Rawatan ‘Herba’ Di D’Lugano Spa
Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my

SUASANA spa seperti di kampung menenangkan jiwa.
Pelbagai kaedah menggunakan bahan semula jadi kembalikan kesejahteraan diri
ALANGKAH nikmatnya memanjakan diri di spa selepas menempuh hari yang memenatkan terutama selepas melalui minggu yang sibuk. Justeru, apa kata, berhujung minggu dengan memanjakan diri di pusat kecantikan atau spa yang menyediakan pelbagai rawatan istimewa.
Keindahan dekorasi dalaman ala kampung yang lazim menghiasi spa selain menghayati alunan muzik tradisional mencipta seribu ketenangan. Seperti di spa kecantikan D’Lugano milik artis, Diana Rafar, konsep tradisional kampung adalah elemen terbaik bagi mempromosi dan menghargai ramuan herba semula jadi.
Diana berkata, di D’Lugano hampir semua produk sama ada krim sapu, minyak urut, lulur, pupur atau apa saja yang digunakan dalam rawatan dihasilkan sendiri menggunakan herba dan rempah asli semula jadi.
“Saya lebih gemar membuat sendiri produk itu kerana hanya menggunakan herba, bunga, rempah asli yang dibancuh mengikut sukatan. Tanpa memerlukan bahan kimia seperti produk kecantikan lain, bahan semula jadi itu lebih sesuai kerana ia seakan sebati dalam masyarakat Asia.
“Malah, saya kini dalam proses membuat minyak lavender aroma terapi dengan menggunakan campuran serai wangi. Saya gemar menggunakan herba seperti itu kerana ia bukan saja menyedap dan mewangikan sajian makanan, tetapi turut memberi kebaikan pada mental dan rohani. Perancangan saya juga akan membuat minyak urutan aroma terapi sendiri menggunakan herba sama untuk kebaikan kulit,” katanya ketika ditemui di salunnya, baru-baru ini.
KONSEP dan susun letak ala tradisional mengingatkan kita di kampung halaman.
Antara rawatan istimewa yang ada di D’Lugano ialah perkhidmatan spa rambut atau mandian krim dan bekam. Rawatan spa rambut adalah yang paling istimewa D’Lugano kerana menggunakan ramuan limau purut, serai dan halia yang dibancuh sendiri untuk dijadikan krim rambut. Ramuan berkenaan bertujuan untuk mengharum, membaiki dan menyihatkan rambut supaya lebih bersinar.
Diana berkata, rawatan kecantikan yang ditawarkan di D’Lugano membabitkan rawatan kuku, rambut, badan dan wajah.
Paling menarik ialah pakej rawatan pengantin iaitu Putera&Puteri Sehari. Dengan pakej itu, kedua mempelai berpeluang membuat rawatan wajah, mandi wap, lulur badan, mandi susu, bunga atau rempah, rawatan kuku kaki dan tangan, rawatan rambut serta satu jam urutan badan.
“Selain itu, kita juga ada pakej rawatan lain iaitu Seri Bidadari, Gebu Berseri dan Manja Diri yang berharga antara RM160 hingga RM250. Banyak lagi rawatan lain yang boleh dinikmati iaitu rawatan kuku tangan dan kaki. Jika di salun kuku, bahan yang digunakan lebih kepada kimia, tetapi rawatan kuku di D’Lugano lebih ke arah tradisional, malah turut menyental bahagian kaki dengan lulur halia yang dihasilkan sendiri.
Rawatan kuku kaki atau tangan akan diberi lulur herba percuma pada bahagian berkenaan.
“Saya percaya ramai wanita dan lelaki kini gemar ke spa, malah ia bagaikan satu kemestian dalam kehidupan. Harga yang ditawarkan di D’Lugano berpatutan kerana mahu semua lapisan orang tidak kira bekerja atau belajar, kaya atau tidak mencuba rawatan spa kampung di D’Lugano,” katanya.
Sehubungan itu, Diana merancang untuk memperkenalkan kad keahlian VIP D’Lugano dengan harga pendaftaran RM400 dan mendapat tiga rawatan percuma. Selepas ahli mendapatkan tiga rawatan percuma itu, mereka boleh mendapatkan 25 peratus diskaun bagi setiap rawatan seterusnya dan bagi 10 kali rawatan akan menikmati rawatan percuma sekali.
Diana berkata, salun kecantikan D’Lugano dibuka sejak tujuh bulan lalu di Seksyen 13, Shah Alam. Beliau membuka spa berkenaan kerana sering mendambakan khidmat urutan selepas penat bekerja, sekali gus memberi inspirasi kepada Diana untuk membuka D’Lugano.
Berdasarkan pengalamannya itu, setiap kekurangan dan kelebihan yang dialami ketika melakukan rawatan di spa dibawa ke D’Lugano supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
INFO: Pusat kecantikan D’Lugano
Alamat: No 58, jalan renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam.
Telefon: 03 55111336
Kad keahlian VIP D’Lugano : RM400 (daftar) percuma tiga rawatan dan 25 peratus diskaun rawatan seterusnya. 10 kali rawatan + satu kali percuma
Rawatan:
Mandi bunga dan mandi susu (RM70)
Seri Bidadari – mandi wap, lulur, mandi susu/rempah (RM165)
Gebu Berseri – lulur susu, mandi susu, pupur badan, mandi bunga (RM220)
Manja Diri – mandi wap, lulur, mandi susu, urutan badan (RM230)
Puteri/Putera Sehari – rawatan wajah, mandi wap, lulur, mandi susu/bunga/rempah/, rawatan kuku tangan dan kaki, mandian krim dan sejak rawatan badan (RM500).
Bekam (RM15 satu cawan)
Berita Harian
sy mencari peluang pekerjaan dalam bidang spa.
menpunyai pengalaman setahun.
ada kemahiran mengurut
bekas pelajar akademik kecantikan SKM tahap 1 & 2.
saya sedang mencari peluang utk bekerja dalam SPA bidang perawatan traditional perawatan orang lama dulu kala menjaga kesihatan dalaman dengan cara BERTANGAS dari herba2 segar di buat sendiri mengikut penyakit dari wanita sehingga lah gadis. jika di perlukan pihak SPA Puan utk menambah perawatan ini,saya sedia berkhidmat dan di hubungi. H/P 016 6077547 OR Email aziah55@gmail.com
posting yang menarik..aku save bookmark ya..
artikel yang lumayan..aku save bookmark ya..
salam sy ingin hadiahkan kepada suami tercinta sempena birthday dia (pertengahan Mei) treatment di sana, sy ingin mendapatkan kepastian adakah D Lugano menyediakan perkhidmatan yg dikendalikan oleh lelaki kerana suami lebih selesa dgn lelaki begitu juga dgn sy (dikendalikan oleh perempuan). Terima kasih? 011-26283392