Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Siti Tidak Tolak Zuriat Tabung Uji

Posted by admin on April-13-2008 5 Commented


SITI NURHALIZA

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza yang kerap ditanya mengenai zuriat, tidak pernah berasa tertekan untuk segera menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, jika diberi pilihan, Siti, 29, tidak menolak menggunakan kaedah tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF) berbanding mengambil anak angkat.

“Mengambil anak angkat tidak salah. Tapi Siti lebih suka usaha mendapatkan anak sendiri dengan apa cara sekali pun termasuk melalui proses pensenyawaan bayi tabung uji.

“Asalkan semuanya tidak melanggar hukum Islam,” ujar Siti yang bagaimanapun menegaskan beliau belum terdesak melakukan kaedah tabung uji buat masa ini.

Tambah Siti yang menikahi usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49, pada 21 Ogos 2006, beliau juga gembira berkongsi kasih dengan empat anak tirinya hasil perkongsian hidup suaminya dahulu iaitu Mohamed Anas Zawawi, 21, Mohamed Adib, 16, Mohamed Asyraf, 14, dan Mohamaed Aazief, 10.

Powered by Kosmo

  • Posted by rin On April 14, 2008

    jap…kalau x silap dulu aku belajo la kan..kan..kan..bayi tabung uji ni salah dari segi agama..atau ilmu agama aku lagi cetek dari ct ni??

  • Posted by atul On April 14, 2008

    salah ek??…aku mmg x tau…tapi kalau tabung uji dah release kat mesia ni kira x salah lah kan….kalau x cam mn leh release kat mesia….ntah ler..den x tau pasal ni

  • Posted by hehe On April 14, 2008

    salah ke?i’m one of diz field of student..taw kah anda salah seorang kerabat di Malaysia telah pun menubuhkan satu yayasan bagi meningkatkan penggunaan teknologi in vitro bagi mempersenyawakan benih..salah????emm..tu kna tanya ustaz..tp sepjg pljaran sy dlm bidang ni..dan yg jd isu halal haram perkara in..sy kuat utk percaya kehalalannya..sekian..

  • Posted by red On April 15, 2008

    rin & others…

    (ini apa yg telah kami pelajari dari ustaz² yg bertauliah & juga apa yg telah saya fahami)

    yg salah atau haram bagi umat Islam bila berkait dengan bayi tabung uji ni ialah seperti penggunaan benih yg bukan dari suami sendiri atau telur yg bukan dari isteri sendiri untuk disenyawakan dlm tabung uji & kemudian dimasukkan ke rahim si ibu. Kaedah ‘ibu tumpang’, ‘sperm bank’ jugak salah di sisi Islam.

    bayi tabung uji…yg banyak digunakan sekarang adalah teknik IVF (In vitro fertilization). Apa yg saya fahami (to quote ‘hehe’: salah seorang kerabat di Malaysia telah pun menubuhkan satu yayasan bagi meningkatkan penggunaan teknologi in vitro bagi mempersenyawakan benih)…beliau ialah Tengku Azizah Aminah (isteri Tengku Mahkota Pahang) Yayasan ini juga rata² menggunakan teknik IVF, yg dibenarkan oleh Islam.
    wallahu’alam

  • Posted by loloy On April 15, 2008

    btl-btl

Post a Comment

(required. But it will not be published)