MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for the 'Eva Longoria' Category

Eva Lebih Berisi

Posted by admin on 11th April 2009



Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

BENTUK badannya yang sering turun naik sejak berkahwin dengan jaguh bola keranjang, Tony Parker pada Julai 2007 memberi ruang kepada media membuat spekulasi mengatakan bintang Desperate Housewives, Eva Longoria, 33, bakal bergelar ibu.

Jadi ibu secara semula jadi

Spekulasi mengenai kehamilannya bermula Julai tahun lalu apabila gambar Eva berbikini ketika bercuti di Itali disiarkan kerana menampakkan badannya lebih berisi daripada biasa.

Perkara itu dinafikan jurucakap Eva dan mengatakan pelakon kelahiran Corpus Christi, Texas pada 15 Mac 1975 itu berisi sebagai persediaan untuk menjayakan watak Gabrielle Solis bagi musim baru Desperate Housewives.

Untuk musim kelima yang kini disiarkan di 8TV setiap Khamis, 10.30 malam, penulis skrip melakukan perubahan dengan paparkan kehidupan di Wisteria Lane selepas lima tahun.

Kali ini Gabrielle digambarkan sebagai ibu dua anak dan sibuk melayan anaknya hingga tiada masa menjaga penampilan.

Kata Eva, dia menganggap berita yang mengatakan dia mengandung sebagai cerita lucu kerana tidak benar sama sekali.

Katanya, dia dan suami sememangnya ingin menimang cahaya mata dan dia sendiri tidak sabar untuk bergelar ibu.

“Saya sudah bersedia bergelar ibu dan tidak sabar menantikan detik itu. Bagaimanapun, saya tidak berharap sangat sebaliknya mahu ia berlaku secara semula jadi dan tanpa paksaan,” katanya.

Sebulan selepas menafikan hamil, sekali lagi Eva dikatakan berbadan dua apabila dilihat memakai baju labuh dan besar ketika di Los Angeles. Sekali lagi jurucakap Eva menafikannya. Begitu juga apabila gambar Eva memakai baju besar ketika membeli-belah di butik Ferragamo di New York. Kawan baik Eva, Mario Lopez mengatakan dia tidak tersinggung dengan semua laporan itu sebaliknya menganggap sebagai sangat melucukan.

 

 

“Kami berdua ketawa besar apabila bercakap soal ini. Dia benar-benar tenang dan menerima saja apa diperkatakan orang mengenai dirinya.

“Walaupun dia tidak ambil kisah dengan cerita itu, sudah tentu dia tahu mengenai apa yang diperkatakan orang terhadapnya. Memang dia tidak membaca semua berita itu, tapi saya rasa orang sekeliling ada bertanya kepadanya. Bagaimanapun, dia tidak ambil peduli semua itu.

“Dia cukup tenang dan tidak pernah rasa terganggu. Malah, dia tahu orang tidak akan berhenti bercakap perkara itu dan dia mengambil sikap tidak ambil kisah,” katanya.

Mengenai dirinya agak berisi akhir-akhir ini, dengan ketinggian 157 sentimeter, pertambahan berat badan sebanyak 5 kilogram disifatkan agak banyak untuk orang bertubuh kecil sepertinya.

Kata Eva, semua itu disebabkan melayan minat barunya, memasak. Apabila tiada penggambaran, apa yang dilakukan Eva ialah masak dan makan.

“Setiap hari saya masak dan makan dengan berselera apa yang dimasak hingga berat badan naik lima kilogram. Lebih memburukkan keadaan selepas saya berhenti melakukan senaman sepanjang musim panas lalu,” katanya.

Apabila sering menjadi sasaran gosip mengatakan dia mengandung, Eva berminat mengamalkan makan banyak sayur seperti dicadangkan buku Skinny Bitch yang diberikan rakannya, aktres Lake Bell. Bagaimanapun, Eva belum bersedia mengamalkan makan sayur sahaja (vegetarian) sebagaimana disarankan buku itu.

Tidak cukup dengan itu, Eva juga mendapat bimbingan jurulatih Aimet Victoria yang menyediakan jadual latihan tiga hingga empat kali seminggu untuk memastikan penampilannya lebih menarik.

Eva juga sibuk dengan kerja amal dan menjadi jurucakap PADRES Contra El Cancer pada 2006 dan juga menyokong Clothes Off Our Back Foundation, National Center For Missing And Exploited Children, National Stroke Association, Project HOME dan St Jude Children’s Research Hospital.

Dalam satu acara lelong untuk menambahkan dana New York Rescue Workers Detox Project bulan lalu (Mac), Eva berjaya menjual pakej makan malam untuk 12 orang di restoran miliknya, Beso dengan harga AS$37,500.

Lebih menarik, Eva sanggup memakai apron untuk melayan mereka dan menyediakan makanan mereka. Tidak cukup dengan itu, Eva menambah dua tiket menyaksikan perlawanan Spurs/Lakers bersama jersi Tony Parker.

Terbaru, Eva turut membantu menjayakan perlawanan Rally For Kids with Cancer Scavenger Cup di Glendale, California pada 1 Mei ini.

Sementara itu, ketika dunia mengalami krisis ekonomi, Parker sudah merancang sesuatu apabila bersara kelak. Jaguh NBA All-Star itu membeli pasukan bola keranjang Perancis. Dalam kenyataannya kepada stesen televisyen Infosport, Perancis, Parker mengumumkan dia kini pemilik kedua terbesar saham ASVEL.

Parker juga menjadi Pengarah Operasi pasukan itu berkuatkuasa serta merta. Malah Parker tidak menolak kemungkinan kembali bermain untuk kelab di Perancis.

“Apabila usia mencecah 36 atau 37 tahun, siapa boleh jangka masa depan saya dengan NBA. Apa salahnya berkhidmat di negara sendiri sebelum membuat keputusan untuk bersara.

“Saya juga sudah berbincang dengan Eva mengenai perkara itu dan dia tiada masalah untuk tinggal di Perancis,” katanya.

Parker yang masih mempunyai kontrak dengan San Antonio Spurs hingga 2011 mengakui sudah lama membuat perancangan melabur dengan satu kelab bola keranjang sebagai persediaan selepas bersara nanti.

Eva dan Parker memilih tarikh 7.7.07 untuk hari bersejarah mereka apabila berkahwin di Paris pada 7 Julai 2007 di istana lama, Vaux-le-Vicomte dihadiri 200 tetamu termasuk ahli pasukan Spurs, pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones, Thierry Henry dan Victoria Beckham.

Sehari sebelum itu, pasangan ini mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil mengikut undang-undang Perancis yang dikendalikan Datuk Bandar Paris, Bertrand Delano‫.

Mereka mula berkenalan pada November 2004 apabila Parker mengundang Eva dan ayahnya makan malam sebaik saja selesai menyaksikan perlawanan bola keranjang membabitkan San Antonio Spurs. Selepas itu, telefon menjadi penghubung mereka sebelum Parker berani mengajak Eva keluar berdua diikuti melamar Eva untuk menjadi suri hidupnya pada 29 November 2006.

Ini perkahwinan kedua Eva selepas bercerai dengan Tyler Christopher pada 19 Januari 2004. Eva bertemu Christopher, pelakon General Hospital ketika menjadi pelakon undangan untuk satu episod siri itu dan berkahwin pada 20 Januari 2002.

Siapa sangka anak bongsu daripada empat beradik perempuan yang dianggap paling tidak comel kerana berkulit gelap dan memiliki mata dan rambut hitam dalam kalangan saudaranya dimahkotakan Miss Corpus Christi USA. Pada 1998 membawanya ke Los Angeles hingga menjadi bintang.

Bermula watak kecil dalam The Bold And The Beautiful dan Beverly Hills, 90210 pada 1990, Eva berjaya dipilih memegang watak Isabella untuk The Young And The Restless. Bagaimanapun, namanya mula dikenali di seluruh dunia apabila memegang watak Gabrielle Solis dalam Desperate Housewives pada 2004.

Siri paparkan kisah wanita yang tinggal berjiran di Wisteria Lane itu turut dijayakan Teri Hatcher, Felicity Huffman dan Marcia Cross sebagai watak utama.

Bagaimanapun, Eva menjadi satu-satunya pelakon utama siri itu yang tidak dicalonkan untuk Anugerah Emmy dan dimenangi Felicity.

PROFIL
Nama sebenar: Eva Jacqueline Longoria
Tarikh lahir: 15 Mac 1975
Tempat lahir: Corpus Christi, Texas, Amerika
Tinggi: 157 sentimeter
Adik beradik: Anak bongsu daripada empat beradik perempuan (Elizabeth Judina, Emily Jeannette, Esmeralda Josephina)
Status: Berkahwin (7 Julai 2007)
Suami: Tony Parker
Bapa: Enrique Longoria Jr
Ibu: Ella Eva Mireles
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Kinesiology) dari Texas A&M University-Kingsville
Kerjaya: Model, pelakon

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194″;
innity_width = “260″;
innity_height = “230″;

Harian Metro

Posted in Eva Longoria | No Comments »

Victoria Belum Terdesak

Posted by admin on 10th April 2009


Victoria Beckham

Selebriti Victoria Beckham sangat sibuk dan tidak mempunyai waktu untuk membuat kemunculan dalam Desperate Housewives.

Rakan baik Victoria, Eva Longoria yang memegang watak sebagai Gabrielle Solis dalam drama bersiri popular tersebut berharap Victoria dapat membuat penampilan khas tetapi anggota kumpulan Spice Girls itu mempunyai jadual yang terlalu padat sejak dia menjadi seorang pereka fesyen.

Eva berkata: “Victoria seorang wanita yang cerdik dan sangat kelakar. Kami semua sangat senang dan gembira jika dia terlibat sekali.

“Penulis skrip Desperate Housewives, Marc Cherry juga merasakan Victoria seorang wanita yang hebat, tetapi malangnya dia terlalu sibuk mengembangkan empayar fesyennya.”

Bagaimanapun ada yang mengatakan selebriti berusia 34 tahun itu tidak mahu muncul dalam Desperate Housewives kerana dia berasa tergugat dengan pelakon-pelakon hebat drama itu seperti Teri Hatcher, Marcia Cross dan Felicity Huffman.

Satu sumber memberitahu majalah Britain, New!: “Victoria tahu di mana tahap kemampuannya. Semua wanita dalam drama itu merupakan aktres yang hebat, justeru, dia tidak mahu bersaing dengan mereka.”

Desperate Housewives bukan drama bersiri pertama yang mengundangnya untuk membuat penampilan khas kerana sebelum ini Victoria telah membuat penampilan dalam drama bersiri Ugly Betty pada tahun 2007 sebagai pengapit untuk watak Wilhelmina Slater, lakonan Vanessa Williams.

Kosmo

Posted in Eva Longoria | No Comments »

Marc Cedok Idea Siri Lost

Posted by admin on 25th March 2009

Oleh Rudy Imran Shamsudin (Yang mengikuti sidang media antarabangsa Disney/abc/ESPN Television di Hollywood & Highland, Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini)
imran@hmetro.com.my

Rap
BAGI menarik perhatian penonton untuk terus bertahan menyaksikan drama bersiri dihasilkan, kebanyakan penulis skrip dan penerbit di Hollywood cuba menampilkan jalan cerita di luar jangkaan.

Ia terpaksa dilakukan memandangkan kebanyakan penonton yang terlalu taksub akan cuba mencari pengakhiran cerita terutama membabitkan watak utama.

Malah, ada antara mereka sanggup datang ke lokasi menunggu untuk melihat penggambaran dijalankan dan tidak kurang mewujudkan laman web khas agar mudah peminat berhubung memikirkan kemungkinan yang berlaku pada watak kesayangan mereka.

Apabila perkara ini berlaku, ia secara tidak langsung memberi tekanan kepada penerbit dan penulis skrip.

Jika penonton boleh mengagak apa yang ingin ditampilkan dalam drama bersiri musim terbaru, ia boleh menjejaskan bilangan penonton. Oleh itu elemen kejutan sangat mustahak.

Antara drama bersiri popular yang membuat kejutan adalah Desperate Housewives musim kelima yang ditayangkan setiap Selasa, jam 10.30 malam di 8TV.

Sebaik episod pertama untuk musim kelima mula disiarkan 8TV, peminat setia drama itu terkejut apabila ia ‘melompat’ lima tahun ke hadapan dan menampilkan perbezaan berlaku kepada semua watak utama.

Melihat watak utamanya, Gabrielle Solis lakonan Eva Longoria Parker yang sebelum ini sentiasa tampil cantik dan bergaya tiba-tiba hodoh dan sudah mempunyai anak, dilihat satu perubahan bijak dilakukan penulis skrip.

Selain itu turut menjadi perhatian apabila watak yang sering menimbulkan kontroversi di Wisteria Lane, Edie Britt lakonan Nicollette Sheridan dikatakan bakal dimatikan menyebabkan peminat memberikan tumpuan bagi mencari sebab mengapa.

Sewaktu temu bual diadakan bersama Pengasas dan Penerbit Eksekutif Desperate Housewives, Marc Cherry di NBC Universal Studios baru-baru ini, dia menjelaskan idea untuk mengubah secara keseluruhan jalan cerita dan watak diperoleh sewaktu menyaksikan satu lagi drama bersiri bercorak misteri dan popular, Lost.

 

 

“Waktu itu saya melihat penerbit dan penulis skrip Lost, bermain dengan waktu. Mereka cuba menggambarkan apa yang berlaku kepada setiap watak enam bulan akan datang dan kemudian membawanya kembali pada zaman sekarang.

“Saya benar-benar kagum dengan idea ditampilkan dan waktu sama saya memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya Desperate Housewives yang saya hasilkan ini turut mengalami perubahan masa.

“Untuk mendapatkan kesannya, tempoh perubahan itu harus panjang. Maksud saya, biar ia makan masa bertahun-tahun kerana untuk merakam kehidupan manusia perubahannya kita hanya akan nampak apabila mereka sudah semakin meningkat usia,” katanya.

Begitupun perubahan yang dilakukan Marc bukan saja memberikan kejutan kepada penonton, tetapi pelakon terbabit turut menyambut baik perubahan dilakukan.

“Mengambil contoh, apabila saya memberitahu Eva bahawa watak dilakonkan sebagai Gabrielle Solis akan nampak hodoh kerana tidak punya masa untuk mencantikkan diri dan sibuk menguruskan anak dan suaminya yang buta, dia menyukainya.

“Pada awalnya saya bimbang dia tidak menggemarinya kerana bukankah Gabrielle amat sinonim dengan imej glamor dalam apa juga keadaan dan masa,” katanya.

Apabila ditanya watak Edie yang heboh dikatakan akan dimatikan, Marc keberatan untuk menjelaskan.

Bagaimanapun, secara asasnya dia menjelaskan dalam menghasilkan drama bersiri, apabila ada watak dimatikan ia adalah perkara biasa.

“Kadang-kadang ada watak terpaksa dikorbankan bagi memastikan ada cerita baru boleh dihasilkan sekali gus menimbulkan minat kepada penonton untuk terus menyaksikan drama dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, watak Mike Delfino lakonan James Danton yang sebelum ini berkahwin dengan Susan Mayer lakonan Teri Hatcher juga digambarkan sudah berpisah kerana mengalami masalah.

Dalam berhadapan dengan situasi mencengkam itu, Mike mula berbaik-baik dengan Katherine Mayfair lakonan Dana Delany sehingga jatuh cinta.

Sewaktu ditemui, jelas Danton, dia gembira dengan perkembangan watak Mike yang dilakonkan, tambahan pula apabila dia kini bergandingan dengan Dana.

“Bagi saya kejutan dibuat Marc ini sangat bijak dan siapa terfikir Mike dan Katherine akan bercinta dan kebahagiaan yang dibina Susan dan Mike tidak bertahan lama.

“Secara peribadi, saya sendiri senang apabila dapat berlakon di samping Dana kerana seperti yang umum tahu dia seorang pelakon yang bagus dan pernah menang Pelakon Wanita Terbaik Emmy dan Golden Globe.

“Sebagai pelakon apabila berpeluang bergandingan dengan orang yang bagus secara tidak langsung ia akan membantu lakonan nampak baik apabila ditayangkan kepada penonton,” katanya.

Desperate Housewives turut menampilkan dua lagi watak utama, Bree Van De Kamp lakonan Marcia Cross dan Lynette Scavo (Felicity Huffman).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154″;
innity_width = “250″;
innity_height = “220″;

Harian Metro

Posted in Eva Longoria | No Comments »

Tanda Tanya Watak Edie Dimatikan

Posted by admin on 6th March 2009

Oleh Rudy Imran Shamsudin (Yang Mengikuti Sidang Akhbar Antarabangsa Disney/abc/ESPN Television di Los Angeles, Amerika Syarikat)
imran@hmetro.com.my

Rap
KOMBINASI lima watak utama, Susan Mayer, Lynette Scavo, Bree Van De Kamp, Gabrielle Solis dan Edie Britt menjadi tunjang dan penggerak utama kepada jalan cerita drama bersiri Desperate Housewives yang berkisar kejiranan di Wisteria Lane.

Ragam kehidupan yang ditampilkan watak utama ini dan keluarga mereka membuatkan Desperate Housewive muncul antara 10 drama paling popular sepanjang disiarkan dari musim pertama hingga kelima di Amerika Syarikat.

Kebanyakan penonton setia sudah begitu mesra dengan watak dilakonkan Teri Hatcher (Susan), Felicity Huffman (Lynette), Marcia Cross (Bree), Eva Longoria (Gabrielle) dan Nicollette Sheridan (Edie).

Timbul kebimbangan apabila pada musim terbaru, watak Edie dimatikan. Perkara ini turut menjadi topik hangat dalam kalangan wartawan yang hadir di sidang akhbar sempena tayangan Desperate Housewives musim kelima di NBC Universal Studios, baru-baru ini.

Sebelum itu, sebahagian besar peminat setia drama yang disiarkan setiap Selasa, jam 10.30 malam di 8TV sudah mendengar desas-desus watak Edie akan ditamatkan dan ia turut tersebar menerusi laman sesawang. Apakah dengan ketiadaan Edie, kekuatan drama bersiri yang kini bertahan hingga musim kelima itu akan hilang taring?

Sebelum sidang akhbar, wakil Studio ABC memberi amaran supaya wakil media yang hadir tidak bertanya soalan mengenai perkara itu kepada Penerbit Eksekutif, Marc Cherry, mahupun pelakonnya.

Nicollette tidak disenaraikan dalam sidang akhbar itu menyebabkan punca sebenar watak Edie dimatikan tidak dapat diketahui. Kehilangan Nicollette dalam Desperate Housewives untuk musim terbaru ini pastinya paling dirasai Neal McDonough yang memegang watak Dave Williams, suami Edie.

Dave adalah watak baru dalam musim kelima dan menjadi misteri terbaru yang cuba dihuraikan suri rumah di Westeria Lane.

McDonough berkata, dia berasa terkejut apabila mengetahui watak Edie yang menjadi isterinya akan dimatikan kerana mereka baru saja ditemukan dalam drama itu pada musim ini.

“Walaupun baru bekerjasama, kami tidak menghadapi masalah mencari keserasian. Malah kami jadi rapat kerana watak Edie dan Dave. Nicollette juga rapat dengan isteri saya. Mereka menjadi rakan baik sebaik saja pertama kali diperkenalkan.

“Jika tidak ada apa-apa urusan, Nicollette datang ke rumah dan menghabiskan masa dengan keluarga saya. Saya sedih apabila mendapat tahu Nicollette akan meninggalkan Desperate Housewives. Dia sudah saya anggap seperti kakak sendiri,” katanya menjelaskan dalam suasana paling diplomasi.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam drama ini, kata McDonough, dia berasa bertuah apabila dapat menyertai Desperate Housewife bergandingan dengan pelakon yang dianggapnya terbaik dan bagus.

“Sebagai pelakon, siapa yang tidak mahu berlakon dalam drama yang sudah mempunyai reputasi dan membariskan pelakon hebat. Pada saya, ini satu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan dan saya gembira kerana dapat melakukannya,” katanya.

Sementara itu watak Katherine Mayfair yang diperkenalkan musim lalu dilakonkan pemenang Anugerah Emmy, Dana Delany turut dikembangkan menjadi watak utama.

Pastinya perkara paling menarik perhatian penonton membabitkan watak Katherine apabila dia digambarkan menjalin hubungan dengan suami Susan, Mike Delfino. Mungkinkah kehadiran Katherine dalam ‘keluarga’ Wisteria Lane menyebabkan watak Edie dimatikan?

Dana mengakui dia sendiri tidak faham kenapa drama bersiri Hollywood suka mematikan watak. Apapun katanya, dia percaya ia dilakukan atas sebab munasabah.

“Ada watak dimatikan penerbit dan penulis skrip bagi menimbulkan kejutan sekali gus menyebabkan penonton akan terus tertarik menyaksikan apa yang akan berlaku seterusnya kepada watak lain,” katanya.

Walaupun dianggap baru dalam keluarga Desperate Housewives, Dana turut sedih kerana tidak lagi dapat bekerja dengan Nicollette. Katanya, kesedihan itu bukan hanya dirasakannya tapi semua pelakon terbabit dalam drama bersiri ini.

“Nicollette seorang rakan yang baik. Dia tidak pernah bersikap diva apabila berada di lokasi dan merendah diri. Sebagai pelakon, Nicollette berbakat besar dan pemergiannya daripada siri ini pasti akan dirasai semua orang termasuk penonton.

“Namun, pada waktu sama, saya percaya bintangnya akan terus menyinar dan banyak lagi perkara menarik akan berlaku dalam hidupnya. Penonton sendiri akan dapat menyaksikan lebih banyak lakonannya dalam filem mahupun drama,” katanya.

Harian Metro

Posted in Eva Longoria | No Comments »

Teri, Eva Seronok Berkucupan

Posted by admin on 2nd March 2009

LOS ANGELES: Pelakon siri Desperate Housewives, Teri Hatcher dan Eva Longoria dilaporkan melakonkan adegan bercium dalam drama bersiri popular berkenaan semata-mata untuk meningkatkan jumlah penonton.

Hatcher yang melakonkan watak Susan Mayer dalam siri berkenaan mengakui bahawa beliau seronok melakonkan adegan bercium bersama pelakon Eva Longoria yang memegang peranan sebagai Gabrielle Solis dalam drama popular itu.

Hatcher berkata bahawa beliau langsung tidak kekok malah gembira dengan lakonan mereka yang akan dapat disaksikan dalam satu episod terbaru siri berkenaan.

“Saya tidak mencium beliau sebaliknya dia yang mencium saya,” kata Teri kepada Usmagazine.

Eva pula dilaporkan berkata beliau langsung tidak terkejut dengan pengakuan rakannya itu mengenai lakonan mereka.

“Saya seorang yang pandai bercium,” kata Eva kepada laman web terbabit. “(Teri) tidak membalas ciuman berkenaan sebaliknya saya perlu melakukan segalanya,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Posted in Eva Longoria | No Comments »