MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for April, 2008

Pertembungan AF6, AIM15 Tiada Masalah

Posted by admin on 30th April 2008



KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2008: Dua acara besar iaitu konsert Akademi Fantasia 6 (AF6) minggu ke-7 dan Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) yang akan berlangsung serentak pada masa yang sama, Sabtu ini dikhuatiri akan menjejaskan bilangan penonton kedua-dua program.

AIM15 dan Konsert AF6 yang berlangsung 3 Mei ini akan ke udara secara langsung pada waktu yang sama tetapi saluran yang berbeza, iaitu AIM15 disiarkan di ntv7 manakala konsert AF6 di Astro Ria.

Demi menampilkan impak dan kelainan, pihak Astro turut mengubah haluan lokasi program daripada Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ke pentas gah Istana Budaya (IB). Malah, pada konsert kali ini juga, persembahan pelajar akan diiringi 40 pemuzik Okestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang dipimpin oleh Pengetua AF6 sendiri, Ramli MS.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, menjelaskan pendiriannya bahawa pihak Astro turut menyokong program AIM15 dan turut mengatakan pertembungan masa pada Sabtu ini adalah satu cabaran bagi kedua-dua pihak.

“Seperti tahun lepas kedua-dua program ini juga bertembung pada masa yang sama. Pihak kami tidak akan mengubah waktu konsert kerana jadual program ini telah ditetapkan. Saya menyokong program itu (AIM15) kerana ia turut membabitkan bekas pelajar-pelajar AF. Saya percaya kedua-dua program ada peminat masing-masing.

“Saya turut menganggap ia suatu cabaran pada kami. Saya percaya dengan pembabitan muzik orkestra ia menjadikan keistimewaan pada konsert AF6 ke-7 ini. Malah Ramli MS dan pelajar AF6 akan menggalas cabaran ini apabila ia melibatkan perubahan raptai berbanding konsert sebelumnya,” kata Khairul.

Pada konsert minggu lepas, menyaksikan pelajar Mama Rina yang mempersembahkan lagu Ular, tersingkir. Dengan keputusan itu, ia bermakna hanya tinggal 7 pelajar iaitu Stacy, Toi, Nadia, Riz, Stanly, Aliff dan Nubhan akan meneruskan saingan pada Sabtu ini.


Murai

Posted in Akademi Fantasia, Anugerah Industri Muzik | No Comments »

Stanly AF6 Bekas Kumpulan Bel Canto

Posted by admin on 30th April 2008

Teks oleh Razif Rosdi

Mungkin ramai tidak tahu, tetapi hakikatnya, pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) yang masih bertahan dalam akademi, Stanley Maringai David Impi, 25, atau Stanly, merupakan bekas ahli kumpulan nyanyian Bel Canto.

Selain itu, Stanly yang mempunyai suara ala Pavarotti ini juga pernah menjadi guru vokal dan organ di Gereja St Thomas Cathedral, Kuching, Sarawak.

Sebelum ini, dalam ruangan gosip Murai Batu ada mengesan foto Stanly bersama gadis bernama Leo. Oleh itu, krew murai.com.my sempat bertemu Leo selepas tamat konsert 6 AF6, baru-baru ini. Ketika ditemui, Leo atau nama sebenarnya Ledionnie Ajis, 22, ditemani rakan yang juga ahli kelab peminat Stanly.

Eksklusif buat GengMurai, Leo menjelaskan hubungan dengan Stanly yang dikenali sejak 1999 lagi.

“Sebenarnya, Stanly pernah menganggotai kumpulan Bel Canto. Genre kumpulan ini ala-ala Il Divo. Bel Canto ada 6 orang ahli yang terdiri daripada 2 lelaki dan 4 perempuan.

“Salah seorang daripadanya adalah kakak Leo sendiri iaitu Lotezcia Ajis, 24. Mereka selalu mengadakan konsert di sekitar bandaraya Kuching. Lagu yang dipersembahkan pula berbentuk koir dan lebih kurang Il Divo.

“Selain menyanyi berkumpulan, kakak Leo (Lotezpia) dan Stanly selalu mengadakan persembahan duet. Malah, mereka merupakan pasangan ideal. Bagaimanapun, Lotezcia yang juga seorang guru sekolah, bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Mereka selalu berduet lagu The Prayer nyanyian asal Josh Groban & Charlotte Church.

“Setakat ini, disebabkan Stanly menyertai AF6. Bel Canto terpaksa dibubarkan seketika. Tambahan pula, gereja St Thomas juga merindui setuhan nada organ daripada Stanly.

“Kalau nak tahu, Stanly adalah permain pertama terbaik organ di gereja itu. Tiada orang boleh menandingi Stanly. Dia juga diiktiraf sebagai pemain organ paling established dan terkenal.

“Stanly adalah guru Leo. Dia banyak mengajar Leo cara bermain organ. Pertama kali berjumpa Stanly sewaktu Leo mahu belajar main organ. Selain organ, Stanly juga pakar main violin dan alat muzik lain,” katanya.


Saudara kembar Stanly dah berkahwin

“Sebelum ini, Stanly jarang bercerita mengenai keluarga atau adik-beradiknya. Tapi, setahu Leo, Stanly memang ada saudara kembar. Malah, kembar dia seiras dengan Stanly. Pun begitu, mereka tidak rapat. Kembar Stanly pula sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

“Sepanjang mengenalinya, dia seorang yang bising, kecoh dan suka buat orang ketawa. Kadang-kadang dia agak emosi juga. Sebagai guru, Stanly tegas dan pernah buat Leo menangis ketakutan. Macam mana pun, Leo kagum dengan Stanly sebab selama ini dia tahu bermain alat muzik tanpa menghadiri kelas profesional.

“Pertama kali masuk ke kelasnya, Stanly meninggalkan Leo di hadapan orang ramai atas alasan dia mahu Leo tunjuk skil sendiri. Padahal Leo tak tahu apa-apa dan akhirnya hanya mampu menangis,” katanya.


Stanly juga pakar memasak

“Selain guru, hubungan kami tak lebih seperti adik dan abang. Kebetulan pula, Stanly panggil ibu Leo dengan panggilan Mama. Kami pula lebih mesra panggil Stanly dengan panggilan Stand. Stanly juga pandai memasak.

“Suatu hari, ketika ibu tiada di rumah, Stanly dengan rela hati menolong masak untuk tetamu yang datang rumah Leo. Masa tu, Stanly teringin masak Philippine Chicken tapi jadi macam Ayam Masak Kicap.

“Memandangkan kami rapat, jika rindukan Stanly, Leo akan melihat foto kenangan bersama Stanly dan kakak yang menghiasi meja belajar Leo,” jelas Leo yang berharap Stanly akan kekal hingga ke final AF6.


Murai

Posted in Akademi Fantasia, Akademi Fantasia 6 | No Comments »

Mama Rina Mahu Jadi Ibu Tiri

Posted by admin on 30th April 2008

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2008: Nampaknya, keputusan penyingkiran konsert Akademi Fantasia 6 (AF6) seperti sudah dapat dijangka apabila 2 pelajar lanjut usia (PLU) iaitu Siti Nursaida Tarudin (Saida) dan Hairina Abdul Halim (Rina) tersingkir mengikut giliran selama 2 minggu secara berturut-turut.

Mungkinkah minggu ini nasib yang sama boleh menimpa satu lagi PLU yang berada di AF6, Khairul Nizam Baharom atau Toi yang berasal dari selatan tanah air? Apa yang pasti, jawapannya bakal terjawab pada konsert minggu ketujuh AF6 yang bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) malam Sabtu ini.

Bagaimanapun, selepas penyingkiran PLU paling senior, Rina atau Mama Rina, 44, kini kita semakin dapat menyaksikan bahawa pelajar perempuan semakin tidak berjaya meraih undian serta perhatian penonton daripada peminat AF6. Malah, ia juga membuktikan golongan yang suka mengundi rata-ratanya terdiri daripada kalangan penonton wanita.

Namun, Rina yang mempunyai 2 orang cucu ini tidak pernah berasa kecewa dengan penyingkirannya itu, sebaliknya merasakan ia adat pertandingan. Baginya, harapan untuk mara ke final memang ada tetapi dia sangat bersyukur kerana masih layak berada hingga ke konsert ke-6. Pun begitu, dia menolak dakwaan kononnya tersingkir atas sebab kesihatan.

“Bohonglah kalau cakap Mama tak sedih. Tapi, Mama terima keputusan rezeki hanya sampai di sini saja. Mama rasa Mama dah buat yang terbaik serta ikut kemampuan yang Mama boleh.

“Sebenarnya, sebelum masuk AF lagi kaki Mama dah terasa sakit. Masa Mama datang uji bakat AF6 dulu, Mama baru saja sembuh. Tapi, sakit Mama datang balik pula masa buat latihan menari. Waktu itu Mama dah rasa nak keluar saja. Mama pun terfikir juga, kalau dah sakit nanti mesti orang malas nak mengundi.

“Apapun, penyertaan Mama dalam AF6 adalah sebagai hadiah hari jadi Mama yang jatuh pada tanggal 6 Januari lalu,” jelasnya.

Perjalanan seni Rina sebagai penyanyi bermula sejak beliau berusia 18 tahun lagi. Yang jelas, status ibu tunggal sama sekali tidak menghalang Rina menjadi penyanyi kelab di JI Club Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, Hotel Merdeka, Kluang, Johor merupakan tempat yang paling lama beliau menyanyi.

“Mama kahwin masa umur 19 tahun lagi. Sebab itulah anak Mama, Nordiana Jamil, 22, pun kahwin muda. Bagaimanapun, anak Mama tak ikut jadi penyanyi walaupun dulu Mama selalu bawa dia tengok Mama nyanyi di kelab.

“Selain Mama, kakak kedua Mama, Hayati, 46, juga bekas penyanyi kelab. Tapi dia berhenti nyanyi atas kehendak suaminya.

“Dulu Mama bersekolah di Sekolah Aminudin Baki Johor Bahru. Tapi Mama berhenti sampai setakat Tingkatan 2 saja. Al-maklumlah, Mama bukannya orang senang.

“Mama juga dah 25 tahun menyanyi. Jadi sekarang, Mama dah bersiap sedia jadi artis mainstream. Walaupun sebelum ini Mama bukanlah seorang artis tapi pengalaman menyanyi di kelab sedikit sebanyak mengajar Mama tentang asam garam dunia artis,” ujarnya.

Sementara itu, selain menyanyi, Rina juga tidak menolak tawaran sekiranya diberi peluang jadi pelakon. Malah, Rina mengindamkan watak perempuan ganas lebih-lebih lagi watak ibu tiri yang garang!

“Mama tak kisah kalau ada yang menawarkan Mama berlakon. Mama ingin sangat jadi ibu tiri macam lakonan Siput Sarawak. Kalau jadi pengacara Mama kurang pandai. Mama bukannya petah bercakap,” katanya.


Mahu Buat Album Cina

Sudah lama Rina memendam hati untuk merakamkan suara untuk buat album. Paling istimewa, Rina mahu merakam suara untuk album dalam bahasa Cina memandang dia banyak menyanyi lagu dalam bahasa tersebut di kelab malam. Bagi Rina, inilah antara cita-cita yang masih belum tercapai lagi.

“Mama dah lama planning nak buat album Cina. Tapi masih belum ada rezeki. Dalam kepala Mama ni sudah hafal hampir 60 lagu Cina. Mama pernah mencari sponsor untuk buat album Cina tapi masih belum jumpa dan berkesempatan.

“Mama sebenarnya berharap sangat untuk menyanyikan lagu Cina dalam konsert AF6 tapi Mama tak sempat sebab sudah tersingkir,” kata Rina yang lebih 10 tahun hidup menyendiri.

Bagi peminat Rina, murai.com.my sempat merakam video Rina menyanyikan lagu Cina sewaktu dia mengunjungi pejabat kami. Selain itu, Rina yang celik IT ini turut mengemas kini profil dan blog kelab peminatnya (FC).


Betul ke bergaduh dengan Riz?

“Apa yang berlaku dengan Riz cuma teguran seorang kakak kepada adik. Alhamdulillah, Riz boleh terima. Lagi pun, Mama anggap mereka semua macam anak Mama sendiri – anak sulung hingga ke bongsu (Nadia).

“Bagi Mama itu nasihat bukannya kutukan. Mama langsung tak ada simpan dalam hati. Kalau boleh Mama tak mahu kecilkan hati sesiapa. Mujurlah lepas Mama tegur semua berubah. Kalau peminat semua rasa Mama macam control keadaan, Mama minta maaf ya. Kami semua kawan-kawan,” katanya.

Sama seperti Saida, Rina turut memberi pendapat antara nama yang layak ke final. Jadi, Rina menjangkakan Nadia, Riz dan Stacy berpeluang cerah jadi juara.

Selain meminati Anita Sarawak, anak ketiga dari 6 beradik ini juga dilempar soalan mengenai artis yang ingin diganding bersama. Tanpa segan silu, Rina teringin berduet dengan penyanyi hebat seperti Amy Search dan Awie. Pun begitu, Rina akui terlalu kagum dengan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

“Mama memang suka rockers. Pun begitu, Mama satu famili memang admire pada Dr Sheikh. Bertuah sungguh kalau
dapat berjumpa dengannya. Mengenai baju ini, Mama memang pantang nampak baju bercorak kulit harimau. Itulah trademark Mama.

“Selain itu, Mama juga kumpul topi. Sebab itulah Mama lebih selesa pakai topi. Kalau tak silap Mama sudah ada lebih 10 koleksi topi. Topi ini pun dapat melindung kepala dari cuaca panas,” kata Rina.


Murai

Posted in Akademi Fantasia, Akademi Fantasia 6, Siti Nursaida | No Comments »

Nubhan (Boboy) 3 Kali Putus Cinta!

Posted by admin on 30th April 2008

KUALA LUMPUR, 2 MEI 2008: Belum pun keluar Akademi Fantasia 6 (AF6), nama Nubhan semakin meniti di bibir gadis-gadis yang meminati wajah comelnya itu.

Bahkan, Nubhan yang pernah gemuk dan berwajah tembam ini telah mencetuskan satu lagi perhatian di mana wajah comel yang dimilikinya itu dikatakan mampu menjadi taruhan terbaik untuknya bergelar artis popular. Benarkah?

Apa yang pasti, Nubhan adalah antara pelajar lelaki AF6 yang mampu mencairkan hati peminat prempuan. Bagaimanapun, sebelum ini murai.com.my ada menerima info di mana Nubhan lebih dikenali dengan panggilan Boboy di kalangan teman rapatnya. Dia juga pernah menjalinkan perasaan cinta dengan gadis senegerinya sebelum menyertai AF6 tetapi kini ianya hanya tinggal memori.

Paling istimewa, krew murai.com.my turut mendapat maklumat eksklusif daripada teman rapat Nubhan yang ingin menyembunyikan identitinya mengenai percintaan jejaka comel itu bersama beberapa gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini.

“Okaylah… secara kesimpulannya, setahu saya, Boboy pernah 3 kali putus cinta. Tetapi nama gadis itu tidak boleh diberitahu. Apapun, Ucu Manja yang dikatakan teman wanita Boboy itu bukan sama sekali kekasihnya. Ucu Manja hanyalah sekadar kawan Boboy semasa menuntut kolej dulu. Sebab itulah, dia banyak menyimpan foto Nubhan di zaman kolej.

“Saya pernah lihat foto awek Boboy. Mukanya cantik dan lagi putih dari Ucu Manja. Boboy pernah minta pendapat saya mengenai percintaannya dengan awek berkenaan. Malah, sebelum putus cinta, Boboy pernah tanya patutkah dia sambung semula percintaannya itu.

“Tapi… saya tak pernah jawab soalannya itu. Saya hanya cakap, it’s up to you….if you think she’s the one… then continue but if not….jangan teruskan. Nasihat saya sebagai kawan rapatnya. Selain itu, Boboy pernah pernah cakap alasan dia tak mahu continue dengan awek itu. Salah satunya because he’s not ready yet,” jelas temannya itu.


Nubhan nak jadi wartawan!

Selain cinta, temannya itu juga sempat menceritakan pengalamannya sepanjang menjalinkan persahabatan bersama Nubhan sebelum dia memasuki AF.

“Ada satu benda yang saya kagum pada Boboy. Dia seorang yang amat bertanggungjawab dan pandai simpan duit. Ini semua sebab saya tengok Boboy kerja keras masa buat sales dulu. Kalau nak tahu, cita-cita asal Boboy kalau tak dapat masuk AF ialah menjadi jurukamera.

“Boboy memang suka ambil gambar. Masa kami bercuti di Genting Highlands dulu , Boboy saja yang gemar merakamkan gambar kami sekumpulan. Boboy tak kisah ambil gambar apa. Kiranya dia ini ala-ala wartawan jugalah,” ujar temannya mengakhiri perbualan.

Istimewa buat semua peminat Nubhan, murai.com.my juga ada mendapat gambar percutian Nubhan bersama kawan-kawan di Genting Highlands dulu. Selain itu, murai.com.my juga mendapat video Nubhan sewaktu dia berkaraoke di majlis kahwin temannya sebelum memasuki AF6.


Murai

Posted in Akademi Fantasia, Akademi Fantasia 6 | No Comments »

Michael Jackson Bayar Hutang

Posted by admin on 30th April 2008

PENYANYI pop terkenal dunia, Michael Jackson telah menyelamatkan rumahnya daripada dilelong di Los Angeles selepas membayar hutang sebanyak $414,806.

Harta Jackson dijadualkan bakal di lelong kepada umum pada 5 Mei ini berdasarkan notis penjualan yang difailkan pada 11 April lalu.

Jurucakap penyanyi tersebut memberitahu: “Hutang harta tersebut telah dibayar dan tidak akan dijual ataupun dilelong.”

Bulan lepas, Jackson berjaya menyelamatkan Neverland yang berkeluasan 2,800 ekar di California daripada dilelong selepas berbincang dengan Fortress Investment Group LLC.

Khabarnya satu perjanjian kewangan yang baru telah dibuat bagi mengelakkan Jackson daripada membayar hutang sebanyak $24.4 juta.

Peguam Jackson L.Londell McMillan berkata: “Mereka telah mendapatkan persetujuan bersama. Neverland dan Michael Jackson semuanya dalam keadaan baik.”

Fortress Investments pada asalnya memberi pinjaman kepada Jackson sebanyak $300 juta untuk dia membayar segala hutangnya. Raja pop itu juga dikehendaki menjual hartanya menerusi Santa Barbara jika tidak mahu dijual secara lelong.

Kosmo

Posted in Michael Jackson | No Comments »