MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Kate Hudson Diiktiraf Wanita Tercantik

Posted by admin on May 2nd, 2008



KATE HUDSON

SELEBRITI Kate Hudson telah terpilih sebagai wanita muka muka depan majalah sensasi People untuk isu ‘Yang Tercantik’.

Kate yang berusia 29 tahun itu menegaskan dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap kecantikan diri dan lebih banyak memilih menghabiskan masa bersama anak lelakinya, Ryder, yang berusia empat tahun.

Malah, dia juga lebih selesa melakukan penjagaan kecantikan sendiri di rumahnya.

Kate berkata dia selalu melakukan rawatan kuku dan kaki di rumah kerana sibuk dan kesuntukan masa.

“Saya juga lebih suka bersama Ryder di rumah sambil melakukan perawatan kecantikan sendiri.

“Saya juga sudah lama tidak pergi ke pusat rawatan untuk lakukan rawatan wajah. Saya jarang melakukan semua itu kerana apabila saya lakukannya, saya akan berfikir perlu melakukannya setiap hari untuk kelihatan cantik, tetapi sebenarnya saya tidak punyai masa.”

Jessica Alba yang sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya juga berada dalam isu “Yang Tercantik” itu bersama tunangnya Cash Warren. Sungguhpun berbadan dua dia merasakan masih berada di alam remaja lagi.

Jessica berkata: “Kehamilan merupakan perkara paling indah yang berlaku dalam hidup seseorang wanita. Ia seperti satu sinaran. Wajah saya juga berubah sejak hamil dan saya rasakan seperti berusia 16 tahun kembali.”

Selain mereka berdua , bintang lain yang turut sama dalam isu tersebut ialah Eva Longoria dan suaminya Tony Parker, Mary J. Blige, Salma Hayek, Christina Applegate, Julianne Moore, Isla Fisher dan pelakon siri TV popular Gossip Girl.

Kosmo

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>