MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for May, 2007

Shrek The Third Lucu Dan Menghiburkan

Posted by admin on 31st May 2007



Oleh: SHAZRYN

SHREK, itulah nama yang diberikan kepada ogre iaitu sejenis makhluk bersaiz besar berwarna hijau. Kali pertama, Shrek menjadi sebutan apabila sebuah buku bergambar untuk kanak-kanak yang berjudul Shrek! karya William Steig dipasarkan pada tahun 1990.

Mungkin ramai yang tidak tahu, nama Shrek itu datangnya dari perkataan Yiddish atau di dalam bahasa German yang membawa maksud ketakutan.

11 tahun kemudian, tanpa di sangka, Shrek berjaya menjadi satu fenomena yang luar biasa di seluruh dunia apabila buat pertama kalinya filem animasi itu menemui penonton pada tahun 2001. Filem itu berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$479 juta (RM1.7 billion) di seluruh dunia.

Kejayaan Shrek itu juga melayakkan filem itu dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik pada Oscar 2002. Bukan itu sahaja, pada majlis yang sama juga, Shrek turut menerima pencalonan bagi kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

Shrek sebenarnya bukanlah sebuah filem animasi biasa yang sering ditonton. Uniknya Shrek adalah elemen komedi yang begitu kuat dalam penceritaannya membuatkan filem itu mudah diterima. Apatah lagi, Shrek juga menampilkan parodi dari filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Kesinambungan Shrek diteruskan apabila filem sekuelnya, Shrek 2 ditayangkan pada tahun 2004 dan tidak memeranjatkan apabila filem itu berjaya mengaut keuntungan berlipat ganda iaitu sebanyak AS$920 juta (RM3.22 billion) di seluruh dunia.

Selain daripada jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami, kekuatan filem-filem Shrek terletak pada penyumbang suara untuk watak-watak yang ditampilkan terutama tiga watak utama filem tersebut iaitu Shrek (suara oleh Mike Myers), Princess Fiona (Cameron Diaz) dan Donkey (Eddie Murphy).

Kini, filem sekuelnya yang ketiga, Shrek The Third mula menemui penonton tempatan bermula hari ini (31 Mei). Sebelum itu, Shrek The Third yang mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 18 Mei lalu mencatatkan tayangan pembukaan yang membanggakan iaitu sebanyak AS$122 (RM427 juta) untuk tiga hari pertama.

Kali ini, pelbagai konflik yang ditampilkan dalam filem ketiga ini yang bisa membuatkan penonton terhibur dan ketawa sepanjang satu setengah jam filem ini ditayangkan.

Kata pengarahnya, Chris Miller, Shrek The Third lebih menonjolkan kepada kehidupan Shrek pada fasa yang seterusnya terutama dalam ikatan perkahwinannya bersama isteri tercinta, Fiona.

“Dalam filem pertama, kita sudah lihat bagaimana Shrek bertemu, jatuh cinta dan berkahwin dengan Princess Fiona. Filem kedua pula, lebih kepada bagaimana Shrek berdepan dengan masalah keluarga Fiona selepas berkahwin.

“Jadi, kali ini, saya mahu menonjolkan kehidupan yang lebih dewasa dalam diri Shrek yang saya lihat adalah sesuatu yang normal dalam hidup lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri,” katanya.

Jelasnya, lagi, perjalanan hidup Shrek tidaklah seindah yang disangka apabila ia tidak dinikmati sebaiknya oleh Shrek kerana dia kurang percaya pada dirinya untuk menjadi seorang bapa dan ketua keluarga yang baik.

Bagi Miller, apa yang mencabar kali ini adalah untuk mencari suara pelakon yang sesuai dengan watak-watak baru yang ditampilkan dalam Shrek The Third.

“Sebaik sahaja saya mendapat skrip, saya sudah mula menyenaraikan setiap pelakon dan pemilik suara yang saya mahukan dan sesuai dengan watak-watak dalam filem kali ini.

“Apa yang membuat saya terharu, ramai di antara mereka yang mahu menyumbang suara mereka dalam Shrek The Third. Ini bukan sekadar mahukan yang terbaik, tetapi mahu mereka terlibat sama juga,” ujar Miller yang pertama kali mengarahkan filem Shrek ini.

Shrek The Third turut menyaksikan bintang pop terkenal, Justin Timberlake menyumbangkan suaranya untuk watak Arthur.

Mike Myers yang menyumbang suaranya untuk watak Shrek pula berkata, penglibatannya dalam ketiga-tiga filem Shrek merupakan antara perkara manis sepanjang kariernya.

“Saya begitu bertuah dan kagum dapat menyumbangkan suara untuk filem animasi kegemaran ramai ini. Kalau ada yang berkata, saya sudah berasa bosan dengan Shrek, anda silap! Saya suka bekerjasama dengan semua yang terlibat dalam Shrek. Kami bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia,” katanya yang akan meneruskan watak Shrek buat kali keempat yang bakal ditayangkan pada tahun 2010 nanti.

Sinopsis

SHREK The Third memulakan kisahnya apabila Shrek (Mike Myers) yang sudah berkahwin dengan Princess Fiona (Cameron Diaz) bakal ditabalkan sebagai raja di negara Far Far Away. Tiada calon yang layak menggantikan bapa Fiona iaitu King Harold (John Cleese) yang gering dan akan mati pada bila-bila masa sahaja.

Jauh di sudut hati Shrek, dia tidak yakin dia akan menjadi seorang raja yang baik kerana dia tidak selesa dengan protokol dan kehidupan di istana. Baginya, dia cukup selesa dengan kehidupan biasanya di paya di tengah-tengah hutan.

Sebelum King Harold mati, dia sempat memberitahu waris terdekat pada Shrek yang layak untuk menjadi raja adalah sepupu Fiona iaitu Artie (Justin Timberlake).

Dengan itu, Shrek bersama dua orang sahabat baiknya, Donkey (Eddie Murphy) dan Puss In Boots (Antonio Banderas) mengembara untuk membawa pulang Artie. Dalam masa yang sama, Shrek dikejutkan dengan berita dia akan menjadi bapa dan ini amat merisaukan dirinya kerana dia belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.

Dalam masa yang sama, Shrek The Third juga menceritakan watak Prince Charming (Rupert Everett) yang masih menyimpan dendam terhadap Shrek yang bakal menjadi raja itu lalu dia membuat rancangan untuk menyerang dan mahu membunuh Shrek.

Adakah Prince Charming berjaya melunaskan dendam kesumatnya? Bagaimana pula Shrek berhadapan dengan dirinya yang bakal menjadi bapa itu? Semuanya ada dalam Shrek The Third yang kini ditayangkan di pawagam tempatan. Yang pasti, Shrek The Third amat sesuai untuk tontonan sekeluarga kerana elemen komedi dan kekeluargaan yang ditonjolkan. Jika anda suka Shrek dan Shrek 2, percayalah, Shrek The Third juga akan berada dalam senarai anda.

Selamat menonton!

Utusan Malaysia

Posted in Eddie Murphy | No Comments »

Fazura, Geraldine Saling Berpandangan Sebelum Bertengkar

Posted by admin on 31st May 2007

KUALA LUMPUR 30 Mei – Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa pandangmemandang dan kata-kata yang membangkitkan kemarahan menjadi punca pergaduhan antara pelakon, Fazura dan seorang suri rumah hampir tiga tahun lalu.

Cif Inspektor Mohamad Mohd. Jais berkata demikian semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwa berdasarkan percakapan mangsa dan tertuduh semasa siasatan yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut beliau yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Geraldine Mariana Wong, memberitahu pergaduhan hanya berpunca daripada insiden pandang-memandang antara mereka semata-mata.

Sementara tertuduh, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, pula memberitahu mereka bergaduh selepas Geraldine mengeluarkan kata-kata yang tidak betul dan tidak baik didengar terhadapnya.

‘‘Menurut kenyataan Fazura, semasa menghampiri Geraldine dan bertanya sekiranya ada apa-apa hal, mangsa hanya berkata, ‘…tidak ada apa-apa, cuma awak cantik’,’’

‘‘Selepas memanggil teman lelaki Fazura, Geraldine berkata… jika awak sayang teman lelaki awak, kenapa dia menggoda saya. Dari situ bermulanya pertengkaran antara mereka,’’ katanya menjawab soalan pegawai pendakwa Cif Inspektor R. Rukumar semasa pemeriksaan utama.

Menurut Mohamad, berpandukan siasatan dan keterangan saksi-saksi, beliau mendapati wujud pertengkaran antara kedua-duanya dan mangsa telah dicederakan oleh Fazura.

Katanya, pergaduhan itu juga dapat disahkan melalui gaun hitam berbintik oren yang diserahkan oleh Fazura kepada pihak polis yang mana ada kesan koyakan pada bahagian hadapan.

Tambahnya, kesan merah dan lebam pada mata mangsa juga masih kelihatan semasa dia datang ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan dua hari selepas kejadian.

‘‘Selain laporan doktor, rakan Geraldine, Sunita ada menyerahkan kepada kami enam keping gambar mangsa dengan kecederaan pada mata dan kening yang dirakam menggunakan kamera digital selepas kejadian.

‘‘Fazura pula turut menyerahkan pakaian yang dipakai semasa kejadian yang menunjukkan berlakunya pergaduhan atau tolak-menolak,’’ jelasnya.

Fazura, 24, yang merupakan pelakon utama filem dan drama bersiri Gol & Gincu, didakwa mencederakan Geraldine, 32, di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini kira-kira pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Dia yang memenangi anugerah Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem Bicara Hati didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani bersambung pada 4 Jun ini.

Powered by Utusan Malaysia

Posted in Nur Fazura | No Comments »

SpongeBob SquarePants Performs Musical World Premiere In S’pore

Posted by admin on 31st May 2007

SINGAPORE: You may have seen him on television but for the first time, popular cartoon character SpongeBob SquarePants has come alive on stage.

SpongeBob on Thursday performed his musical world premiere in Singapore.

The musical combines live acting with puppetry and costumes.

SpongeBob SquarePants Live! takes audiences under-the-sea.

The musical is set in the make-believe, subterranean city of Bikini Bottom.

And SpongeBob is joined by all his friends from his TV show.

Also joining in the fun was actress Zoe Tay who was in the audience with other celebrities.

The show is in town from 31 May until 6 June at Singapore Expo Hall 3.

Tickets range from S$38 to S$68. – CNA/yy

Channel News Asia

Posted in Zoe Tay | No Comments »

Temasya Suknes 2007 Penuh Gemilang

Posted by admin on 30th May 2007

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

Mohamad Hasan (kanan) meletakkan obor sambil diperhatikan oleh Ir. Jamlus Aziz pada perasmian Sukan Negeri Sembilan 2007 di Seremban, malam tadi. – Gambar ABDUL RAZAK AID.

SEREMBAN – Temasya Sukan Negeri Sembilan (Suknes) 2007 yang julung kalinya diadakan di negeri ini dan merupakan medan mencungkil bakat muda dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban di sini, semalam.

Suknes 2007 yang menghimpunkan 4,000 atlet dan pegawai dari seluruh negeri termasuk dari negeri jiran serta bertarung dalam 19 acara itu dirasmikan dalam suasana meriah walaupun hujan renyai.

Perbarisan masuk dimulakan dengan sembilan pembawa bendera kejohanan sebelum diikuti dengan 20 kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi oleh tambo Markas 1 Briged Kem Rasah.

Pada perasmian itu Mohamad berkata, Suknes 2007 merupakan usaha kerajaan untuk melihat atlet menajamkan skil supaya atlet sentiasa bersedia dan kompetitif untuk bertanding di peringkat nasional.

‘‘Kita berharap Negeri Sembilan akan dapat mencipta nama pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) akan datang dan percaya atlet negeri ini mampu mengukir nama di persada saingan,” katanya sewaktu merasmikan Suknes 2007 di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri, Datuk Ir. Jamlus Aziz.

Perasmian temasya itu turut memperlihatan Olahragawati Sukma Kedah, Lew Yih Wei yang merupakan pemenang sembilan pingat emas dan atlet veteran, J. Vijayan membawa obor temasya untuk diserahkan kepada Mohamad sebagai tanda simbolik bermulanya persaingan pencipta juara.

Temasya yang mencipta sejarah negeri ini juga melaungkan ikrar taat setia yang diketuai oleh atlet boling padang, Muhammad Hizleey Abdul Rais sebagai tanda atlet negeri ini akan terus komited untuk mengharumkan nama Negeri Sembilan pada saingan temasya dwitahunan Sukma 2008 di Terengganu.

Acara yang disaksikan kira-kira 5,000 orang penonton turut dimeriahkan tarian endang oleh 500 orang pelajar sekolah serta persembahan artis, Hattan, Jefrydin, Ramli Sarip dan Ebby Yus, yang diakhiri pertunjukkan bunga api.

‘‘Saya berharap bakat baru ini dapat diketengahkan secepat mungkin untuk membawa cabaran negeri pada masa akan datang,” katanya.

Persaingan Suknes 2007 telah bermula semalam melalui acara saringan dan akan berakhir pada 4 Jun ini membabitkan beberapa gelanggang di sekitar bandar ini. Orang ramai dijemput hadir dan kemasukan untuk menyaksikan acara adalah percuma.

Powered by Utusan Malaysia

Posted in Hattan, Ramli Sarip | No Comments »

10,000 Terpukau

Posted by admin on 30th May 2007

RAMAI peminat naik ke atas pentas untuk menari bersama Ramlah Ram.

MEMANG meriah! Dua perkataan tepat menggambarkan Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Perak, malam Sabtu lalu.

Buktinya, kira-kira 10,000 penonton menyerbu kawasan lapang taman tema popular itu sejak awal petang lagi walaupun hujan lebat turun sebelum itu.

Tepat pukul 9 malam, konsert berkenaan memulakan tirai dengan persembahan pasangan hos, Roslan Shah dan Haiza menerusi himpunan lagu-lagu Allahyarham Sudirman dan gelek dangdut.

Seterusnya, acara memotong kek meraikan sambutan ulang tahun ke-10 BMLR oleh Pengurus Besar BMLR, Jasmi Osman, Pengurus Kumpulan Hotel dan Resort MK Land, Anuar Yang Ghazali bersama kakitangan BMLR serta artis-artis popular yang menjayakan konsert berkenaan.

Dan konsert yang ditunggu-tunggu akhirnya terlaksana apabila artis-artis popular tanah air antaranya Ella, Dayang Nurfaizah, Elyana, Ramlah Ram, Diana Naim, Faizal AF4, Rosma AF1, Bob AF2 dan Fiq (Mentor) membuat persembahan mereka.

Corat-coret

*Rombongan bas yang membawa artis dari Kuala Lumpur ke BMLR hanya melibatkan Fiq dan Ina Naim kerana selebihnya lebih selesa berkereta sendiri.

*Ratu rock, Ella memaklumkan dia akan sampai sekitar pukul 8 malam kerana menghadiri konvokesyen anak buahnya di UiTM, Shah Alam.

*Hujan lebat sekitar pukul 2 petang mengundang rasa bimbang kepada penganjur. Namun cuaca kembali panas dan baik sejam kemudian sehinggalah konsert berakhir.

*Sesi artis bertemu peminat pada pukul 5 petang sesak dengan orang ramai sehingga menyaksikan adegan tolak-menolak dan tidak terkawal.

*Pentas konsert menjadi bahan usikan kerana dihiasi dengan segala jenis pokok dan daun serta kelihatan seperti khemah askar. Siap ada jaring di atas bumbung konsert itu.

*Ramai artis yang pulang selepas konsert berakhir kerana mempunyai aktiviti pada pagi Ahad. Lalu, kes tumpang kereta berlaku di kalangan mereka. Antaranya Ina Naim yang menumpang kereta Rosma.

*Ina kelihatan sibuk bergayut di telefon bimbitnya sebelum konsert bermula. Apabila ditanya, katanya, ada masalah keluarga. Namun yang musykil, raut wajah kelihatan berseri-seri ketika bergayut.

*Malam malang Haiza. Pertama dia hampir tersungkur kerana tersalah pijak tangga pentas. Kedua, jaring di atas pentas terputus lalu jatuh ke atasnya. Ketiga, ada serangga yang suka menghinggap di badannya.

*Fiq bertuah apabila seorang peminat menyanyikan hampir keseluruhan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang yang dipersembahkannya. Namun awas Fiq, vokal peminat tersebut mendapat pujian ramai.

*Seorang peminat lelaki terlampau seronok dapat berjumpa dengan Ramlah Ram. Ceritanya, sudah bertahun hendak jumpa Kak Ramlah.

*Ella memang menjadi tumpuan penonton malam itu. Tindakan beraninya yang turun di celah-celah penonton menyebabkan dia diserbu. Akibatnya, pasukan Rela bekerja keras mengawal keadaan.

Powered by Utusan Malaysia

Posted in Dayang Nurfaizah, Diana Naim, Ramlah Ram | No Comments »