MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Untungnya Jadi Fasha Sandha

Posted by admin on June 29th, 2008



Mungkin itu yang difikirkan kebanyakan orang. Kerana kejelitaan dan popularitinya membuatkan diri digilai dan menjadi rebutan lelaki. Namun tegas Fasha, dia sudah tidak mahu lagi dikaitkan dengan orang lain. Memanglah, sebab ketika ini, dirinya sedang diulit bahagia bersama seseorang yang kini bertakhta di hati.

Walaupun terus dilanda cerita kurang enak, tapi Wanda tengok Fasha tetap tenang malah tidak sesekali melatah dengannya. Lagipun, seperti Fasha katakan kepada Wanda, selain bahagia dengan kehidupan peribadinya ketika ini, dia juga sangat bersyukur dengan pencapaiannya dalam kerjaya sekali gus membahagiakan keluarganya.

Sebab rasanya bukan mudah menjadi seorang Fasha Sandha. Banyak kemelut melanda dirinya sejak bergelar artis popular. Tapi satu yang Wanda tabik dengan Fasha, walaupun banyak kisah panas tentangnya muncul, namun ia terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah filem dan drama.

Tengoklah sekarang ini, berapa banyak filem dan drama yang sedang ditayangkan dan menanti tayangan. Ketika ini pun Fasha sedang sibuk di lokasi. Dia kini sedang menjalani penggambaran drama 18 episod di sekitar Kuala Lumpur berjudul Tenggang arahan Mohd. Yoep Hitler untuk slot Legenda di TV3 bersama Adi Putra, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aida Radzwill.

Wanda pun pernah dengar seorang pengarah mengatakan rasa kagumnya dengan Fasha kerana komited terhadap kerjanya. Dan lebih penting amat mementingkan disiplin. Dan Wanda rasa itu juga sebenarnya resipi yang membuatkan Fasha terus kekal dalam industri walaupun selalu dilanda kontroversi.

Keduanya seimbang, sekalipun menjadi kegilaan dan rebutan lelaki hingga menimbulkan cerita kurang enak, tapi kerjayanya terus berjalan lancar.

Dan tegas Fasha lagi, dia sudah tidak mahu mempedulikan kisah-kisah tidak enak yang hanya membuatkan dirinya tersepit. Sebaliknya memberitahu dunia bahawa hatinya sudah dimiliki.

Memberitahu tentang jejaka kacak berkulit mulus dengan senyuman manis berusia 24 tahun yang juga seorang anggota tentera di selatan tanah air yang kini sedang bertakhta di hatinya.

“Saya sedang mengenali seseorang dan rasanya peminat sudah pun tahu kerana saya sendiri sudah mengaku mengenainya.

“Cerita-cerita kontroversi, menjadi buruan dan digilai lelaki, itu saya tak minta dan tak tahu. Ya ke saya menjadi kegilaan lelaki?,” tanya Fasha kepada Wanda.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>