Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Durhaka Si Tanggang Moden

Posted by admin on May-9-2008 8 Commented


Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT suzana.rajahamat@kosmo.com.my


LAKONAN menyentuh hati Sheila dalam drama Demi Masa. RINGGO (kiri) bersama pelakon-pelakon drama Demi Masa iaitu Rozie, Sheila, Shafie dan Iqram.

SEJAK filem Si Tanggang pada tahun 1961, khalayak penonton tempatan sudah disogokkan dengan filem atau drama Melayu yang masih memaparkan kisah anak derhaka, anak yang malu mengakui ibunya yang miskin dan hina sesudah diri sendiri mencapai kejayaan.

Sebenarnya, kisah penderhakaan anak terhadap ibu-bapa ini sudah beratus kali disaksikan umum. Satu sifat klise dalam karya bercorak sebegini adalah luahan-luahan dialog yang meninggi suara, memaki-hamun, sepak-terajang serta pembalasan Tuhan yang tragik seperti panahan petir atau insiden jalan raya dahsyat terhadap anak yang derhaka.

Memang menyayat hati dan kena dengan situasi semasa apatah lagi kalau penyiaran drama sebegitu seiring dengan sambutan hari-hari kebesaran, hari raya atau sambutan Hari Ibu yang diraikan seluruh masyarakat dunia.

Cuba menghindari pandangan skeptikal terhadap kisah anak derhaka sempena Hari Ibu, Shiela Rusly bersama-sama suami, Jinggo menerusi J.S Picture hadir dengan Demi Masa, sebuah cerekarama khas yang akan berputar di TV3 pukul 10 malam esok.

“Saya guna pendekatan yang lembut, penderhakaan yang ‘lembut’ serta hukuman Tuhan yang lembut. Bayangkanlah kalau tahap penderhakaan yang sebegitu tersembunyi, tidak memaki-hamun ibu dengan kata-kata kesat atau sepak-terajang pun sudah diberikan hukuman yang tidak tertanggung oleh si anak, bagaimanakah hukumannya terhadap anak yang zalim terhadap ibu-bapanya?” Kata Jinggo pada sesi pratonton Demi Masa kepada media, baru-baru ini.

Dari syair Arab, Dia Ibuku yang diadaptasikan mengikut kesesuaian budaya Melayu, kata Sheila, Demi Masa secara peribadinya sebuah karya yang meruntun jiwa dan sangat dekat dengan dirinya, seorang anak bahkan ibu kepada dua cahaya mata.

Apatah lagi, idea penghasilan Demi Masa datang kepada pasangan suami-isteri ini ketika mereka mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah, tahun lepas.

Sebagai pengarah, Jinggo bertekad menjadikan Demi Masa sebagai satu cara mereka berdakwah, berkongsi nilai hidup dan mentelaah diri ke arah kebaikan.

“Mesej drama ini kuat. Ia mahu mengingatkan kita manusia yang tidak sempurna dan tidak ada sesiapa yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

RINGGO (kiri) bersama pelakon-pelakon drama Demi Masa iaitu Rozie, Sheila, Shafie dan Iqram.

Dalam Demi Masa, Sheila di depan sebagai aktres utama, diikuti pelakon muda berjiwa besar, Shafie Naswip yang pernah diangkat sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin tahun lepas. Turut diketengah ialah Rozie Rashid, Radhi Khalid, Aida Radzwill, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz dan Emilda Rosmila.

Sebelum Demi Masa, Jinggo sendiri pernah meraih anugerah Pengarah Terbaik Anugerah Skrin tahun lepas menerusi drama Sebuah Ijtihad.

Demi Masa mengisahkan konflik kehidupan seorang ibu tunggal, Maryam tidak kenal erti derita demi kebahagiaan dan kejayaan anaknya, Nazli. Namun, pengorbanan Maryam tidak dihargai Nazli sebaliknya jijik dan enggan menerima kewujudan ibunya yang buta sebelah mata akibat kemalangan jalan raya.

Ditakdirkan Tuhan, Nazli berjaya dalam pelajaran dan berjaya sebagai usahawan muda. Hidup mewah atas kekayaan keluarga mertua tetapi ibunya di kampung tidak pernah dipedulikan.

Tidak mahu mengganggu konsentrasi penonton malam ini, pinta Sheila: “Tolonglah jangan ceritakan semua gambaran dan kesudahan drama ini yang telah anda tonton, tinggalkan sedikit untuk dirasai dan disaksikan oleh penonton, saya benar-benar berdebar menantikan penerimaan masyarakat terhadap karya kami kali ini.”

Powered by Kosmo

  • Posted by ladybird On May 10, 2008

    Ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada SHEILA,suami dan crew2. Walaupun maseh belum menonton namun cerita yang bertema dan juga berunsur kehidupan seharian manusia pasti dapat di terima dan menyakinkan penonton tidak kira dari “status” apapun. SHEILA pula sudah BERTUDUNG selepas bergelar Hajjah menambahkan lagi “KESEMPURNAANNYA” Harap2 ia bukan untuk sementara tetapi KEKAL sepanjang hayat.

  • Posted by Azmer Fikri On May 11, 2008

    cerita Demi masa semalam adalah yang terbaik…… tahniah kak Sheila atau untie sheila…… inilah yang kita mahukan bukan Akademi fantasia yang melalaikan dan mengarut…… orang melayu seharusnya sedar ttg ibubabapa yg membesarkan mereka harap dapat buat vcd citer ni….. pada permulaan certa ni ttg seorg ibu yg sanggup berkorban apa saja utk anaknya….. lakonan shafie anak yg pandai tp malu dgn ibunya… dan masa dia da belajar di asrama yang cuti semester dia tipu mak yam ttg kelas tambahan padahal dia tak nak balik umah dan g sarawak….. cerita ni berlanjutan sampai watak 2 dah besar iqram kawin pun tak bgtau ibunya….
    si ibu datang rumah anaknya yg besar…. dalam citer ini mmmg si anak adalah anak derhaka dan sial sangat,nazli tak menghalau ibunya secara terangan tapi dgn muka dan mata yg cerun… si ibu yg faham berlalu pergi….. sampai sini saja da penat nk tulis wakaka…

  • Posted by nadzirah On May 12, 2008

    apakah lagu arab yang di dalam cerita ini?

  • Posted by ladybird On May 12, 2008

    cerita yang seharusnya mendapat pengiftirafan dari semua yang di namakan manusia. Walaupun saya tidak sempat menonton kerna ada hal yang tertentu,namun feedback yg saya dapat dari adek yang baru pulang dari KL cukup memuaskan. Sheila & Crew TAHNIAH!!! THUMPS-UP!!!

  • Berjujuran airmata kami dari Mesir melihat drama ini di sini. Walaupun baru ditayangkan, tetapi alhamdulillah tiada masalah untuk kami peroleh drama ini.

    Tahniah! Syair Arab banyak nilai seninya.

  • Naught shemale posts are the best thing ever , post more please!

  • I can just reccomand everyone to read this posts , and enjoy them all this guy knows what he is writing about!

  • cerita cam nie lah yang best untuk tontonan ramai …..
    tetapi kalau tengok saja dan tak ambil iktibar atas cerita tersebut tak de guna nye juga…
    apa2 pun renung2kan lah tepuk dada tanya selera….

Post a Comment

(required. But it will not be published)