Skip to content

May 20, 2008

11

Tangisan Bulan Madu Ke Skrin Televisyen



KEHADIRAN novel Tangisan Bulan Madu bagaikan fenomena apabila karya Shamsiah Mohd Nor diulang cetak belasan kali seterusnya disusuli tiga sekuel yang mendapat sambutan hebat penggemar sastera Melayu.

Sehingga ini watak Bogatt dan Amira masih segar di ingatan peminat setia karya Samsiah, malah penulis itu juga pernah diangkat antara novel perintis dalam genre sastera pop di Malaysia.

Selepas 17 tahun karya itu berlegar di kalangan pencinta novel Melayu, akhirnya Tangisan Bulan Madu dipindahkan ke medium televisyen.

Dihasilkan dalam bentuk drama bentuk bersiri 30 episod, Tangisan Bulan Madu disiarkan mengisi slot Ratu, bermula jam 9 malam ini di RTM2.

Kerjasama dan persefahaman antara Maizura Mohd Ederis sebagai penulis skrip dibantu Samsiah iaitu pengarang asalnya berjaya menghasilkan sebuah karya yang cukup menarik.

Bagaimanapun, dalam mencari persepakatan mereka terpaksa akur kepada hakikat perbezaan medium yang menuntut beberapa perubahan semasa proses adaptasi. Kemunculan Tangisan Bulan Madu di kaca televisyen pasti memberi kejutan menarik apabila huraian plot, perubahan struktur, penambahan isi kandungan, tekstur, visual dan pengolahan berjaya membangkitkan kekuatan visual yang ingin ditonjolkan.

Tangisan Bulan Madu mengisahkan saat tiga minggu paling bermakna yang dikecapi pasangan Bogatt dan Amira ketika berbulan madu.

Amira, seorang gadis kampung miskin yang bertemu jodoh dengan Bogatt, anak ahli perniagaan berjaya di Kuala Lumpur.

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu.

Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan ‘suci’ supaya dia boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.

Amira merayu agar Bogatt meninggalkan ‘sesuatu’ kepadanya. Bogatt tetap dengan pendiriannya. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin lagi jika ditakdirkan suaminya pergi untuk selama-lamanya.

Amira kemudian menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunakan nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuk Pengantin yang diangkat daripada kisah benar dengan arwah suaminya.

Dalam diam puisinya diminati RQ Amir yang sering menghubunginya menerusi e-mel tetapi tidak pernah dibalasnya.

Bagaimanapun, pertemuannya dengan penyair yang saling tidak tumpah seperti Bogatt mengejutkan Amira. Apatah lagi lelaki bernama Razlan itu memperkenalkan diri sebagai RQ Amir yang meminatinya. Lebih mengejutkan Razlan sebenarnya ialah adik kepada Bogatt tetapi berlainan ibu. Razlan berterus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Amira tetapi ditolak kerana Amira masih setia terhadap sumpahnya pada arwah Bogatt.

Razlan yang kecewa memutuskan mengikat tali pertunangan dengan Johanna, gadis pilihan ibunya. Hakikatnya, baik Razlan mahupun Amira memendam rasa di atas keputusan itu. Masa berlalu Razlan asyik menunda pernikahan yang akhirnya membuatkan Johanna nekad memutuskan pertunangan mereka.

Kemunculan Bada, seorang doktor yang menabur budi mengubati ibu Amira berkesudahan Amira terpaksa melunaskan wasiat ibunya supaya Amira menerima Bada sebagai suami.

Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara menyertai projek kebajikan membantu mangsa perang. Sementara Amira pula tidak dapat menerima Bada sepenuh hati kerana kesetiaan cintanya terhadap Bogatt.

Lima tahun berlalu, hubungan Amira dan Bada masih dingin. Bada sengaja menyibukkan dirinya dengan tugasan di hospital.

Amira pula masih terdera perasaannya mengingati Bogatt yang sudah bertahun-tahun tiada. Dia kemudian berhenti mengajar lalu menguruskan perniagaan Butik Marina. Razlan kembali ke pangkuan keluarga untuk menguruskan perniagaan milik keluarganya.

Bada yang bosan dengan situasi itu nekad menceraikan Amira. Detik itu membuatkan Amira semakin tertekan dan kerap mengunjungi pusara Bogatt.

Mampukah Amira berpegang kepada sumpah setianya? Apakah kemunculan semula Razlan yang tidak pernah putus asa menyatakan rasa cintanya terhadap Amira akan mengubah pendiriannya yang kejap dipegangnya selama ini?

Tangisan Bulan Madu yang menyaksikan lakonan mantap dan berkesan Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor, Liza Othman, Zarynn Minn, Eira Syazira dan Aripah Damanhuri akan disiarkan setiap Selasa dan Rabu.

Powered by Berita Harian

11 Comments Post a comment
  1. cikgu ctiey
    May 21 2008

    saya sangat teruja dgn drama tangisan bulan madu ni…..yes bogatt dan amira kembali dalam hidup ku

    Reply
  2. rena
    May 23 2008

    superb!!!i love the story..bogatt n amira ttp di hatiku…:)

    Reply
  3. susu
    May 23 2008

    mmg best!..

    watak amira mmg sesuai dipegang rita..
    cuma watak bogat tuh mcm tak sesuai plak..
    rasa mcm sajak kalau fahrin ke yg pegang….

    pape pun dorang lebih arif…

    Reply
  4. eiryo
    Jun 6 2008

    best…harapkan ade cd dapat di keluarkan….
    ezany mmg sesuai dgn watak tu…klau fahrin, muka die macho sgt…x sesuai..ady putra ke pun x sesuai..muka sadis..

    Reply
  5. Jun 25 2008

    ermmm ………. saya minat giler kat zarin min tu pasal tu lah saya tengok cerita nei………. i love u zarin

    Reply
  6. airisya
    Jul 18 2008

    takde sape ke record cite ni? at least leh upload ke youtube, nak tengok lagi :( ( byk missed siri dia. sbb selalu balik keje lambat….tensennyaaaaaaaaa :( (

    Reply
  7. Jul 30 2008

    sangat meminati cerita kerana ketabahan seorang wanita mengharungi liku2 hidup..sanggp manghadapi dugaan dng tabah..harap2 dapat di contohi wanita hari ini..

    Reply
  8. lolipop
    Sep 4 2008

    minat giler kat rita rudaini..
    dat y tgk citer ni..
    x sgke ni adelah drama tok novel y sy tgh cari spjg thun ni..
    x sbr tggu smbgannyer..
    love u rita!!!!

    Reply
  9. dalia
    Oct 25 2009

    anak samsiah mohd. nor di sini. x tipu!!! WWOOOHHH!! tye la ap2, psl dia confirm boleh jawab punya. huahahahhahah

    Reply
  10. Tini
    Nov 1 2009

    Sesiape bole advise mane bole saye dpt kn novel nya?
    nak sgt tau ending…dgr2 ending di novel lagi ada penghujung.
    Drama tergantung la…

    Reply
  11. zuraini yusup
    Jan 12 2011

    Salam…mana boleh saya dapatkan novel tangisan bulan madu?

    Reply

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments