MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Jessica Alba Cetus Kejutan Untuk Suami

Posted by admin on January 14th, 2009



LAS VEGAS – Aktres berdarah Latin, Jessica Alba mengejutkan suaminya dengan menganjurkan parti pada hujung minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam

Aktres filem Sin City itu mengundang 80 tetamu untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran suaminya, Warren yang ke-30 di Las Vegas.

Pasangan tersebut dan kalangan tetamu kemudian keluar bergembira di sebuah kelab malam di mana Jessica menempah satu kawasan khas untuk mereka.

Satu sumber memberitahu majalah People bahawa Jessica sengaja membawa Warren keluar sepanjang hari itu bagi mengelakkan suaminya menghidu persiapan majlis tersebut.

Apabila pulang, Warren menitis air mata gembira apabila melihat usaha isterinya dan tetamu mereka bagi meraikan hari ulang tahun tersebut.

“Saya akan terkilan jika tidak mengucapkan terima kasih kepada isteri saya yang juga rakan saya yang paling akrab. Sukar untuk menyatakan perasaan gembira saya dengan kehadiran anda semua,” katanya. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>