Claudia Ada Masalah Dengan Suami?
Posted by admin on March 19th, 2009
KL, 20 MAC 2009: Minggu lalu, pengkritik tetap Akademi Fantasia 7 (AF7), Adlin Aman Ramlie mencadangkan kepada Claudia agar lagu Sempurna nyanyiannya patut ditujukan kepada suami yang disayangi agar corak persembahannya lebih mantap.
Bagaimanapun, Murai Batu terkejut apabila melihat Diari AF7, baru-baru ini apabila Claudia menafikan bahawa lagu itu bukan ditujukan untuk suaminya tetapi untuk anaknya, Christian.
Kebetulan, Murai Batu terdengar pula mendengar gosip sensasi tentang Claudia dan suaminya itu. Murai Batu difahamkan, ketika ini suami Claudia tidak lagi pulang ke rumah. Ish, betul ke?
“Agak lama juga dia tidak pulang ke rumah,” kata sumber itu kepada Murai Batu.
Murai Batu dikhabarkan lagi, suaminya itu tidak pulang-pulang sebab dia dikatakan dah merajuk. Merajuk dengan siapa?
“Aku dengar dia merajuk dengan keluarga sebelah Claudia. Maklumlah mereka tu muda-muda lagi dah berkahwin. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan suami Claudia berkecil hati lalu tidak pulang ke rumah,” kata sumber lagi.
Mendengar dari cerita ini, barulah Murai Batu faham kenapa Claudia lebih cenderung merindui anaknya berbanding suaminya itu. Kata sumber itu, hanya Claudia saja lebih memahami perasaan suami dan keluarganya itu. Harap bersabarlah Claudia kerana kehidupan berumah tangga ini ada pasang surutnya.
Kalau betullah gosip ini, Murai Batu harap hubungan Claudia dan suaminya itu akan dapat dipulihkan dengan segera dan semoga Claudia akan berjaya dalam AF7.
MURAI BATU: Baru saja dengar gosip, betulkah Akim yang kacak itu sepupu Fitri AF2?
Murai