MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for the 'Christina Aguilera' Category

Amal Kara

Posted by admin on 28th April 2009



Susunan Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my


JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

Ada yang menganggap kehadirannya sesuatu yang agak menarik, tetapi tidak kurang yang melemparkan kritikan. Namun segalanya kritikan dan pengalaman hidup lalu dianggap sesuatu yang hanya lebih mematangkan dirinya.

Penggubah lagu yang digabungkan dengan tiga juri veteran lain dalam rancangan American Idol ini, turut menyifatkan kejayaan dikecapinya kini bukanlah hasil dirinya seorang lantas biar sesibuk mana jadual sehariannya, dia cuba meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang dianggap penting kini.

“Pandangan saya mengenai apa yang menjadi keutamaan kini memang berbeza sejak 10 tahun lalu. Saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat kerana saya fikir saya seorang yang bernasib baik.

 

 

“Saya bekerja keras selama ini, tetapi pada masa sama, mereka yakin dengan kebolehan dan membantu saya hingga berjaya menempatkan diri pada kedudukan kini. Justeru, saya fikir harus melakukan sesuatu pula untuk membantu golongan yang memerlukan dalam industri ini,” katanya.

Menganggap muzik sebagai terapi, Kara membantu ramai penyanyi popular dalam melonjakkan karier masing-masing, antaranya Faith Hill, Christina Aguilera, Gwen Stefani, Santana, Kelly Clarkson, Jewel dan Carrie Underwood.

Sebagai sebahagian daripada kerja amalnya, beberapa tahun lalu dia membantu menubuhkan studio rakaman untuk kegunaan remaja memerlukan di Phoenix House, Los Angeles. Bukan hanya memperuntukkan sejumlah wang, dia turut meluangkan waktu pada hujung minggu untuk memberi tunjuk ajar diperlukan remaja terbabit.

“Ramai yang berbakat yang ingin saya bantu, tetapi tidak semua dapat saya tolong,” katanya yang turut mengambil peluang memberi bimbingan secara individu peserta yang tersingkir dalam program American Idol itu.

Dia akui bersikap terbuka dengan apa saja pandangan orang lain mengenai hasil kerjanya. Baru-baru ini pula, dia juga agak terbuka mengenai kisah lampau dirinya yang mengalami masalah pemakanan.

“Saya tak pernah bercakap mengenainya, tetapi ketika itu, daripada menangani masalah emosi berkenaan, saya cuba melupakannya dengan makanan,” katanya yang mengakui masalah itu berlaku ketika dia masih muda namun berjaya pulih menerusi rawatan.

Ketika menghadapi masalah pemakanan itu, menurutnya, dia tidak memaksa dirinya untuk lapar atau memuntahkan makanan yang dimakannya.

“Ketika saya mula terbabit dalam bidang muzik dan sedar melakukan perkara yang sangat digemari, saya tidak menghadapi masalah itu lagi,” katanya.

Tekanan berada di kalangan golongan yang popular masih dirasainya terutama berada dalam kelompok American Idol, namun dia juga akui sudah mampu mengatasi keadaan sedemikian.

“Saya menjadikannya satu komitmen dalam hidup untuk berhadapan rasa bimbang dan jika takutkan sesuatu, saya pastikan akan melakukannya,” katanya.

Harian Metro

Posted in American Idol, Christina Aguilera, Gwen Stefani | No Comments »

Muzik GaGa Demi Fesyen

Posted by admin on 22nd March 2009

KAUM hawa dan fesyen pasti tidak dapat dipisahkan langsung biar bagaimana rupa fesyen yang menjadi cita rasa. Namun bagi seorang penyanyi wanita, fesyen digunakan sebagai medium untuk menyalurkan lagu-lagunya.

Lady GaGa – nama glamor untuk Stefani Joanne Angelina Germanotta yang kini mengecap populariti dan membina nama besar dalam bidang nyanyian – terinspirasi oleh fesyen dalam pembikinan muziknya.

“Sewaktu saya menulis muzik, saya akan terfikirkan baju untuk dipakai di atas pentas. Segalanya tentang bagaimana meletakkan serentak seni persembahan, pementasan pop dan fesyen.

“Percampuran kesemua itu membentuk cerita untuk diberikan kepada peminat setia.

“Saya mahu memberi imaginasi yang kuat untuk peminat saya supaya mereka dapat merasainya,” panjang lebar hujah wanita yang mendapat darah daging fesyen melalui ibunya yang sentiasa tampak cantik.

Gadis ini meletup dengan single bertajuk Just Dance yang terkandung dalam album The Fame. Ia sebuah album debut yang mendapat tarikan dan pujian ramai.

Para pencinta dan pengkritik menyifatkan album itu sebagai ‘album fantastik campuran balada ala Bowie, dramatik, terinspirasi grup Queen dan trek dance yang hebat’.

Namun selain sebuah persembahan hebat untuk album perdana, apa yang menarik perhatian ramai ialah fesyen dan gayanya yang dikatakan mirip Madonna.

Selain sibuk di pentas persembahan, dalam masa yang singkat, Lady GaGa telah berjaya menghasilkan barangan koleksinya yang dipanggil House of GaGa yang mempamerkan pakaian, set pentas dan bunyi-bunyian.

“Dalam industri ini kita ada ramai pereka dan penerbit yang dicampakkan kepada anda.

“Tapi House of GaGa ialah kumpulan kreatif saya yang memperagakan Warhol Factory. Semua ahlinya berusia 26 tahun dan kami melakukan segalanya bersama.”

Selain mendekatkan muzik dengan pengaruh fesyen, GaGa juga mempunyai satu teori mengenai penulisan lagunya. Sebelum ini GaGa pernah menulis untuk Pussycat Dolls serta Britney Spears.


LADY GAGA mendakwa gayanya sukar ditiru.

Teorinya mudah, iaitu menulis lagu diibaratkan sebagai ’seks tanpa kondom’.

Baginya, melakukan jelajah konsert Fame Ball adalah seperti memberikan orgasma agung yang kreatif kerana dia sudah bersedia untuk memberikan segala kemampuannya tanpa sebarang had.

Dalam kepayahannya mencipta sesuatu yang diperlihatkan sebagai ciri khas Lady GaGa, dia disamakan dengan penyanyi terkenal Christina Aguilera.

Ironinya, Aguilera tidak mengenal siapa itu GaGa walaupun mereka disamakan melalui fesyen dan warna rambut. Malah Aguilera tidak pasti GaGa ialah wanita atau lelaki.

Tidak terkilan dengan pernyataan ikhlas Aguilera, GaGa memberi komen mudah: “Dia ialah bintang besar dan mungkin saya patut menghantar bunga kepadanya.

“Tapi saya tidak mahu diingati sebagai ‘Skandal Christina Aguilera’ kerana tiada siapa boleh menyerupai saya dan saya sukar ditiru.”

Kosmo

Posted in Christina Aguilera | No Comments »

Eva Mendes Teratas Senarai Impian Lelaki

Posted by admin on 24th January 2009



Eva Mendes (kiri) dan Megan Fox

Aktres kelahiran Cuba pilihan lelaki, Megan Fox tempat kedua diikuti model Marisa Miller

LONDON: Bintang filem The Spirit yang seksi, Eva Mendes mengejutkan hampir semua pihak selepas beliau mengungguli tangga teratas senarai ‘wanita paling diimpikan’ berdasarkan kajian pendapat majalah online, AskMen.

Aktres kelahiran Cuba berusia 34 tahun itu menduduki tempat pertama dalam undian yang meminta lelaki menamakan wanita ideal yang memiliki ciri kelakar, pintar dan berkarektor selain mempunyai tarikan seks.

Mendes yang berada di tempat keempat dalam senarai tahun lalu yang dikumpulkan halaman web AskMen.com gembira dengan kedudukan terkini dengan berkata:

“Inilah ciri paling menarik lelaki iaitu memberikan penghargaan hingga membolehkan saya berada di tempat teratas. Terima kasih semua.”

Eva mengatasi aktres Transformers, Megan Fox yang menduduki tempat kedua manakala model Victoria Secret, Marisa Miller dan model glamor Britain, Keeley Hazell masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Fox dinamakan sebagai ‘wanita paling seksi di dunia’ tahun lalu oleh majalah FHM tetapi hanya mampu berada di tempat kedua dalam undian membabitkan lebih 10 juta pembaca majalah AskMen.com.

“Ia menakutkan tersenarai sekali lagi dalam AskMen.com! Ia tahun yang menarik dan mengetahui saya mempunyai peminat yang mencukupi untuk mengundi dan menyokong saya amat menakjubkan,” kata Marisa Miller dalam satu kenyataan.

Pendatang baru yang tersenarai tahun ini termasuk Isla Fisher yang berada di tempat ke 31, penyanyi I Kissed A Girl, Katy Perry di tempat ke 38, dan isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni, di tempat ke-76.

Aktres Scarlett Johansson yang berada di tempat ketujuh berkata: “Ia satu penghargaan kepada saya terpilih di kalangan 10 juta pembaca AskMen sebagai seorang daripada wanita impian.”

Pengacara Project Runway, Heidi Klum; pemenang Oscar, Halle Berry, Kate Beckinsale, Jessica Biel; bintang Confession of a Shopaholic, Isla Fisher; Charlize Theron; superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan calon Oscar 2009, Penelope Cruz dan Angelina Jolie, turut tersenarai.

Bagaimanapun, penyanyi Britney Spears tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas yang turut membariskan penyanyi Christina Aguilera, Carrie Underwood dan Beyonce. Britney berada di tangga ke-90.

Begitu juga dengan Madonna yang tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas malah juga tidak berada dalam senarai 99. – Agensi

Berita Harian

Posted in Aishwarya Rai, Angelina Jolie, Britney Spears, Christina Aguilera, Eva Mendes, Jessica Biel, Madonna, Penelope Cruz | No Comments »

Info TV: Kara DioGuardi Juri Baru American Idol

Posted by admin on 14th January 2009



Panel juri yang akan memikul tanggungjawab mengendalikan uji bakat American Idol 8 bersama pengacara, Ryan Seacrest (kanan sekali)

SELEPAS menobatkan David Cook sebagai juara, program realiti American Idol kini kembali menghangatkan saluran Star World menerusi episod pengenalan musim kelapan mereka yang akan disiarkan jam 6 petang ini diikuti siaran ulangannya pada jam 8 malam.

Untuk musim terbaru ini, program American Idol membuat sedikit pembaharuan apabila melantik seorang lagi juri baru iaitu calon Anugerah Grammy untuk kategori penulis lagu, Kara DioGuardi. Wanita berusia 38 tahun dan juga ahli perniagaan dalam bidang muzik ini bakal bergandingan dengan tiga lagi juri iaitu Paula Abdul, Simon Cowell dan Randy Jackson.

Pemilihan DioGuardi rasanya tidak perlu dipertikaikan bukan saja berpengalaman luas dalam industri muzik, malah pernah bekerja dengan nama besar Hollywood seperti Christina Aguilera, Kelly Clarkson, Celine Dion, Avril Lavigne dan Pink.

“Saya cukup terkejut dan teruja apabila mereka meminta saya menjadi juri untuk program ini. Sudah beberapa tahun saya menonton program ini dan selalu tak puas hati dengan apa yang diputuskan juri. Namun keadaan semakin sukar sekarang. Apapun ia bergantung kepada peserta,” ujar DioGuardi.

Sementara itu, penerbit eksekutif program berkenaan, Ken Warwick berkata DioGuardi adalah pilihan tepat berdasarkan karisma yang dimilikinya.

“Dia seorang yang berkeinginan kuat dan kami amat memerlukannya di samping Simon,” ujar Warwick.

Selain memperkenalkan juri baru, American Idol juga akan tampil dengan pelbagai perubahan. Antaranya berbanding 24 peserta yang tersenarai di peringkat separuh akhir kali ini jumlah itu bertambah menjadi 36.

Mulai pertengahan Februari, enam peserta lelaki dan enam peserta perempuan yang terpilih ke peringkat separuh akhir akan membuat persembahan setiap minggu selama tiga minggu. Peserta lelaki dan perempuan yang berada di tempat teratas bersama dua lagi peserta di kedudukan tertinggi akan terpilih ke peringkat akhir.

“Terdapat juga pusingan ‘wild-card’ yang mana pihak juri akan memilih tiga finalis untuk mara ke peringkat top 12. Jika ada peserta yang tersilap pilih lagu atau tidak keruan ketika menyanyi, juri akan memberi peluang kepada mereka untuk menyertai persembahan wild-card,” jelas Warwick.

Bukan itu saja, malah Warwick juga bercadang untuk mewujudkan sistem mentor yang akan dipilih di kalangan bintang ternama.

“Saya akan berusaha untuk mencari penyanyi yang boleh bertindak sebagai mentor untuk peserta musim ini dan penyanyi itu mestilah muda dan sudah lama berkecimpung dalam bidang muzik serta ada ilmu yang boleh disampaikan kepada peserta terbabit. Saya akan cuba mencari yang terbaik,” janji Warwick.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara? Jangan lupa saksikan program yang penuh dengan debaran, kesungguhan dan air mata apabila ia ditayangkan mulai malam ini di saluran Star World (saluran 711) mulai jam 6 petang.

Berita Harian

Posted in American Idol, Christina Aguilera, Paula Abdul | No Comments »

Christina Aguilera For Topshop?

Posted by admin on 30th December 2008

LONDON: Christina Aguilera could be launching her own fashion range in conjunction with UK high-street retailer Topshop.

Topshop owner Philip Green has asked the pop star to design a new collection for the label.

Aguilera, 28, is expected to receive at least 1 million pounds for the designs should the deal go through. Topshop also sells a collection by British supermodel Kate Moss.

Aguilera’s designs will not replace Moss’ and both of the stars will continue to do separate collections.

“Philip loves her style and believes she would add something new to Topshop. Christina is the blond bombshell who is into pop whereas Kate is the rock chick and model. She’d appeal to a younger shopper than Kate,” said a source to Britain’s the Sunday Mirror newspaper.

Moss recently extended her contract with the store for another three years, and revealed she could not wait to start work on her new lines.

“The last two years have been an exciting experience and Topshop has given me the perfect platform to develop my own collection, which is something that I have wanted to do for a long time,” said Moss.

- CNA/jk

Channel News Asia

Posted in Christina Aguilera | No Comments »