MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Nita Hamzah Di Bengkel Kecantikan

Posted by admin on August 24th, 2008



RAMADAN bakal menjelang dan selepas itu kita pun menyambut Syawal. Jadi kalau dah namanya perempuan, tentulah nak bergaya sakan di pagi raya.

Baju dah cantik, gaya dah menarik, jangan pula muka pucat lesi tak bermaya menerima kunjungan tetamu. Kan tak elok nampaknya.

Jadi apa kata sertai beramai-ramai bengkel kecantikan di hari raya bersama jurusolek artis popular, Deq Sha pada 31 Ogos ini.

Bertempat di Hotel Crown Princess bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang, Deq Sha bukan sahaja menunjukkan cara-cara nak bersolek tetapi juga berkongsi rahsia dan tips solekan menarik.

Joyah dengar artis popular juga bakal bersama-sama memeriahkan program bengkel itu nanti. Antaranya Nita Hamzah yang sejak kebelakangan ini Joyah tengok manis dan senyum selalu.

Iyalah, orang tengah berbahagia dengan cintanya. Mana tak manis dan tersenyum sentiasa. Para peserta juga bukan sahaja dapat bermesra dengan Nita.

Dah ada kesempatan begitu, boleh juga risik-risik tips kecantikan Nita. Tak gitu Nita. Dia pun sekarang jurucakap produk kelangsingan. Mesti banyak tips cantik dan langsing yang dia boleh beri.

Joyah dengar, khabarnya Noryn Aziz dan Nurul juga akan menghadiri bengkel kecantikan tersebut untuk sama-sama bermesra dengan peserta.

Jadi kepada yang berminat, cepat-cepat telefon 019-2063644. Nanti ketinggalan jangan salahkan Joyah pula.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>