Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Sedia Jayakan Majlis Rasmi Galeri Seni Mohd Din Mohd

Posted by admin on April-28-2008 Add Comments


SEBAGAI tanda persahabatan yang tidak terhingga, Ramli Sarip bersetuju agar terlibat sama dalam majlis perasmian galeri seni peribadi milik Allahyarham Mohammad Din Mohammad di Melaka pada Jun ini.

Menurut Ramli, beliau telah dihubungi balu Allahyarham, Cik Hamidah Jalil, mengenai ura-ura untuk terlibat sama di majlis yang akan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam, pada 21 Jun ini.

‘Arwah Mohammad Din dianggap lebih daripada seorang sahabat. Beliau adalah seorang anak seni, yang begitu mahir dalam pelbagai bidang,’ kata Ramli.

Galeri yang terletak di Kg Gangsa Durian Tunggal Melaka, tempat kelahiran Allahyarham 53 tahun lalu, itu mempunyai keluasan 2,000 kaki persegi (185 meter persegi).

Di situlah, lebih 100 karya Allahyarham akan dipamerkan, termasuk seni arca dan lukisan.

Ia merupakan usaha arwah Mohammad Din semasa hayatnya agar galeri tersebut menjadi warisan pusaka beliau kepada dunia seni. Beliau mula membinanya pada awal 2006.

Apabila beliau meninggal dunia Mei tahun lalu, usaha tersebut diteruskan keluarganya.

Ketika dihubungi semalam, Cik Hamidah yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur berkata beliau amat berbesar hati dengan kesediaan rakan-rakan lama Allahyarham untuk terlibat sama dalam majlis perasmian tersebut.

‘Lukisan-lukisan arwah di galeri itu tidak dapat dinilai dengan mata wang, ini semua hasil beliau daripada lewat 1980-an hingga tahun lalu.’

‘Lantas, saya amat terharu teman-teman lama arwah bersedia tampil untuk membantu menjayakan galeri ini,’ kata Cik Hamidah, 48 tahun, sambil menambah bahawa seorang lagi rakan arwah, seniman M. Nasir, juga mungkin akan terlibat sama.

Powered by Cyberita

Post a Comment

(required. But it will not be published)