Khai, Rosma Kini Bergelar Suami Isteri
Posted by admin on April 27th, 2008

KHAI menyarungkan cincin ke jari manis Rosma pada majlis pernikahan mereka di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Mereka berkenalan dalam program realiti televisyen Akademi Fantasia (AF) yang pertama sebelum menjalin kasih dan semalam mereka diijabkabul sebagai suami isteri.
Itu perjalanan cinta Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, 23, dan Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad, 29, yang selamat dinikahkan di Masjid Putra di sini semalam.
Majlis bermula pukul 10 pagi dengan majlis pertunangan menyaksikan ibu Khai, Sharifah Alwiyah Syed Abdul Kadir menyarungkan cincin ke jari manis Rosma.
Selepas itu, bapa Rosma, Sidik Abu Bakar menyerahkan kuasa wali untuk dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Putra, Abd. Manaf Mat pada pukul 11.15 pagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Kosmo