Tahun Baru Cina Di Ponderosa Golf
Posted by admin on February 5th, 2009

GURMIT SINGH (tengah) bersama tetamu menggaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Penderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru kelmarin.

MERIAH. Ponderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru mempunyai cara tersendiri untuk meraikan pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Bukan sahaja menampilkan sajian makanan Cina yang enak seperti yee sang, malah majlis tersebut berlangsung dalam suasana santai dan dihadiri 100 pelanggan kelab golf eksklusif itu kelmarin.
Pengurus Besarnya, Gurmit Singh berkata, majlis makan tengah hari itu merupakan acara tahunan untuk menghargai kesetiaan pelanggan yang terus menjadikan lokasi tersebut sebagai pilihan utama mereka.
“Saya percaya majlis ini mampu menjadi satu pengalaman manis untuk dikenang dan berharap pelanggan berpuas hati dengan sajian yang disediakan.
“Malah cara ini ia turut dapat memberi kesempatan kepada pihak hotel untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelanggan,” katanya.
Kosmo