Winslet Anjur Parti Oscar
Posted by admin on February 18th, 2009

Menang atau kalah, calon Oscar pada tahun ini, Kate Winslet tetap akan membuat parti keraian.
Winslet yang kini berdebar-debar menunggu 22 Februari ini iaitu tarikh berlangsungnya majlis anugerah Academy ke-89 yang menyaksikan dia bertanding merebut Anugerah Aktres Terbaik bersaing dengan Angelina Jolie, Anne Hathaway, Mellisa Leo, dan Meryl Streep.
Aktres berusia 33 tahun itu tercalon hasil lakonannya menerusi filem, The Reader. Ia merupakan kali keenam dia meraih pencalonan Oscar.
Beritahunya kepada Contactmusic: “Saya tidak tahu apa keputusannya nanti. Tapi ia merupakan kali keenam saya meraih pencalonan (Oscar).
“Ia bakal menjadi majlis Anugerah Academy keenam yang saya hadiri, jadi menang atau kalah saya tetap akan menganjurkan parti meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.”
Kosmo