Mawi Dan Ekin Tak Nak Bertunang
Posted by admin on April 18th, 2008
KL, 18 APRIL 2008: Seperti yang dijanjikan, siri gosip laman web Propa-Lah terus menemui pengunjung portal ini dengan satu lagi cerita sensasi minggu ini. Ratu Gosip Misteri baru, Miss Propa kembali dengan celoteh nakal dan lucunya yang mencuit hati.
Dalam episod pertama dulu, Propa-Lah memperkatakan mengenai kononnya ada bekas tukang urut profesional dalam Akademi Fantasia 6 (AF6) dan episod kedua pula berkisar mengenai untung nasib penyanyi popular dalam Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) termasuk Betty Banafe
Minggu ini, menerusi episod ketiga, Miss Propa bercerita pula mengenai pengakuan pelakon drama sensasi Ekin yang dikatakan tidak mahu bertunang dengan kekasihnya, siapa lagi kalau bukan Raja SMS dan Ahli Silap Mata, Mawi. Hai, kenapa pulak, apa yang tak kena?
Dalam pertemuan singkat ketika berlangsungnya Majlis Makan Tengah Hari Minggu Setiausaha Rafflesia, kelmarin, Ekin ketika ditemui mengakui, kalaulah ada jodoh dia dengan Mawi ke jinjang pelamin, mereka berdua seboleh-bolehnya tidak mahu bertunang dan ingin terus kahwin!
Wah, gempak tu, kalau ingin tahu lebih lanjut, kenalah tonton program gosip Propa-Lah bersama Ratu Gosip Misteri, Miss Propa sekarang. Bagi anda peminat hiburan, jangan lupa bersama Propa-Lah, setiap Jumaat mulai jam 2 petang, hanya di murai.com.my.,
Klik di sini untuk menonton: Episod 3 [Mawi dan Ekin Tak Nak Bertunang]
Klik di sini untuk menonton: Episod 2 [Nasib Artis Popular Dalam AIM]
Klik di sini untuk menonton: Episod 1 [Tukang Urut Dalam AF6]
Murai