MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Jessica Alba Langsungkan Perkahwinan Rahsia

Posted by admin on May 22nd, 2008



GAMBAR fail Jessica Alba dan Cash Warren ketika mereka tiba pada satu majlis anugerah di Los Angeles pada 24 Februari lalu.

LONDON – Selepas beberapa selebriti berkahwin secara senyap-senyap sejak beberapa bulan lalu, kini tiba pula giliran Jessica Alba melangsungkan perkahwinan secara rahsia, lapor sebuah akhbar semalam.

Alba dan tunangnya, Cash Warren,31, berkahwin dalam satu majlis tertutup di Beverly Hills, demikian pengesahan yang diberikan jurucakapnya pada Isnin lalu.

Ketika majlis tersebut, aktres yang sedang hamil itu mengenakan pakaian ringkas berwarna biru dan beberapa sumber turut melaporkan tidak ramai tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

“Dia kelihatan sangat gembira tetapi gementar,” kata satu sumber.

Pasangan selebriti itu dilaporkan bertunang pada Disember tahun lalu selepas Alba mengumumkan bahawa dia bakal melahirkan bayinya tidak lama lagi.

Alba, 27, mula menjalinkan hubungan dengan Warren ketika musim luruh 2004 dan pasangan itu bertemu di set penggambaran filem The Fantastic Four di mana suaminya merupakan pembantu pengarah filem tersebut.

Pelakon siri Dark Angel itu pada awal tahun ini mendedahkan bahawa mereka merancang satu majlis sederhana kerana keluarga dan teman-teman pasangan itu benci majlis perkahwinan.

“Saya akan mendapatkan sijil perkahwinan di jabatan pendaftaran tanpa sebarang majlis besar-besaran dan itu sahaja.

“Semua yang saya kenali bencikan perkahwinan walaupun mampu mengadakan majlis perkahwinan serba mewah, cantik dan romantik tetapi saya tidak memerlukannya,” katanya.

Sumber mahkamah di Beverly Hills memberitahu bahawa pasangan pengantin tersebut tiba sekitar pukul 11.30 pagi waktu tempatan dan menghabiskan masa selama 40 minit. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>