MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Akademi Nasyid Cari Rentak Berbeza

Posted by admin on May 23rd, 2008



Oleh Rozdan Mazalan



UNIK: Pemuzik turut mengiringi persembahan peserta ketika uji bakat.

Penganjur mahu perkaya genre, tak mahu terbelenggu dengan muzik biasa.

MATLAMAT sebenar penganjurannya bukan untuk memperbanyakkan lagi kumpulan atau solo yang mampu membawakan irama nasyid, namun penganjuran Akademi Nasyid bertujuan untuk memperkayakan kualiti genre itu dan tidak mahu terbelenggu dengan muzik nasyid biasa.

Itulah yang bakal kita nantikan apabila lahirnya kumpulan dan solo yang dapat memaparkan kepelbagaian irama nasyid – dari kontemporari ke puisi malah acapella – dan diterjemahkan ke dalam alunan nasyid moden.

Penerbitnya, Azman Abdul Ghafar berkata, pengisiannya masih mengekalkan bait indah ketuhanan yang memberi pengajaran dan mesej berguna untuk masyarakat.

“Jika boleh kita tidak mahu melahirkan kumpulan nasyid seperti yang sedia ada memandangkan peredaran zaman hari ini menuntut kita mempelbagaikan genre ini tetapi kami masih mahu kekal sebagai nasyid yang memuji-memuji kebesaran Ilahi.

“Melalui cari inilah saya rasa kita mampu memeriahkan industri muzik tanah air kita agar mendapat perhatian dari semua peringkat usia.


TERIMA: Penerbit Eksekutif Akademi Nasyid, Fadzliniza Zakaria memberikan surat kepada seorang peserta yang layak ke peringkat kedua.

“Kita mengharapkan peserta uji bakat yang hadir membuktikan bakat mereka bukan saja bernyanyi malah mengubah alunan muzik mengikut trend terkini. Sebagai garis panduannya kita turut menyediakan 25 lagu nasyid yang berbeza-beza untuk peserta memilih semasa sesi uji bakat,” katanya ketika ditemui pada sesi uji bakat Akademi Nasyid di Seri Pentas TV3 baru-baru ini.

Pada sesi ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur selepas Terengganu dan Johor lalu sambutan sungguh menggalakkan namun agak sukar untuk menemui kualiti yang diharapkan penganjur.

“Pada sesi uji bakat yang diadakan di Terengganu 60 peserta hadir tetapi hanya beberapa peserta saja yang dirasakan boleh ditempatkan di Akademi Nasyid.

“Manakala di Johor ia dihadiri lebih 100 peserta yang tampil dengan keunikan masing-masing dan hanya enam peserta terbaik ditemui.

“Di sini (Kuala Lumpur) sebanyak 150 peserta hadir dan hampir 60 peratus memenuhi keinginan kita, namun mereka akan ditapis dalam peringkat seterusnya sebelum menentukan hanya 10 peserta terbaik layak menyertai Akademi Nasyid,” katanya.

Sesi uji bakat diteruskan esok dan 25 Mei ini bertempat Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Peserta diadili oleh juri profesional dalam bidang masing seperti Yusof Kopratasa, Rabbani, Raihan dan Hijjaz serta beberapa penyanyi popular yang membawa lagu pop, rock dan puisi seperti Hafiz Hamidun.

Akademi Nasyid akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen TV9 setiap Sabtu, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam akan bermula 21 Jun depan.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai uji bakat Akademi Nasyid, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai sesi uji bakat yang dijadualkan yang akan diteruskan untuk tiga lokasi lagi.

Powered by Berita Harian

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>