Oleh MALIAH SURIP maliah.surip@kosmo.com.my


CINCIN yang tersarung pada jari Mawi sama seperti yang disarungkan Ekin.

KELIBATNYA walau tanpa kisah kerjaya masih lagi menjadi buruan. Barang kali, dia sendiri sudah letih untuk bertemu dan memberikan jawapan yang sama kepada media tentang hal peribadi yang tidak mahu disahkannya.

Bagaimanapun pelakon drama Kawan, Nora’asikin Rahmat atau Ekin masih ramah melayan segala pertanyaan.

Selesa dengan imej bertudung yang melekat pada dirinya sejak Aidiladha tahun lalu, Ekin tampak lebih manis. Lebih bersederhana dan mencerminkan peribadi yang selalu diidamkan oleh seorang lelaki.

Sementelah, dirinya juga dikaitkan dengan penyanyi nombor satu negara, Asmawi Ani. Bertemu Ekin yang hadir memeriahkan majlis Pengenalan Program dan Sambutan Maulidur Rasul Astro Oasis di Hotel Park Royal baru-baru ini, kembar kepada Nor’Ain Rahmat atau Aean ini memberitahu kondisi hidupnya sejak berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

“Saya tidak berhenti berlakon kerana dihalang kekasih,” lancar dia menjawab tanggapan nakal terhadap ‘kehilangannya’ dengan hanya muncul dalam sebuah drama.

Tambah Ekin lagi, jika dia dihalang berlakon, mengapa kembarnya, Aean juga tidak meneruskan perjuangan yang baru ingin mereka mulakan. “Jadi sebenarnya kami sama-sama ambil keputusan untuk tidak berlakon buat sementara.

“Semuanya kerana kami sibuk sebagai duta produk kecantikan R&Z yang kini membesarkan empayar mereka dengan menjual tudung dan pakaian.

“Kerana komitmen inilah saya atau Aean tidak lagi aktif. Saya tidak mahu menyusahkan pihak lain. Bukan sebab dilarang,” kata anak kelahiran Johor Bahru ini lancar.


EKIN menjawab segala persoalan mengenai Mawi tanpa berselindung lagi.

Disambar soalan nakal mengenai hubungannya dengan Mawi, Ekin mengakui bukan sengaja untuk bermain tarik tali dengan tidak memberi jawapan pasti, sebaliknya dia tidak mahu tersalah bicara lalu menjerut leher sendiri.

Tetapi katanya, Mawi memang insan yang paling rapat dengan dirinya kini. Dan cincin serupa dengan Mawi yang juga dipakai olehnya kini, sebagai simbolik persahabatan mereka.

“Ya, ini cincin sebagai simbolik persahabatan,” jelas Ekin yang sudah tidak dapat lagi menyorokkan cincin besar di jarinya sambil tersenyum malu.

Kemudian, dia pantas memberitahu: “Namun ini tidak bermakna saya dan Mawi mempunyai ikatan yang sangat istimewa atau menjurus kepada perkahwinan.

“Ia hanya simbolik persahabatan dan saya mahupun dia bebas berkawan dengan sesiapa selagi kami tidak mempunyai ikatan yang lebih serius.

Melanjutkan kisah hubungan persahabatan mereka, kata Ekin, dia juga tidak mahu banyak pihak tersalah anggap.

Katanya cukup dengan segala fitnah dan nista yang telah dia tempuh pada awal perkenalan mereka dahulu. Malah Ekin juga menafikan hal kononnya dia membomohkan Mawi untuk terpikat kepadanya.

“Selisih, saya tak pernah buat macam itu. Saya tidak akan berbuat begitu hanya kerana ingin membuat sesiapa sahaja terpikat kepada saya,” katanya serius.

Dan ditanya tentang persediaannya mendirikan rumahtangga, jawab Ekin, sebagai wanita yang sudah memasuki usia 29 tahun, dia juga mempunyai naluri ingin berkahwin.

Sudah bersedia dan reda jika esok lusa jodohnya sampai untuk berkahwin. Itu kata Ekin dengan jelas.

“Tapi saya tidak kata saya akan kahwin dengan Mawi ya. Jangan salah anggap. Saya hanya menjawab tentang kesediaan sebagai seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga,” katanya bimbang disalah tafsir.

Powered by Kosmo

7 Comments

  1. gummygurls

    elehhhh….blah la betina mata katak dagu panjang..aku kesian gila dkt mawi pasal dapat betina macam ko.mawi dah pandai cakap bohong pun pasal ko.sudah2 la berlakon jadi pompuan baik konon dapat petunjuk aidiladha.ngaku aje ko berubah pasal gedik nak dkt mawi.klau ko cakap terus terang pon,aku takkan benci ko sampai macam ni.anyway syabas ina pasal jadi diri sendiri and dapat husband lagi bagus pada mawi n look for mawi case,aku kesian golerrr babi kat mawi pasal dapat betina macam ko.aku menyampah nak tengok majalah hiburan sekarang.asyik muka ko yg perasan lawa tu aje yang kuar ngan mawi.cuba kuar cite bunga citra lestari ngan husband die.kan best…ni asyik2 aku nampak mata katak ko aje…nak muntah la aku tengok..assalammualaikum.

    Reply
  2. LIPS

    JGNLAH KATA MACAM TU SEKALI. KITA DOAKAN LAH CIK MAWI BAHAGIA ASAL JGN LUPA IBU YANG MELAHIRKANNYA. NASIHAT SAYA BUAT MAWI APA- APA PUN IBU IBU IBU ADALAH SEGALANYA. JANGAN SAKITI HATI IBU MU. BYE

    Reply
  3. BOYPOD

    YA..AKU AMAT AMAT AMAT AMAT AMAT STUJU NGAN GUMMYGIRLS..

    Reply

  4. ye la persan cantik ja ia tu.

    Reply

  5. aku dari dulu lagi beci sangat dekat ikin nyampah laaaa..mawi tu pon satu nampak sangat bendulnya tu..ishhhh mawi3

    Reply

    • This is the perfect way to break down this innromatiof.

      Reply

    • Hello! I desire to supply a massive thumbs up for that terrific information you might have here within this post. We are returning for your website to obtain a lot more quickly.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *