MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

‘Syukurlah Semua Sudah Selesai’

Posted by admin on August 13th, 2008



Oleh WAZIHA WAHID waziha@kosmo.com.my


NORA DANISH HANIF keluar dari Mahkamah Rendah Syariah secara berasingan dengan bekas suaminya, Rizal (kiri) di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, semua okay, anak dalam kandungan pun sihat, doakan yang terbaik untuk saya,” kata pelakon jelita sitcom Puteri, Nora Danish selepas disahkan bercerai talak dua oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 25, dinasihatkan supaya bersuci edah selepas dia melahirkan anak sulungnya bersama Rizal Ashram, 31, awal tahun depan.

Pelakon tersebut disahkan bercerai setelah lafaz talak kali kedua yang dijatuhkan suaminya, anak bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib pada 17 Jun lalu diterima oleh Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail.

Ketika diceraikan kali kedua iaitu tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Nora sedang hamil tiga bulan.

Mahkamah sebelum itu turut mengesahkan lafaz cerai kali pertama oleh Rizal dan menerima alasan bahawa perceraian itu tidak didaftarkan kerana mereka mahu berbaik semula.

Kedua-duanya yang tidak diwakili peguam hadir bagi mendengar keputusan permohonan pengesahan cerai luar mahkamah tersebut seawal pukul 9 pagi.

Nora yang hadir ditemani ibunya sempat memberitahu media bahawa dia sangat bersyukur segalanya telah selesai.

Kosmo

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>