MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Butik Himpun Koleksi Selebriti

Posted by admin on March 12th, 2008



Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

DALAM dunia fesyen antarabangsa, selebriti berkuasa dalam menentukan sesuatu aliran gaya terkini.

Pengaruh selebriti tidak dapat dinafikan kerana apa yang mereka gayakan sentiasa diminati dan pada masa sama, menjadi ikutan peminat.

Justeru, tidak hairan jika kebanyakan rumah fesyen antarabangsa mengambil selebriti terkenal sebagai wajah jenama masing-masing.

Butik pasangan suami isteri, Kevin Loo dan Esther Ku, dikenali sebagai Culture Couture menyediakan himpunan pakaian kasual terbaru yang menepati cita rasa dan gaya hidup generasi muda masa kini.

“Jenama di butik ini diminati ramai selebriti terkenal dunia seperti David Beckham, Britney Spears, Madonna, Jessica Alba, Qi Qi dan Wan Lee Hom,” katanya.

Butik Culture Couture di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai himpunan pakaian kasual menerusi jenama eksklusif dari seluruh dunia.

Antara jenama yang boleh didapati di butik berkenaan termasuk Ed Hardy, True Religion Jeans, Hard 8, Affliction, Miss Me, Bejeweled, Tass Standard, Gomme serta Double Standard Clothing.

Menurut Esther, butik itu paling sesuai untuk wanita yang mencari gaun malam yang tidak terlalu formal, himpunan jeans, baju-T dan jenama eksklusif digayakan selebriti terkenal di seluruh dunia.

“Sebelum ini, peminat jenama berkenaan terpaksa membeli menerusi internet atau ketika melancong ke negara berkenaan tetapi kini mereka tidak perlu menunggu lama kerana semuanya ada di butik ini,” katanya.

Butik terbabit turut menyediakan himpunan aksesori menarik seperti tali pinggang, topi, cincin, rantai dan tas tangan bagi melengkapkan gaya selebriti yang mereka mahukan.

“Di butik ini, pelanggan boleh memilih fesyen daripada feminin kepada funky dan bergaya, mengikut kegemaran masing-masing. Tidak perlu menghabiskan masa mengunjungi banyak kedai mencari aksesori sesuai kerana semua yang mereka perlukan ada di sini,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>