Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

AIM15 Perkenal Laluan Karpet Biru

Posted by admin on May-6-2008 Add Comments


Kebiasaanya, majlis anugerah hiburan tidak akan renggang dengan laluan karpet merah, sebaliknya Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) memperkenalkan karpet biru untuk artis memperagakan fesyen.

Selain daripada itu, AIM15 juga menonjolkan elemen muhibah apabila memperkenalkan 2 kategori baru, iaitu Album Cina Tempatan Terbaik dan Album India Tempatan Terbaik.

Penganjuran tahun ini juga, mengetengahkan penyertaan penyanyi wanita berbangsa Cina yang boleh berbahasa Malaysia dengan baik, Karen Kong.

Meskipun tidak pulang dengan kemenangan, penyenaraiannya dalam 2 kategori Album Cina Tempatan Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), boleh dikira sebagai perkembangan sihat dalam industri hiburan tempatan.

Inilah yang mungkin dinamakan ‘muzik kita wajah kita’.


Murai

Post a Comment

(required. But it will not be published)