MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Tips Jimat Petrol

Posted by admin on August 14th, 2008



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap

KENAIKAN harga minyak di pasaran tempatan atau luar negara mendorong pengguna melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan penggunaannya.

Bagi stesen televisyen TV3 dan Proton Holding Berhad, usaha menerbitkan program majalah infomatik, Jom Ronda setiap Ahad, jam 7.30 malam sejak 10 Ogos lalu mampu membantu masyarakat untuk berjimat.

Dengan tema ‘Buat Apa Pandu Laju-Laju, Minyak Kan Mahal’, program 26 episod itu adalah kempen berbentuk khidmat masyarakat yang memberikan pelbagai maklumat kepada penonton cara pemanduan berhemah, selamat dan menjimatkan.

Setiap episod memaparkan tetamu jemputan terdiri da ripada orang awam dan selebriti tanah air memandu Proton sambil membincangkan pelbagai tip pemanduan yang boleh menjimatkan petrol serta tabiat pemanduan berhemah bagi mengurangkan belanja bulanan.

Antara selebriti yang turut menjayakan program ini, Maya Karin, Atilia, Adi Putra, Radhi OAG, Jehan Miskin dan Dynas.

Program mengenai pemanduan kereta ini dilancarkan Pe ngurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Media Prima Berhad, Mohd Azri Abdul dan Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Proton Holdings Berhad, Faridah Idris, baru-baru ini.

Kerjasama Proton dan TV3 lanjutan kempen pemanduan selamat dan penjimatan petrol oleh Proton yang dimulakan bulan lalu. Kempen itu adalah maklum balas Proton terhadap masalah pengguna yang diterima melalui talian khidmat pelanggan Proton i-Care.

Ini peluang Proton membantu pelanggannya menangani isu semasa dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang automotif.

Konsep diketengahkan dalam program ini ialah kempen berbentuk bual bicara ringkas menampilkan pengacara Ma laysia Hari Ini dan penyampai radio, Hot FM, AG dan Khaidirah (Dira) sebagai pengacara merangkap Skuad Jom Ronda.

Pengacara dan tetamu jemputan akan memandu kenderaan menyusuri Lembah Klang seperti dari Bangsar ke Hartamas, Bandar Utama, Maju Junction dan Wangsa Maju untuk membincangkan isu tertentu.

Program menarik selama setengah jam itu merangkumi lima segmen iaitu Suara Jom Ronda, Bersama Selebriti, Tip Jimat Minyak, Gadget dan Aksesori dan Carta Jom Ronda.

Penerbitnya, Jafni Abu Bakar berkata, program berkenaan memberi maklumat di samping memaparkan pelbagai seg men menarik sesuai ditonton semua lapisan umur.

“Program ini adalah kempen memberikan maklumat ke pada orang ramai mengenai cara menangani masalah peng gunaan minyak dengan mematuhi tip penjimatan petrol.

“Penjagaan kenderaan dengan betul juga disarankan kerana pemandu sering mengabaikan cara mudah dan tidak me ngambil berat penjagaan kenderaan. Diharap dengan adanya program ini pengguna dapat berhibur sambil menjadi pemandu berhemah dan bijak,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>