Jessica Alba Menangis Kurus Badan
Posted by admin on February 6th, 2009

LOS ANGELES – Seperti kebanyakan bintang Hollywood, Jessica Alba (gambar) memperoleh bentuk badannya seperti sebelum melahirkan anak dalam tempoh singkat namun pelakon itu mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, lapor sebuah akhbar semalam.
Alba yang melahirkan anaknya, Honor pada Jun lalu menyertai program menguruskan badan sebelum menyertai sesi bergambar sebagai model kalendar Campari yang diedarkan Disember lalu.
“Senaman itu sangat teruk. Saya menangis kerana sebelum itu saya tidak pernah melalui proses tersebut,” katanya.
Namun semua usaha Alba itu nampaknya tidak cukup untuk memenuhi piawaian Hollywood kerana sejumlah foto berkenaan sebenarnya melalui proses suntingan bagi menjadikannya lebih menarik serta kurus.
“Saya memakai bengkung. Seorang rakan saya berjaya memperoleh bentuk badan seperti sebelum melahirkan anak setelah memakai bengkung selama lapan minggu,” katanya.
Pelakon filem Fantastic Four yang berkahwin dengan penolong pengarah Cash Warren itu menambah, kesakitan melahirkan anak hilang setelah doktor meletakkan bayinya di atas dadanya. – Agensi
Kosmo