Bienda Takut Dibedah

BIENDA (kiri) bersama ibunya, Shida berdoa agar pembedahannya nanti selamat.
KUALA LUMPUR ῖ ΐMacam-macam terlintas di fikiran saya ketika ini. Saya mungkin takut tetapi saya juga tak sabar menghadapi hari pembedahan nanti.
Demikian reaksi Bienda, 22, atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sedang menghitung hari menunggu hari pembedahan untuk merawati penyakit jantung berlubang yang dihidapinya.
Beliau dijangka masuk wad di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) 8 Januari ini berkata, biarpun macam-macam perkara terlintas di fikirannya tetapi tetap mengharapkan doa agar dia selamat dibedah nanti.
ΐKetika ini, semangat dan keyakinan saya untuk melawan penyakit ini bertambah kuat dan semuanya berkat sokongan anggota keluarga, rakan-rakan artis, peminat dan orang ramai, kata bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu.
Bienda yang ditemui di rumahnya di sini semalam, kelihatan cukup tabah dalam menghadapi kehidupan mendatang dan masih mampu tersenyum malah ketawa.
Menurutnya, dia terharu dengan sokongan dan sumbangan wang diberikan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap penderitaan penyakit dihadapinya sejak pertengahan bulan lalu.
Terbaru, Bienda menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 dari Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita).
ΐSaya ingin menyatakan rasa syukur dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan kepada saya. Cukuplah dengan sumbangan yang telah saya terima sebelum ini, katanya.
Menurut Bienda, tarikh pembedahannya yang dianggarkan menelan belanja RM18,000 hingga RM25,000 itu hanya diketahui selepas 8 Januari ini iaitu setelah segala pemeriksaan terperinci dilakukan oleh pihak doktor.
Merujuk kepada sumbangan wang yang diterima termasuk daripada rakan artis, Rosyam Nor sebanyak RM1,000 dan RM25,000 dari Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO sebelum ini, Bienda menyatakan jumlah sumbangan tersebut sudah mencukupi bagi menampung kos pembedahan dan rawatannya nanti.
ΐSaya mahu berjuang demi ibu tersayang. Apa yang lebih penting bagi saya kini adalah persediaan mental dan fizikal untuk menempuh hari pembedahan itu kelak, ujarnya penuh semangat.
Mengenai karier seninya selepas ini, Bienda mahu dirinya terus aktif semula sebaik sahaja sembuh nanti dan tidak mahu penyakit yang dihadapi sebagai satu halangan dalam mencapai cita-citanya.
ΐKarier seni saya akan tetap diteruskan. Saya mahu menyiapkan album kedua dan menjayakan penggambaran drama berjudul Pria selepas ini, tambahnya.
Powered by Kosmo