MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Akan Datang: ‘Iron Man’ Dan Macam-Macam Lagi…

Posted by admin on May 6th, 2008



TONTON
Akan Datang: ‘Iron Man’ dan macam-macam lagi…

By Norman Sawi

KEBELAKANGAN ini, ramai rakan mengadu ketandusan idea selepas makan malam pada hujung minggu.

Selalunya, masa tersebut diisi dengan aktiviti menonton wayang di pagawam.

Namun filem-filem yang disajikan kini tidak menarik perhatian, kata mereka.

Mereka enggan membazirkan wang dan ‘membunuh’ sel otak dengan menonton filem Paris Hilton, The Hottie & The Nottie, kerana sudah jelak menonton klip video Paris di YouTube.

Filem-filem seperti The Forbidden Kingdom (Jackie Chan dan Jet Li) dan Three Kingdoms – Resurrection of the Dragon (Maggie Q, Andy Lau dan Samo Hung) pula ‘memenatkan’.

Sebenarnya, senarai filem-filem hambar ini memang dijangkakan.

Sesungguhnya, adalah lumrah Hollywood untuk melancarkan filem-filem blokbuster semasa musim panas yang bermula bulan depan.

Oleh itu, ramai memberitahu saya bahawa mereka tidak sabar menantikan ketibaan Iron Man yang akan mula ditayangkan esok.

Diarahkan oleh Jon Fabreau (Elf), filem berdasarkan komik Marvel (1963) ini dibintangi oleh Robert Downey Jr dan Gwyneth Paltrow.

Robert mendukung peranan Tony Stark, penghasil senjata kaya-raya yang mempunyai misi untuk menyelamat dunia.

Walaupun Iron Man tidak begitu dikenali berbanding Spider-Man atau The Incredible Hulk, ia diharapkan dapat membuka tirai keuntungan blokbuster musim panas ini.

Dihasilkan dengan belanja $182 juta, Iron Man, yang padat dengan animasi CGI, dijangka merangsang selera peminat komik dan filem aksi untuk sajian filem akan datang.

Jika Iron Man boleh terbang, begitu juga Prince Caspian dalam filem The Chronicles of Narnia, berdasarkan siri buku C.S. Lewis.

Untuk pembaca yang tidak mengikuti perkembangan Narnia, Prince Caspian adalah hero dan beliau akan mengetuai mereka dalam pengembaraan merentas tempat-tempat berbahaya.

Namun ketangkasan putera itu pasti tidak dapat menandingi aksi gantang datuk Harrison Ford yang akan meloncat ke layar perak dengan filem Indiana Jones and The Kingdom of the Crystal Skull.

Kemunculan semula datuk aksi ini pula disusuli dengan kemunculan ‘nenek’ dan ‘makcik’ seksi dalam bentuk Sarah Jessica Parker dan kuncu-kuncunya melalui filem Sex In The City – The Movie yang dijadualkan pada akhir Mei nanti.

Mungkin kerana tidak sukakan elemen seksual dalam filem mengenai empat wanita rupawan mencari jodoh itu, Doktor Bruce Banner pula akan ‘membinasakan’ bandar sebagai The Incredible Hulk Jun nanti.

Oleh itu, jika anda tergolong dalam kumpulan penonton yang asyik mengadu tidak mempunyai pilihan hebat masa ini, nasihat saya adalah anda harus bersabar.

Atau pergi menonton Awake. Sekurang-kurangnya, anda boleh menyaksikan Jessica Alba.

Cyberita

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>