Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Konsert Jamal & Saleem

Posted by admin on March-12-2008 5 Commented


KEDUA-DUANYA merupakan legenda seni. Namun, mereka juga pernah terjerumus ke dalam kancah dadah.

Pada April nanti, mereka akan bergabung. Kali ini bukan kerana dadah, tetapi untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat melalui sebuah konsert.

Diberi nama ‘Kasih’, konsert itu, menurut akhbar Utusan Melayu akan diadakan dari 11 hingga 13 April di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia akan menjadi pertembungan hebat dua insan seni yang bukan saja disanjung, malah dibayangi dengan pelbagai kontroversi.

Konsert itu dijangka antara yang terhebat di Malaysia tahun ini kerana kedua-dua artis berkenaan memang mengagumkan. Mereka telah dipertemukan baru-baru ini dalam satu sidang akhbar di KLCC oleh Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang menjadi penganjur konsert tersebut.

Mereka yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Jamal Abdillah dan Saleem.

Dalam sidang akhbar mengenai konsert itu, kedua-dua artis itu ‘cabar-mencabar’ untuk menyanyikan lagu masing-masing. Jamal mencabar Saleem menyanyikan lagu-lagu ‘hit’nya, begitu juga Saleem, tetapi selepas itu kedua-duanya bersetuju untuk saling menyanyikan lagu masing-masing.

Inilah pertama kali Pengasih mengadakan konsert bagi mengisi dana kegiatannya. Sasaran Pengasih ialah mengumpulkan RM5 juta ($2.2 juta) bagi menampung pelbagai kegiatannya bagi tempoh 2008 hingga 2010 dalam usahanya hendak menjadikan Malaysia negara bebas dadah menjelang 2015.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini yang berharga RM350, RM285, RM215, RM135 dan RM190, telah mula dijual.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web <www.ticket2u.biz>.

Powered by Cyberita

  • Posted by nizam On March 13, 2008

    mesti best…harap2 konsrt ni ade vcd…. kesian org lain yg x leh tgok…

  • Posted by hafiz On March 24, 2008

    bleh x bgtau klu nk beli tiket selain dr online kt mn outlet yg ade coz sy mmg minat sgt nk pegi..tlg reply secepat mungkin boleh tak

  • sy tinggal di klang…kat mana tmpt paling dekat nak beli tiket? tlg reply secepat mungkin

  • Posted by jimie On April 11, 2008

    yahoo….hari ni aku g ngok concet jamal n salim..jom semua….

  • Posted by jimie On April 11, 2008

    bli kat dalm internet je,kat biz 2u tiket

Post a Comment

(required. But it will not be published)