Skip to content

April 29, 2008

31

TV9 Cari Gadis Melayu Asli



Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

HANYA dua tahun beroperasi, TV9 sudah berjaya mengumpul sejumlah penonton sehingga menjadikan ia stesen kedua tertinggi ditonton selepas TV3.

Kejayaan awal diraih stesen yang popular dengan tema ‘Dekat di Hati’ ini mengagumkan penggiat industri stesen televisyen tempatan, terutama apabila sebaik memulakan operasi, 70 peratus pengisian rancangan disiarkan berupa terbitan produksi dalaman.

Menampilkan konsep keislaman dan pengisian rohaniah, TV9 menjadi alternatif kepada penonton yang cuba mencari keseimbangan dari sudut hiburan dan pendidikan.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda tidak menafikan rancangan berbentuk keagamaan seperti Mencari Menantu, Mari Mengaji dan Akademi Al-Quran mempunyai jumlah penonton agak tinggi.

“Melihat dari rating diterima rancangan paling ramai jumlah penonton adalah drama Bong dan diikuti Akademi Al-Quran. Drama terbaru kami, Akademi Polis, walaupun masih baru tetapi sudah mempunyai pengikut dengan ditonton hampir 500,000 orang.

“Ingin saya jelaskan di sini walaupun ada beberapa rancangan bercorak keagamaan disiarkan stesen ini tetapi konsep TV9 lebih kepada menyajikan rancangan yang dikehendaki penonton Melayu luar bandar.

“Mengambil contoh, Bong banyak ditonton kerana ia mengisahkan kehidupan seorang jejaka dari kampung yang mahu memulakan hidup di bandar. Ia menarik minat orang kampung untuk melihat perubahan kehidupan dilalui Bong.

“Apa yang saya nampak penonton kami lebih gemarkan rancangan berbentuk hiburan ringan seperti sitcom mahupun drama yang ada unsur lawak jenaka,” katanya.

Bagaimanapun, Bukhari mengakui formula awal digunakan dengan menerbitkan rancangan realiti Akademi Al-Quran, dikatakan antara faktor kejayaan mereka dalam menarik minat orang Melayu terutama di luar bandar untuk menonton TV9.

“Sebaik disiarkan, rancangan Akademi Al-Quran ditonton hampir satu juta orang. Pertandingan akhir musim pertama berlangsung disaksikan 1.2 juta penonton dan pada musim kedua jumlah itu terus meningkat kepada 1.4 juta orang.

“Bagi musim ketiga yang berlangsung sekarang, sambutan penonton terus meningkat. Saya percaya mutu penerbitan semakin baik membuatkan penonton terus mengikutinya,” katanya.

Lebih membuatkan Bukhari teruja apabila jumlah penonton remaja dan kanak-kanak menyaksikan TV9 turut menunjukkan peningkatan.

“Buat masa ini dua golongan terbabit menjadi sasaran kami. Mengejutkan apabila tahun lalu kami berjaya mengumpul lapan peratus jumlah penonton muda sedangkan di peringkat awal kami hanya meletakkan sasaran enam peratus.

“Begitu juga dengan kanak-kanak. Kami mensasarkan 10 peratus saja peningkatan tetapi apabila kajian jumlah penonton dikeluarkan, TV9 memperoleh 14 peratus penonton. Saya percaya strategi kami menyiarkan rancangan kartun dalam bahasa Melayu turut membantu,” katanya.

Bercerita mengenai perancangan TV9 pada masa hadapan, jelas Bukhari selain menambah waktu tayangan pihaknya turut menerbitkan beberapa rancangan baru antaranya program bual bicara waktu sarapan, Nasi Lemak Kopi ‘O’ yang disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Kami turut merancang untuk menerbitkan satu lagi program realiti pencarian bakat dalam bidang nyanyian nasyid iaitu Akademi Nasyid. Selain itu satu lagi rancangan adalah mencari gadis Melayu asli. Dua rancangan ini kami sasarkan untuk golongan muda.

“Pada waktu sama sebagai stesen terkenal dengan tema Dekat Di Hati, selepas Perkampungan Hadhari, kami akan terus menerbit rancangan yang membawa kami lebih dekat dengan penonton sasaran seperti Apa Khabar Orang Kampung,” katanya.

Majlis ulang tahun kedua TV9 di Sri Pentas, Jumaat lalu turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan. Beberapa orang penyanyi popular seperti Jaclyn Victor dan Anuar Zain tampil mengadakan persembahan.

Selain itu sketsa pelakon sitcom Geletek dan Anak Mami turut memeriahkan lagi suasana.

Powered by Harian Metro

Read more from Anuar Zain, Jaclyn Victor
31 Comments Post a comment
  1. nina
    Jul 7 2008

    eh bile pencarian gadis melayu tuh? bila ujibakat? and apa ciri2 nya?

  2. zeeta
    Jul 9 2008

    kalo nak sertai uji bakat tu,leh aply gune online tak???
    kat mane dan bile yek uji bakat tu diadakan…????

  3. siti
    Jul 9 2008

    salam
    kalo ada peluang sy ingin menyertai program ini.
    terima kasih

  4. jaja
    Jul 16 2008

    assalammualaikum….sy nk tnye bile program ni nak buat dekat KL?…macam mane nak daftar masuk?

  5. yana
    Jul 21 2008

    salam..
    kenapa susah nan cari info pasal pertandingn ni dalam internet..

  6. nina
    Jul 21 2008

    stuju ngan yana.susah nk cari info psl pertandingan nih.n biler nk bwat audition kat kl??????

  7. yana
    Jul 22 2008

    kenapa tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan kami nih..?????

  8. yuka
    Jul 22 2008

    emm,best sgt bpeluang menyertai ujibakat nie.dahla first time,arap2 dpt msk final……….

  9. sitir
    Jul 28 2008

    salam,
    bagus jgak adekan pencarian cam ni…
    boleh mertabatkan keaslian gadis melayu..

  10. gadis melayu
    Aug 12 2008

    bdk 16 taun x ley join ke???buat ar kat area sabak bernam or sg.besar…coz kat sini gadisnye melayunya semua meletop…

  11. fania zawana
    Aug 12 2008

    bile nak start mende ni???dalam 2 taun lagi,ada lagi tak???kalu ada g kat sg.besar or sabak bernam….coz tringin nak masuk….

  12. azie
    Aug 12 2008

    laaaaaaaaaaaaa nakkkkkkkkkkkk masoooooooookkkkkkk….saye nak cube gak……..

  13. Aug 12 2008

    boleh x klo melalui on9…
    ari 2 kat ipoh x sempat nk g…

  14. miera
    Aug 15 2008

    saya tlh menyertai pencarian gadis melayu nie,tp sy tak tau apa keputusannya?

  15. mastijah
    Aug 20 2008

    saya macam miera jugalah….bila nak tahu keputusan nye???

  16. aiza aziz
    Aug 21 2008

    kalau dah kawin boleh join ke????????
    saya ada pergi ujibakat hari2….memang interested……kalau yang tak dapat borang yang kena sign tu memang tak berpeluang ke????????

  17. amiey
    Sep 4 2008

    Muka saya mix…tak blh ker?? :(
    Blh laaaa

  18. Sep 11 2008

    pencarian ni dah ada keputusan dah.sape yg dia x cal tu kira x dptla

  19. star online
    Oct 15 2008

    assalammualaikum .
    nak tanya sikit leh .apa motif dan objektif rancangan pencarian gadis melayu nie pada masyarakat ek .ada ke macam rancangan reality yang lain sekadar untuk hiburan

  20. star online
    Oct 15 2008

    sebab kalau saya nak menyertai sesuatu saya perlu tahu motif dan objektif dalam setiap tingkahlaku agar saya lebih tahu arah tujuan sebenar laluan saya.
    pada pendapat saya bukan sekadar bergantung pada kecantikkan kerana zaman sekarang kecantikkan batu pun boleh di ubah menjadi berlian dalam sekelip mata kerana zaman sekarang.zaman kegilaan duniawi ( kemewahan.pangkat & nama )tapi mencari satu perspektif diri yang tersendiri dalam membimbing masyarakat itu umpama mencari cebisan berlian dalam campuran kaca kan

  21. Oct 16 2008

    saya suka rancangan ni. banyak pengajaran untuk gadis2 muda dizaman sekarang.Harap supaya ia dapat menjadi teladan dan ikutan yang elok buat para remaja masa kini. Rancangan ni lebih bermakna dengan kehadiran Fahrin Ahmad. Fahrin ramai peminat perempuan termasuk saya. Cemburu pulak bila dia bersembang dengan peserta. Apa pun, tahniah buat peserta yang terpilih.

  22. Oct 16 2008

    Agak-agaknya, saya ada peluang tak untuk jumpa Fahrin Ahmad. Pernah jumpa dia once kat Ampang Point raye tahun lepas. Tapi, dia tak perasan i renung kat dia.Malu plak nak jumpa dia waktu tu. Fahrin ada alamat e-mail tak?

  23. Oct 26 2008

    as’kum,pencarian gadis melayu ni mmg bgus tp kiter perlu fahami maksud melayu tu sebnar asal usulnyer …yg tu br gadis melayu…mmg pda dalm dirinyer nmpk kelembutan tp pada zahirnyer gadis melayu itu de yg bercanggah…pendapat sayer la..

  24. SkyCaptain
    Oct 29 2008

    Pada saya pencarian gadis melayu ni bukan sahaja mendapat penilaian dr sgi rohani dan fizikal, malah dari segi mental,adab dan tuturcara.Tp tu cuma opinion saya je.Ha..Ha..Ha.. Motif rancangan ??? Ah..tk kisah la.Yg pasti nmpk menarik je rancangan ni.

  25. Yui Akagi
    Nov 11 2008

    Saya dari Japan, boleh saya masuk pertandingan ini?

  26. mila
    Mar 1 2009

    assalamualaikum… bleh sy join skali ?? berminat nk sertai gadis melayu sebab nak rasai cabaran2 nya!!

  27. AIEDA91
    Apr 28 2009

    ye…sy pn nk sertai pencarian gadis melayu ni…….sy mmg minat sngt2!!bile nk ada audition ye,sy nk gnti syikin..wakil kedah!!hehehe..

  28. yus suria
    Feb 21 2010

    salam..saya ingin menyertai pertndingan gadis melayu…bila uji bakat tahun ini akan diadakan.?di mana tempatnya?apa ciri yang perlu ada?macam mana untuk sertainya?borang perlu di dapati di mana?

  29. Jul 4 2010

    4 julai adalah uji bakat gadis melayu tetapi dimana tempatnya dan jam berapa/

  30. Nor Asmayati Binti Mat Usup
    Aug 18 2010

    Saya ingin cuba menyertai pencarian Gadis Melayu yang di anjurkan oleh TV9. Bagaimanakah cara untuk saya menyertai pogram ini. Butir-butir temuduga, tempat, masa… bagaimana saya hedak mengetahuinya…

  31. Aug 29 2010

    salam, bagaimana saya nak sertai audition uji bakat ini yer ? boleh kasi cara-cara yang boleh saya join ?

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments