Jessica Hamil?
Posted by admin on July 16th, 2008

JESSICA SIMPSON
HAJAT di hati ingin meraikan parti ulang tahun kelahirannya yang ke-28 di Sherman, Oaks, California, namun malang buat penyanyi terkenal, Jessica Simpson apabila dia dikritik sedang mengandung gara-gara perutnya kelihatan sedikit ‘berisi’ semasa muncul di majlis itu.
Jessica, yang menyambut hari jadi bersama orang tersayang, Tony Romo kelihatan berparti sakan dan mengambil banyak minuman beralkohol nampak berbeza melalui potongan badan yang lebih berbentuk berbanding sebelumnya.
Sumber daripada reports news.com.au melaporkan bekas isteri Nick Lachey itu muncul depan khalayak dengan penampilan yang tidak disangka-sangka . Payu dara lebih besar, pergelangan tangan makin berisi dan perut sedikit buncit walaupun dia cuba menutupi bentuk ‘baru’ badannya itu.
“Dia nampak besar daripada saiz sebelumnya. Payu dara Jessica nampak lain benar. Dia juga mengenakan baju polos dengan rona kelabu bagi menutup perut, seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.”
Andai perkhabaran itu disahkan benar, nampaknya kedua ibu bapa Jessica bakal menjadi datuk dan nenek dalam masa dua kali setahun.
Adik perempuan Jessica, Ashlee Simpson juga bakal menimang cahayamata dengan suaminya, Pete Wentz pada tahun sama.
Kosmo