Hijjaz Tawar Pakej Umrah Murah
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

AJAK KE TANAH SUCI: Anggota Hijjaz menunjukkan laman web yang menawarkan Pakej Umrah At Ta’awun.
Harga RM2990 setiap seorang, perkenal lima lagi rakan yang berminat
MENJEJAKKAN kaki ke Tanah Suci pastinya menjadi impian setiap umat Islam. Bagaimanapun kedudukan kewangan yang tidak cukup stabil menghalang niat suci kebanyakan kita. Keadaan ekonomi yang menyaksikan kenaikan harga minyak melambung tinggi menjejaskan lagi hasrat murni itu.
Menyedari ramai di antara kita yang kurang berkemampuan menunaikan umrah kerana harganya yang kini mencecah antara lima hingga enam ribu ringgit, Hijjaz Records dan Legend Tours memperkenalkan Pakej Umrah At Ta’awun.
At’Ta’wun yang bermaksud tolong menolong menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM2990 supaya mereka yang kurang berkemampuan juga dapat menunaikan umrah namun dengan kos yang rendah.
Bagaimanapun, mereka yang berminat untuk mendapatkan pakej pada harga RM2990 perlu mencari lima lagi rakan yang berminat.
Pengarah Urusan Hijjaz Legend Tours, Isman Nadim Isam berkata, pihaknya mendapat banyak maklum balas menyatakan kekeliruan mereka dengan pakej murah yang ditawarkan Hijjaz.
Jelas Isman, ramai yang ingin menunaikan umrah tetapi dengan harga yang tinggi sekarang menyekat keinginan mereka untuk beribadah. Dengan skim yang diperkenalkan Hijjaz ini, mereka yang berkeinginan menunaikan umrah tidak perlu mengumpul duit sehingga bertahun-tahun.
“Ketika mencium dan memeluk Hajarul Aswad baru-baru ini hati saya terdetik masih ramai lagi orang Malaysia belum menunaikan umrah. Saya berdoa semoga dibuka jalan untuk mereka menjejakkan kaki ke sana.
“Bagaimanapun tidak lama selepas pulang ke tanah air, saya berjumpa dengan seorang rakan. Dia yang memberikan idea mengadakan pakej ini. Sasaran kami adalah golongan yang kurang berkemampuan, mungkin mereka sudah menyimpan tapi belum mencukupi sehingga RM6,000 contohnya. Mungkin mereka sudah ada separuh, jadi melalui pakej yang kami perkenalkan ini mereka sudah boleh pergi,” kata Isman.
Kata Isman lagi, kemungkinan ada yang akan beranggapan sukar untuk mendapatkan lima orang bagi melayakkan mereka mendapatkan pakej murah ini. Namun kata Isman, ada pelanggan mereka sudah pun membuktikannya apabila berjaya mengumpul sehingga 80 orang.
Mereka yang berminat untuk mengikuti pakej ini boleh mendaftar melalui laman web www.hijjazlegend.com. Antara keistimewaan yang ditawarkan dalam pakej ini ialah umrah 12 hari 9 malam, penginapan untuk dua orang dalam satu bilik yang selesa, berhampiran dengan masjid serta hidangan masakan Melayu.
Mereka yang berjaya memperkenalkan lima rakan akan dibayar insentif RM150 untuk satu kepala. Selain itu, Hijjaz Legend juga akan memberikan beberapa barangan lain seperti kain telekung dan ihram, beg pakaian, set penjagaan kulit jenama El-hajj serta CD mengandungi doa mengerjakan haji dan umrah.
Sementara itu kata Isman lagi, Hijjaz Legend juga berazam untuk membawa dua atau tiga anak yatim atau fakir miskin dalam setiap kunjungan mereka bagi memberi peluang mereka untuk sama-sama menunaikan umrah.
Tajaan itu akan diambil menerusi tabung At Ta’awun iaitu pakej yang dibayar peserta. Secara tidak langsung mereka yang menyertai ini pakej ini turut menderma untuk golongan yang kurang bernasib baik ini.
Berita Harian
saya berminat untuk mencari 5 orang tetapi bagaimana caranya untuk mendaftar.
saya dan ibu berminat untuk menunaikan ibadah umrah tetapi bagaimana caranya
sekiranya saya dapat mengumpul 5 orang.adakah harga yang ditawarkan berlainan?
Saya bercadang nak pergi Umrah 5 beranak.Masih kah saya perlu memperkenalkan seorang peserta sebagaimana syarat tuan.
Assalamualikum,
Saya agak teruja dengan IKLAN Umrah murah yang diwar-warkan itu.
Macam tak lojik, tapi memang murah sebab saya baru saja pulang untuk umrah selama 14 hari/12 malam dengan harga RM6,400 seorang. Ww pakej Hijjaz ini memang murah … RM2,990 tolak komisyen yang akan diberikan sebab memperkenalkan 5 orang lagi … @ RM150 satu kepala . (jadi jumalh RM750) JADI KOS UMRAH HANYA RM2,240.00 . MURAH SUNGGUH. Ini termasuk, tiket kapal terbang, hotel, (2 sebilik) makan minum, dan hadiah hadiah lagi dari penganjur .. WOW. Yang pakej saya baru balik ni cuma hotel murahan 4 sebilik.
Namun saya harap pihak penganjur dapat lebih spesifik dalam pengiklan pakej ini supaya bakal jemaah tak keliru. Butiran harus biberi lebih detailed …..
** Syarikat penerbangan mana yang digunakan
** Hotel mana di Mekah dan di Madinah
** Tarikh tarik pakej yang telah disediakan dan confirmed untuk dipilih oleh jemaah.
** Bilakah bakal jemaah harus membayar deposit dan baki kos, maksud saya berapa lama sebelum tarikh berlepas.
** Adakah harga pakej tetap dan tak berubah memandangkan kita tidak dapat control harga tiket penerbangan dan tempat penginapan di Tanah Suci.
** Dah ada kah pakej yang telah pergi dan pulang setakat ini ??
Pendapat saya … Niat usaha ini memang baik .. tapi cara nya cara “pyramid” yang diragu ragukan halal haramnya. Saya harp dapat penjelasan dalam ruangan ini juga.
Assalamualikum
Saya berminat untuk menyertai pakeg tersebut dan igin mendaftar,bagaimana caranya.Saya bersedia mendapatkan 6 orang atau lebih.
Saya berminat dgn pakej ini- tolong detailkan lagi pakej dan jadual bagi tahun 2009 (fisrt Quarter 2009)
saya amat berminat untuk mengikuti pakej ini masih ada lagikah
pohon diberikan data terperinci
untuk cari orang lain saya akan cuba pohon dpt jwpan dgn segera
Saya berminat dgn pakej ini- tolong detailkan jadual untuk Mei-Jun 2009.terimakasih
Saya dan suami, kakak saya dan suaminys dan saya mempunyai 2 org lagi suami isteri yg ingin menunaikan umrah tahun 2009. minta tlg bagi detail jadual yg ada, hotel mana di Madinah dan juga Makkah (berapa jauh dr Masjidil Haram). harap dpt maklumat segera. terimakasih.
a.kum! nak tau no tel hijjaz yang tawarkan Pakej Umrah At Ta’awun
Assalamualaikum,
Saya telah membuat komen saya tentang “Pakej Umrah” yang diperkenalkan oleh Kumpulan Hijjaz ini pada 9/9/2008, sambil mengutarakan beberapa soalan yang saya relevant dan berguna untuk mereka yang berminat untuk mengikuti pakej tersebut.
tetapi malangnya pihak yang mengiklankan pakej ini masih belum memberi sebarang respons kepada soalan soalan tersebut. Saya harap berilah jawapan segera. terima kasih dan Wassallam.
Mengapa agaknya tak respon pertanyaan yg di ajukan?
Saudara Isman Nadim Isam, Pengarah Hijjaz Legend Tours kata ada pelanggan yang boleh kumpul 80 nama untuk pakej ini. Adakah pelanggan tersebut akan dapat pakej umrah percuma untuk beberapa kali atau akan diberikan imbuhan wang komisyen. sebabnya, setiap seorang yang diperkenalkan .. pelanggan akan dapat RM150.00 …
RM150.00 X 80 = RM12,000.00. Banyak tu.
Assalamualaikum: Minta jasa baik…..
Kami suami isteri dan 5 orang anak berminat untuk pergi pada cuti sekolah yang awal pada tahun depan.Harap pihak penganjur dapat memudahkan urusan kami dengan menyatakan penjelasan tentang:
1-Syarikat penerbangan
2-Takwim program setahun(untuk pilih tarikh)
3-tempat penginapan di Madinah & Mekah ( jenis,sebut harga & nama hotel,brp km dr masjid)
4-tawaran lain yg terdapat dalam pakej
5-Difahamkan ,perlu menjadi agen ? Bagaimana cara, di mana nak daftar, ibu pejabat di mana @ cawangan di Negeri2 ada ke?Berapa bayaran? jaminan dapat pergi @tidak jika dah dapat kumpul org?tempoh proses borang?perlu queue ?
Maaf atas kesulitan yang timbul dari soalan-soalan ini.Namun jika niat yang suci ini sesuai dengan konsep At-Taawun maka diharap dapatlah benar-benar membantu memudahkan urusan orang-orang yang berhajat menjadi tetamu Allah.
(06-6781495)
Saya dan beberapa orang kawan bercadang untuk mengerjakan Umrah melalui pakej umrah RM2990 yg diawarkan oleh pihak Hijjaz pada 2009.Kami harap pihak Hijjaz dapat menyatakan jadual perjalanan dan bagaimana untuk mendaftar. Semuga apa yang diusahakan oleh pihak Hijjaz akan mendapat berkat dan rezeki dilimpahkan oleh ALLAH S.W.T.
0380232915
saya berminta untuk mengikuti pakej umrah hijaz ini.tolong beri maklaumat selanjutnya.
saya berminta untuk mengikuti pakej umrah hijaz ini.tolong beri maklaumat selanjutnya.
saya dan keluarga berminat, tolong beri maklumat yang lebih lanjut dan bagaimana caranya
assalamualaikum
saye berminat untuk pergi umrah dengan keluarga…dengan pakej muah begini alhamdullah dan insyaalah saye sekeluarga mampu untuk pergi umrah…saye ingin mengetahui jadual perjalanan dan cara untuk bookin pakej ini dalam masa terdekat..untuk bulan febraury till april.teriam kasih diatas pakej yang disediakan
ASSALAMUALAIKUM,
Bagus betul pakej ni. Tentu ramai orang yang minat. Tapi banyak komen dan pertanyaan yang dibuat oleh yang berminat, mengapa tak ada berjawab yer?
Kalau kita nak buat tempahan macam mana, tanya pun tak nak jawab. Tak guna lah war war kat internet kalau tak mau layan. Macam indah kabar aje. Come on lah kalau nak berniaga atau nak membantu, buatlah secara serious. Ini macam main main aje.
murah sungguh pakej ni.tolong reply on how to register.thanx a lot.
Begitu ramai orang minat …… tapi satu happa tak ada dijawab pertanyaan. Apa punya bisnes macam ni. Apa main main ke ?? Ni macam berangan besar nak cepat kaya.
Setelah diteliti dan dihalusi, tuan/puan termasuk saya dinasihatkan beralih kepada laman web lain kerana tiada jawaban terhadap semua persoalan yang diajukan. Terimakasih dan wasalam.
Assalamualaikum,
Saya nebyarankan kepada orang yang mengiklankan pakej umrah ini supaya berbuat sesuatu untuk mengeluarkan “iklan” ini kerana ianya boleh memburukkan nama kumpulan dan syarikat yang dikatakan menguruskan pakej tersebut.
Nanti rosak nama “HIJJAZ”. fikir fikirkan lah.
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi cerita mengenai package Ta’wun yg berharga RM2990. Jgn cepat sgt menyumpah seranah. Saya bersama 10org ahli keluarga & kawan2 baru selesai mengerjakan ibadah umrah pada 26Jan-6Feb 2009. Mula2 sy ditawarkn package ni sy amat bersyukur & dgn penuh yakin rezeki yg Allah limpahkn pd sy & keluarga. Kerna terlalu gembira sy war2kn berita package ini kpd sanak saudara & sahabat, dgn niat ingin membantu. Ada yg gembira, ada yg mencemuh. Sy terima semuanya. Mula2 lebih 20org yg mendaftar, tp sorang demi sorang yg tarik diri. Yg tinggal 10org. Mcm2 buruk sangka yg sy dgr namum Alhamdullillah, berkat kata2 smgt dr suami, sy redha saja. Bila tiba harinya utk berangkat, sy & keluarga dgn penuh kesyukuran segalanya dipermudahkan Allah utk kami. Di Madinah & Mekkah kami mendpt layanan yg cukup cukup memuaskn hati…Syukur pd Allah!. Pihak Hijjaz yg menguruskan package ini sentiasa memberikan kerjasama yg tiptop. Ini adalah ibadah umrah yg pertama utk kami 10org (sy,suami,mak mertua,abg ipar&isteri,2makcik,pakcik & 2kwn)& segala pengalaman di Madiah & Makkah adalah pengalaman yg sgt indah utk kami kenang. Sy, suami & yg lain2 mengucapkan trima kasih pd Hijjaz (Isman,Nasir,Faizal) serta Danny kerna memberikan kami peluang dgn tmbang yg cukup murah & lyn yg cukup bagos. Moga usaha kalian mendpt ‘balasan’ dunia & akhirat. InsyaAllah.
Assalamualaikum,
Tahniah kepada Hijjaz kerana menawarkan pakej Umrah Taawun dan mengendalikan pakej Muslim Tours. Saya ingin mencadangkan agar laman Web Hijjaz dinaik taraf agar lebih cantik dan mempunyai maklumat terkini. Adakah pihak Hijjaz melantik agen untuk negeri? Saya berminat jika ditawarkan untuk negeri Perak. Semoga usaha anda diberkati oleh Allah.
Puan Anita,
Assalamualaikum.
Bagus sangatlah kalau Puan dengan 9 ahli keluarga dapat mengerjakan umrah dengan harga RM2,990.00. Bukan mudah nak dapat. Saya membeuat beberapa komen yang agak kurang menyenangkan sebab setiap soalan atau pertanyaan tidak mendapat respons. Itu yang buat orang rasa kurang senang. Pada saya, jika kita ,emgiklankan sesuatu, bila ada pertanyaan respon lah … Kalau tak mau respon jangan minta komen. Itu saja. Tapi kalau ramai yang dah pergi seperti Puan, syukur Alhamduliilah. Memang baguslah pakeh Hijjaz ni. Sebabnya …… pakej pakej lain yang menawarkan harga RM6,000.00 keatas.sedangkan mereka hanya caj kurang dari RM3,000.00. Itu belum ditolak insentif kerana membawa peserta yang lain. wassallam.
saya cadangkan anda semua membuat pertanyaan di laman web mereka iaitu http://www.hijjazlegend.com. Saya rasa diorang tak baca ruangan ni sebab ni laporan dari tuanpunya blog kan.. rasanya la..saya pun tak pasti
salam…. saya amat berminat dengan tawaran ini..saya berniat ingin membawa opah dan ayah saya….tapi tak faham
2990 dah tolak 150 seorang untuk 5 orang yang kita cari ke?
kalau saya perlu bayar 2990..bagaimana pula dengan yang 5 orang lagi….
Salam,
Saya amat tertarik dgn promosi yg di tawarkan. tapi boleh di jelaskan dgn lebih lanjut,
berapa hari/mlm, tempat penginapan, tempat -tempat ziarah/package dll. Saya bercadang untuk pergi bersama suami pada awal tahun 2010. Harap dpt penjelasan dengan terperinci.
saya amat bersetuju dengan ratna..rasanya, pihak hijjaz tak dapat nak menjawab soalan yang diajukan memandangkan ini bukanlah official website mereka..entry ini adalah lebig kepada berita/laporan dari myselebriti.com sahaja..
salam
Saya amat tertarik dgn promosi yg di tawarkan. tapi boleh di jelaskan dgn lebih lanjut,
berapa hari/mlm, tempat penginapan, tempat -tempat ziarah/package dll. Saya bercadang untuk pergi bulan 12 tahun nie. Harap dpt penjelasan dengan terperinci.
TQ
salam,
untuk makluman suma sy telah mendaftar bagi package Ta’wun II 2010 dan telah membuat pembayaran penuh pada bulan March 2009. Sehingga kini (setelah setahun lebih) sy belum menjejakkan kaki ke mekah. Kami dimaklumkan bahawa program ini telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun sehingga kini duit kami masih belum dipulangkan….Harap pihak Hijjaz mengambilo berat akan permasaalahan ini sebelum kami membuat tindakan susulan bagi menyelesaikannya.
Salam.
Sya merancang tok menunaikan umrah pada bulan Jun2011. Bagaimana untuk sya dpt kan tawaran ni.
Kami berempat ingin menunaikan umrah pd bln dicember 11. Adakah tawaran ni masih ada. Kirakan kosnya.
salam……
saya amat berminatv untukpergi dgn pakej Hijjaz nie lagipun kwn2 saya telah pergi dgn hijjaz….walaupun ada sedikit masalah penerbangan tetapi di sana semuanya ok….
Oleh itu saya berharap sgt dapat menghubungi dgn mana2 pihak yang berkenaan plez contact saya 013 3496304
suryati
saudara,
saya ingin tahu berapa kos untuk 2 org untuk umrah bulan 4 th 2012
salam, kalu boleh hantar ke email saya jadual umrah untuk tahun 2012
apa la korang nie. nampak kan skim hijjaz tu piramidnye style… anyway .. sekarang da collapse je pun. nasihat saya, kaji dulu sesuatu skim sebelum masuk, ini tidak, bunyi islam sikit, artis glemer nasyid islam pulak tu cair habis.. last last tribunal tuntutan pengguna jadi mangsa.