Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Hidup Sempurna Selepas Beranak

Posted by admin on November-18-2008 Add Comments



JESSICA ALBA

AKTRES Jessica Alba mendedahkan kehidupan yang dilalui kini menjadi lebih bermakna selepas melahirkan bayi perempuan yang berusia lima bulan, Honor Marien.

Bahkan, bagi Jessica sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata mengikut naluri seorang ibu, betapa bahagia dirinya dengan kehadiran cahayamata sulungnya itu.

Pelakon yang pernah membintangi filem Fantastic Four dan mula mencipta nama menerusi siri TV popular Dark Angel itu berkata sedemikian semasa majlis Keep A Child Alive 5th Annual Black Ball.

“Semua kelihatan comel, malah setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya dan Honor menyeronokkan termasuk berdepan dengan masalah cirit-birit,” beritahu Jessica pantas tertawa ketika diwawancara People.

“Segala pengalaman yang dijalani ini memperlihat penyatuan kepada seluruh keluarga, malah ia juga mampu merapat persahabatan saya dengan teman-teman rapat.

“Dengan kehadiran individu-individu ini, saya dapat membuat setiap keputusan dengan bijak.

“Honor menjadi kesayangan dalam seluruh hidup saya. Cinta yang memang sukar untuk saya temui. Dia membuatkan hidup saya kini bertukar sempurna, tanpa ada sedikit kekurangan,” tambah Jessica.

Tidak terkecuali, ibu jelita ini turut melahirkan riak teruja setelah bayi itu mula memperlihat tanda-tanda dan perkembangan terbaru.

“Saya rasa terdengar Honor memanggil Mama secara tidak sengaja apabila dia menangis.

“Cuma saya tidak dapat pastikan perkataan yang terluncur daripada bibirnya itu disengajakan ataupun tidak.”

Kosmo

Post a Comment

(required. But it will not be published)