuan bagi menghasilkan sebuah skrip yang baik. Kalau saya tulis skrip yang jalan ceritanya tidak sedap takut nanti penerbit merungut pula. Penonton pun akan jadi bosan. Jadi, saya memang berhati-hati dalam soal itu.

Apakah hebatnya skrip QKQI?

Bagi saya, jalan cerita filem ini boleh dijadikan sebagai ‘makanan jiwa’ kepada para penonton yang mahu jiwa mereka ‘disentuh’. Saya sudahpun membuat tinjauan di panggung-panggung wayang di mana ramai penonton tidak kira lelaki dan wanita yang bukan setakat sebak tetapi ada yang menangis hingga teresak-esak ketika menonton filem ini. Fenomena itu paling ketara ketika tayangan pada waktu malam. Saya memang suka ‘terjah’ ke panggung-panggung wayang untuk melihat sendiri reaksi para penonton. Apabila melihatkan keadaan itu saya rasa puas kerana ‘misi’ saya itu berjaya.

Apakah formula anda menulis skrip?

Saya tiada formula khusus tetapi saya menyedari bahawa penonton di Malaysia sukakan sesuatu yang melankolik. Mereka sukakan perkara-perkara yang boleh menyentuh hati. Sebelum ini pun saya sudah mencuba formula itu menerusi lebih 100 skrip drama-drama TV yang saya tulis. Misalnya ramai yang tersentuh hati menonton skrip drama tulisan saya seperti Orang Gaji, Pucuk Pegaga Ulam Raja dan Anak Bapak. Selain itu, jalan cerita yang juga menarik, mampu untuk menarik minat penonton.

Selepas banyak menulis skrip drama mengapa baru sekarang anda menulis skrip filem?

Pada mulanya saya bercita-cita mahu menjadi pengarah filem tetapi ramai yang tidak percaya dengan kemampuan saya. Mungkin saya seorang yang lemah lembut dan tidak garang. Bagaimanapun penulis skrip, Zain Mahmud kata saya ada bakat menjadi penulis skrip. Malah, dia juga mempelawa saya menjadi anak didiknya. Sayangnya, saya tidak sempat belajar kerana beliau telah meninggal dunia.

Masih berminat untuk menjadi pengarah filem atau drama?

Biarlah saya simpan impian itu kerana saya hanya akan menumpukan bidang di mana saya memang mempunyai bakat dan kepakaran sahaja. Buat masa ini karier sebagai penulis skrip dan penerbit adalah yang paling sesuai dengan saya.

Akhir sekali apakah harapan anda pada QKQI yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan?

Harapan saya supaya filem ini dapat mengaut kutipan tiket yang tinggi supaya saya dapat membayar semula hutang pinjaman perfileman dari FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Kalau filem ini dapat sambutan saya bercadang mahu memberi bonus. Ataupun kalau ada untung lebih saya mahu membawa kesemua tenaga kerja filem ini menunaikan ibadah umrah.

Utusan Malaysia

Posted in Anthony Hopkins | No Comments »