Hudgens Mahu Jadi Model
Posted by admin on July 4th, 2008
HUDGENS
LOS ANGELES – Aktres remaja popular, Vanessa Hudgens mahu menjadi model contoh kepada remaja wanita walaupun imejnya pernah tercalar selepas gambar bogelnya tersebar di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Hudgens yang berumur 19 tahun dan popular menerusi filem High School Musical dikritik selepas beberapa keping gambar bogelnya tersebar di internet pada Ogos tahun lalu.
Aktres itu dalam satu kenyataannya meminta maaf kepada para peminat dan memberitahu bahawa dia sangat malu dengan gambar tersebut.
Beberapa akhbar melaporkan bahawa gambar bogel itu adalah untuk simpanan peribadi kekasihnya, Zac Efron, 20, yang turut sama berlakon dalam filem terbitan Disney itu.
Bagaimanapun, Hudgens yang juga seorang penyanyi menegaskan bahawa dia berusaha untuk menjadi inspirasi kepada para peminatnya.
“Apa yang perlu saya lakukan adalah bergembira dengan kehidupan saya. Saya hanya perlu menjalani kehidupan saya dengan gembira.
“Anda hanya mempunyai satu peluang dan sudah tentu saya mahu menjadi contoh yang baik,” katanya. – Agensi
Kosmo