MySelebriti.Com

World Celebrities News Online

Featuring the latest celebrity scandals, hollywood gossip, and entertainment news including gossip girls.

Archive for the 'Natalie Portman' Category

Clive Melancong Sambil Berlakon

Posted by admin on 21st March 2009



Susunan JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

CLIVE OWEN mengakui bahawa filem lakonannya, The International bukannya sebuah projek mega. Namun, ia adalah sebuah karya thriller yang berlandaskan isu semasa iaitu kegawatan ekonomi dunia. Semasa sistem kewangan dunia cuba untuk pulih daripada kemerosotan yang tidak dijangka, urus niaga dalam pasaran mata wang dunia telah dikawal lebih ketat dan rapi.

Berlatar belakangkan dunia perbankan antarabangsa, The International memberi fokus kepada urus niaga gelap sebuah bank di Eropah yang cuba mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan bagi menutup segala kerugian. Menyaksikan filem itu mungkin akan membuat penonton tertanya-tanya di mana duit mereka di dalam bank dan apa yang dilakukan oleh pihak bank dengan duit mereka itu.

Itu salah satu sebab yang menyebabkan Clive tertarik dengan filem ini selain daripada keinginan untuk bekerjasama dengan pengarah yang dikagumi, Tom Tykwer. Menyukai hasil kerja Tom termasuk Run, Lola, Run, Heaven, dan Perfume, Clive terus bersetuju tanpa membaca skripnya terdahulu.

“Dulu saya lebih mementingkan skrip tetapi sekarang lebih menjurus kepada pengarahnya. Saya amat bertuah untuk bekerjasama dengan pengarah-pengarah yang saya kagumi. Saya tidak kisah filem itu diterbitkan oleh syarikat kecil atau studio besar. Saya akan terus bersetuju asalkan dengan pengarah bagus,” cerita Clive.

Clive memainkan peranan sebagai Loius Salinger, bekas detektif di Scotland yang kini bekerja dengan Interpol yang perlu mengesan satu urus niaga haram sebuah bank Eropah yang melibatkan penjualan senjata serta kegiatan menerapkan pengaruh dalam negara-negara Dunia Ketiga yang tidak stabil.

“Watak saya adalah seorang lelaki yang tahu sesuatu yang teruk sedang berlaku. Namun, Loius juga sedar bahawa dia bukannya sedang berdepan dengan sebuah bank yang berpengaruh tetapi juga semua hubungan politikal yang terlibat.

“Kuasa mereka besar dan luas dan semakin mendalam Loius mencari jawapan, dia kemudian mula sedar betapa berpengaruhnya mereka yang terlibat dalam dunia politik,” kata Clive mengenai wataknya yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.


PENUH aksi. Clive Owen bergandingan dengan aktres Naomi Watts dalam filem, The International.

Menikmati ‘percutian’ semasa penggambaran The International, Clive berada di pelbagai lokasi berlainan termasuk Jerman, Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Turki. “Rasanya Tom telah menggunakan lokasi dengan sebaiknya dan telah menjadi sebahagian daripada jalan cerita.

“Anda akan merasakan diri anda sedang melancong semasa menonton filem ini. Namun, fokus utama filem ini adalah Berlin sebelum kami melawat New York dan Istanbul,” jelas Clive yang mempunyai lima adik-beradik.

Sebelum memulakan penggambaran The International, Clive telah menerima pelbagai material mengenai latar belakang cerita oleh pengarahnya. Katanya, Tom telah melakukan banyak penyelidikan dan menghantar informasi mengenai operasi bank, teori konspirasi dan sebagainya.

“Memang saya ada membaca semuanya tetapi secara jujur, saya tidak suka melakukan penyelidikan untuk watak yang dipegang saya. Asalkan saya tahu apa yang sedang saya lakukan, yakin dan mempercayai skripnya. Saya tidak perlu pergi bekerja dengan Interpol selama enam bulan untuk menyakinkan watak saya sebagai Loius,” ujar Clive mengenai filem yang turut dibintangi Naomi Watts itu.


PERNAH melakonkan watak gay yang mencari cinta, Owen melihat lakonannya sebagai tidak pernah memberikan impak kepada penonton.

Di set penggambaran, Clive kagum dengan skil Tom yang mampu mengawal produksi sebesar ini dan mengembara ke seluruh dunia. “Pengarahan adalah mengenai cita rasa. Ada orang akan menunjukkan props kepada anda dan anda perlu memberitahu sama anda menyukainya. Begitu juga dengan kostum dan benda-benda lain.

“Tom mempunyai cita rasa tinggi dalam semua aspek pembikinan filem. Ditambah dengan barisan krew produksi yang berkaliber, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh saya. Dia adalah antara pengarah terhebat yang pernah saya pernah bekerjasama,” tambah Clive, 44.

Pernah terlibat dalam filem seperti The Insider, Children of Men, Closer dan Sin City, Clive yang lahir dan dibesarkan di Coventry, England mula berlakon di zaman persekolahan. Selepas menghabiskan pelajar di Royal Academy of Dramatic Art, Clive dengan pantas telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang aktor berbakat di Britain.

Menerima tawaran berlakon dengan Young Vic Theatre Company dan siri di televisyen dalam drama Chancer (1990) sebagai watak utama, Clive mula dilihat layar perak menerusi filem Vroom (1988) bersama David Thewlis.

Filem seterusnya adalah bersama pengarah Stephen Poliakoff, Close My Eyes (1991). Percubaan seterusnya menyaksikan Clive memegang watak Max, seorang lelaki gay yang mencari cinta dengan cara ekstrem dalam Bent (1997).

“Sebenarnya saya tidak pernah melakonkan apa-apa yang memberi impak kepada penonton AS. Saya seronok terlibat dalam filem skala kecil dan teater tetapi penglibatan dalam filem Croupier (1997) telah mengubah nasib saya.

“Itu adalah permulaan yang menyeronokkan bagi saya di AS. Anda tidak boleh membina karier lakonan dalam filem jika hanya berkisar di England kerana industri perfileman di sana amat terhad. Anda perlu memberi kesan di AS dan saya bernasib baik dapat lakukannya dengan filem Croupier,” jelasnya.

Impak karya Croupier telah membuka peluang kepada Clive untuk terlibat dalam filem seperti King Arthur, Beyond Borders, Sin City serta pengalaman berlakon dengan Angelina Jolie. Dia juga menyertai Julia Roberts, Jude Law dan Natalie Portman dalam filem Closer (2004).

“Mendapat watak dalam Closer adalah seperti mendapat hadiah daripada seseorang. Bukan senang untuk mendapat gabungan skrip, pelakon serta pengarah yang hebat dalam sebuah filem,” jelasnya yang sekali lagi bergandingan dengan Julia Roberts menerusi Duplicity.

Clive, bersama isteri, Sarah-Jane Fenton serta dua orang anak perempuannya, Hannah dan Eve kini sedang menetap di London. Aktor ini memberitahu dia menetap di sana sejak menghadiri sekolah drama dan kedua orang anaknya gembira dengan kehidupan di London.


AURA antarabangsa. Di sebalik kesibukan karier lakonannya, Owen tidak lupa tanggungjawab hakikinya sebagai seorang suami dan bapa.

Namun, mengembara ke lokasi penggambaran bermaksud dia akan berjauhan dengan keluarganya. Clive bagaimanapun bijak membahagikan masa dengan lakonan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kepada keluarganya.

“Anda perlu membahagikan masa untuk memastikan hidup anda seimbang. Saya mengambil kerjaya saya sebagai sesuatu yang serius tetapi itu hanya semasa bekerja. Apa yang utama adalah kebahagiaan yang diberikan oleh keluarga saya,” ujarnya yang membesar dalam keluarga berpecah-belah.

Kosmo

Posted in Julia Roberts, Natalie Portman | No Comments »

Cantik, Terkenal Dan Bijak

Posted by admin on 15th December 2008


EMMA WATSON

PANDANGAN stereotaip terhadap artis Hollywood biasanya ialah mereka cantik, seksi, terkenal tetapi dungu. Namun, fakta itu dibuktikan salah apabila muncul beberapa artis yang memiliki semua kriteria bintang Hollywood kecuali dungu digantikan dengan bijak.

Ia dibuktikan oleh aktres remaja jelita, Emma Watson yang biarpun menghabiskan zaman awal perkembangan dirinya dengan berlakon menerusi tujuh siri filem Harry Potter, namun dia sebaliknya tidak mengabaikan pelajarannya.

Dan Emma membuktikan dia seorang yang memiliki otak geliga apabila meraih lapan A menerusi peperiksaan GCSE.

Emma baru-baru ini dikesan berada di sekitar universiti terkemuka iaitu Universiti Harvard dan menimbulkan spekulasi dia bakal menyambung pelajarannya di situ.

Mungkin Emma bakal menjejaki langkah seorang lagi aktres jelita dan terkenal tetapi bijak iaitu Natalie Portman yang mengambil jurusan Psikologi di Universiti Harvard ketika dia menjalani penggambaran siri filem Star Wars.

Kosmo

Posted in Natalie Portman | No Comments »

Realisasi Impian Waktu Kecil Jessica

Posted by admin on 22nd November 2008

Susunan JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

Jessica Stroup memainkan watak sebagai Erin Silver dalam pembikinan semula drama popular, 90210. Diberi peranan sebagai gadis yang mempunyai pandangan berani dan suka meluahkan perasaannya di blog, 90210mencipta rekod sejarah tersendiri semasa ditayangkan buat kali pertama.

Memikul tanggungjawab sebagai gadis berani dalam 90210, Jessica sebenarnya membesar dalam suasana konservatif di Anderson, Carolina Selatan.

Aktres berusia 22 tahun ini meninggalkan kampung halamannya pada usia 17 tahun untuk menrealisasikan impiannya sebagai pelakon di California.

Karier lakonannya bermula ketika dia ditawarkan sebagai pelakon tambahan dalam siri remaja, Unfablous. Kemudian dia mendapat watak kecil dalam drama TV, Vampire Bats.

Namanya dikukuhkan lagi dengan pembabitan dalam filem School For Scoundrels yang turut dibintangi oleh Billy Bob Thornton. Dia kemudiannya dikenali secara komersial menerusi filem yang turut dibintangi oleh Brittany Snow, Prom Night.

Dan sebelum ditawarkan peranan dalam 90210, Jessica pernah muncul dalam drama seperti The Reaper, Grey’s Anatomy dan October Road.

Bagi mendalami pengalaman dan perasaan Jessica mengenai pembabitannya dalam 90210, ikuti petikan temu bualnya yang disediakan oleh Star World.

Perasaan untuk terlibat dalam salah satu drama pembikinan semula yang dinanti-nantikan ramai?

JESSICA: Prosesnya amat menakjubkan setakat ini. Bukan senang untuk merealisasikan impian semasa kecil. Saya mula cuba-cuba berlakon ketika usia 17 tahun di California dan sangat naif ketika itu. Saya tidak tahu bagaimana untuk memasuki industri.

Namun, setiap kerja dan watak yang dipegang membantu saya membesar sebagai manusia dan aktres. Kini berada dalam 90210adalah salah satu cabaran paling kreatif dalam pengalaman hidup saya.

Ceritakan sedikit mengenai watak anda.

Saya sukakan Erin. Dia adalah orang tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang laindan amat jujur memberi respons. Pada mulanya anda akan berasa bengang melihat perwatakannya. Dan apabila anda mula mengenalinya, dia adalah seorang yang bersifat terbuka.

Perasaan menjayakan watak sebagai seseorang yang dipinggirkan dan keseorangan? Pernahkah anda melalui pengalaman seperti Erin?

Sebenarnya amat menyeronokkan untuk memainkan watak ini. Saya dapat mengeluarkan kata-kata pedas apabila marah kepada seseorang. Semasa membesar, saya selalu cuba untuk menyesuaikan diri dengan sekolah baru tempat saya belajar. Saya berpindah sebanyak sembilan kali dalam setahun. Jadi saya faham apa yang dilalui Erin.

Hidupnya penuh dengan drama yang menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian. Dia seorang yang bermoral walaupun ada kalanya keras kepala. Tetapi pada asasnya, dia seorang yang penyayang dan tegas.

Pernah menyaksikan versi asalnya, Beverly Hills, 90210?

Saya berumur empat tahun ketika itu (ketawa). Jadi ketika itu saya lebih menyukai kartun tetapi beberapa tahun kemudian, saya ada menyaksikannya. Ibu bapa saya sangat tegas dan mereka tidak membenarkan saya menonton drama di mana wataknya mempunyai masalah serius. Jadi saya curi keluar dan menonton di rumah kawan saya. Bagi saya, 90210 adalah dunia baru yang tidak pernah saya kenali.

Apa yang lebih menarik dalam versi baru ini?

Rasanya remaja zaman ini lebih peka dengan apa yang berlaku di dunia dengan kemudahan internet. Drama kami adalah versi kontemporari daripada yang asal yang dikehendaki penonton masa kini. Watak saya adalah seorang penulis blog dan ini adalah sesuatu yang tidak dipraktikkan 10 tahun lalu.

Erin menggunakan internet setiap hari dan mempunyai laman web di mana orang boleh membaca apa yang ditulisnya. Selain daripada itu, penonton sekarang lebih bersifat terbuka berbanding 10 tahun lalu. Jadi versi kami menunjukkan realiti masa kini.

Perasaan bekerja dengan Jennie Garth dan Shannen Doherty?

Jennie dan Shannen adalah mentor yang baik. Saya menjadikan mereka sebagai inspirasi kerana mereka memulakan drama itu dengan matlamat bahawa mereka akan memulakan sesuatu yang baru. Jennie bagaikan kakak kepada saya dan dia banyak mengajar saya selok belok dunia hiburan. Shannen juga sama dan mereka banyak memberikan sokongan kepada saya.

Bagaimana populariti 90210 ini telah memberi kesan kepada anda?

Apa yang kelakar adalah saya kelihatan berbeza daripada televisyen. Semasa saya keluar, tidak ramai yang mengenali saya sebenarnya. Dan saya sentiasa sibuk dengan kerja. Jadi populariti sebenarnya tidak memberikan banyak kesan kepada saya. Hidup saya masih sama seperti sebelumnya.

Adakah sukar untuk berada dalam golongan popular?

Apa yang saya pelajari adalah media terutamanya di Los Angeles akan menulis apa yang mereka suka. Mereka cuma mahukan laporan buruk dan menulis sesuatu yang negatif. Media adalah seperti kaki buli di sekolah dan saya tidak lagi membaca berita sebegitu. Apa yang penting adalah saya selesa dengan diri saya.

Ramai yang membandingkan 90210 dengan Gossip Girl. Apa perbezaan utama antara kedua-dua drama ini?

Saya rasa Gossip Girl adalah drama yang menyeronokkan walaupun ia banyak menggambarkan seks yang tidak disukai ibu bapa. Manakala 90210lebih kepada kekeluargaan dan mempunyai nilai moral. Drama kami juga memaparkan masalah tetapi fokus kepada jalan penyelesaian dan bukannya remaja keluar melakukan perkara ‘gila’ setiap minggu.

Sebelum ini anda pernah menyatakan bahawa anda tidak mahu terlibat dengan drama TV. Apa yang membuat anda berubah fikiran?

Semasa saya mula memasuki bidang ini, minat saya adalah mengembara dan mencabar diri saya dengan cerita yang berbeza. Apa yang saya takut mengenai TV adalah terperangkap dalam watak yang belum cukup kreatif atau kekal pada satu watak yang sama.

Jadi pada permulaan, saya memberi lebih fokus kepada filem walaupun filem seram atau karya indie. Saya akan berasa teruja semasa membaca skrip dan pergi melawat lokasi penggambaran. Saya sangat bertuah kerana berpeluang melawat negara luar dan melakukan perkara yang saya suka.

Maka selepas melalui pengalaman sebegitu, saya mula mencari drama yang kreatif, kontemporari dan mengujakan kepada orang muda. Apabila saya mendengar mengenai 90210, saya menghadiri uji bakat untuk pelbagai watak dan gembira kerana mendapatkan watak Erin.


BERMULA dalam dunia lakonan pada usia 17 tahun, Jessica kini semakin matang dengan selok belok hidup artis.

Jika anda tidak berlakon, apa yang anda akan lakukan?

Saya mempunyai pelbagai minat. Selama ini saya sangat sayangkan haiwan. Dan jika tidak berlakon, saya mungkin akan menjadi doktor haiwan. Atau pemain bola tampar profesional kerana saya juga sukakan sukan.

Aktres yang dikagumi?

Natalie Portman kerana minatnya terhadap lakonan. Dia akan keluar dan mencari watak yang mencabar baginya. Dia juga kembali ke kolej untuk mendapat ilmu dan bagi saya ilmu adalah penting. Saya juga menyukai Kate Winslet. Dia seorang wanita yang cantik tetapi suka mengambil watak yang tidak menunjukkan kecantikan wanita. Itu satu tindakan yang berani.

90210 disiarkan pada setiap Selasa, pukul 9.00 malam di saluran Star World (Astro 711).

Kosmo

Posted in Natalie Portman | No Comments »

Wayne’s World

Posted by admin on 10th October 2008

SINGAPORE: Wayne Wang wants to make a gangster film musical.

The 59-year-old Chinese-American director of “Joy Luck Club” told TODAY, with a laugh: “I told Rich (Wong, cinematographer of his film ‘Princess of Nebraska’) that the next project we do should be a gangster musical that’s incredibly violent. And all these macho Chinese guys will break out in song. I loved ‘West Side Story’ and am really interested in the genre, so I am very serious about it.”

This might come as a surprise, coming from arguably one of the most influential Asian-American film-makers of the ’80s and early ’90s, famous for his Asian-themed movies such as “Chan is Missing” (1982), “Eat a Bowl of Tea” (1989) and the beloved weeper, “Joy Luck Club” (1993). But this is a man who has reinvented himself time and again for the past 25 years, weaving in and out of Asia and America, and switching between big budget and independent films.

As he leapt from his pioneering days of untrodden Asian-American cinema to an independent route of the much celebrated “Smoke” (1995) and “Blue in the Face” (1995), both starring Harvey Keitel, he serendipitously went all Hollywood and stamped his name on “Anywhere but Here” (1999) starring Susan Sarandon and Natalie Portman, the Jennifer Lopez romantic comedy, “Maid in Manhattan” (2002), and “Last Holiday” (2006) with Queen Latifah.

The Hong Kong-born director, who admits that he has been somewhat wizened by the many years in Hollywood, has now come full circle and back to his roots, concentrating on what he calls “my community, my family, my culture”.

Wang’s latest films, “The Princess of Nebraska” and “A Thousand Years of Good Prayers” – both opening on our Golden Village screens come October 16 as part of a Wayne Wang retrospective – are based on stories by award-winning writer Li Yiyu and centre around the new generation of Asian American immigrants.

“I am very interested in the lives of recent mainland Chinese immigrants to the US. I think part of it for me is that I’m an immigrant myself, even though I’m very American,” he said over the phone from San Fransisco.

“Still, there will always be something about my own roots growing up in Hong Kong, being Chinese and moving to a totally different country that I will always want to explore further.”

When asked which of the four films that will be screened at the retrospective was his favourite, the director, who studied film and television at the California College of Arts and Crafts in Oakland, answered without a hint of hesitation: “It’s got to be ‘Last Holiday’. It’s really funny and has lots of heart.

“I guess I also picked it because it’s dedicated to my father, who always taught me not to be afraid to go out and live life.” -

Channel News Asia

Posted in Jennifer Lopez, Natalie Portman | No Comments »

Putus Sudah Kasih Sayang

Posted by admin on 9th October 2008


BERCINTA dan berpisah bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan kepada golongan artis Hollywood terutamanya apabila kedua-duanya merupakan orang ternama di Hollywood. Namun, bukan semua selebriti ini bersama atas menumpang populariti semata-mata.

Ada juga pasangan selebriti Hollywood yang kekal bersama sehingga berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi sejak kebelakangan ini, banyak pasangan Hollywood dilihat berpisah.

Aktres jelita, Jennifer Aniston sudahpun berpisah dengan penyanyi John Mayer walaupun mereka sebelum ini dikatakan akan kekal lama. Turut berpisah baru-baru ini adalah pasangan Leonardo DiCaprio dan kekasihnya, Bar Rafaeli.

Bukan sahaja pasangan kekasih berpisah. Nicollette Sheridan dan Michael Bolton pula membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan mereka walaupun pasangan ini telah bersama sejak tahun 1992.

Tidak kira apa sebabnya, minggu ini mari kita melihat pasangan Hollywood lain yang turut menamatkan hubungan cinta mereka baru-baru ini.

Natalie Portman dan Devendra Banhart>

Aktres jelita, Natalie Portman dan kekasihnya, Devendra Banhart dilaporkan telah berpisah. Aktres The Other Boleyn Girl ini memulakan hubungan cinta dengan Devendra pada bulan Mac lalu selepas dia terlibat dalam klip video lagu Devendra, Carmensita.

Namun, baru-baru ini mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan hubungan tetapi masih kekal berkawan. Menurut satu sumber kepada majalah In Touch Weekly, “Natalie dan Devendra telah berpisah. Tetapi mereka masih berkawan dan perlukan ruang dan masa bersendirian.”

Pada April lalu, Natalie, 27, dan Devendra yang juga berusia 27 tahun dirakamkan bercium dan memegang tangan semasa berada di West Village dengan memakai kot hitam yang sedondon.

Natalie sebelum ini pernah dikaitkan dengan segelintir aktor termasuk Jake Gyllenhaal, Zach Braff dan Gael Garcia Bernal tetapi baru-baru ini telah bersumpah tidak mahu berkahwin.

“Saya mempercayai monogami tetapi tidak menyukai istilah perkahwinan. Saya bencikan aspek undang-undang perkahwinan,” jelasnya.

Robbie Williams dan Ayda Field>

Penyanyi Robbie Williams turut dilaporkan telah berpisah dengan teman wanitanya. Dia juga dikatakan amat sedih selepas menamatkan hubungan dengan Ayda Field semasa Robbie sedang membina semula karier nyanyiannya.

Menurut satu sumber, “Robbie amat kecewa dan sedih kerana hubungan mereka telah tamat. Dia menyangka Adya adalah teman hidupnya dan terdesak untuk mengekalkan hubungan mereka.

“Malangnya, nasib tidak menyebelahinya dan selepas hubungan mereka menjadi renggang, pasangan ini membuat keputusan untuk menamatkannya. Sungguhpun begitu, mereka masih lagi kekal sebagai kawan.

“Namun, Robbie kini sedang sibuk untuk menyanyi semula. Itu adalah fokus utamanya dan dia sedang merakamkan lagu setiap hari di studio.”

Hubungan pasangan ini dilaporkan bergoyang kerana aktres berusia 29 tahun ini hanya mahukan kehidupan berparti. Dan Robbie, 34 pula hanya berminat dengan UFO dan bermain golf.

Menurut seorang kenalan kepada surat khabar Daily Mirror, “Ayda ingin terus berparti dan bertemu dengan orang tetapi Robbie telah meninggalkan kehidupan sebegitu. Dia lebih menikmati kehidupan senyap daripada gangguan orang awam.”

Apabila berita mengenai dirinya menjadi solo semula disebarkan, Robbie yang sebelum ini pernah bercinta denga Geri Halliwell menerima banyak tawaran cinta.

“Robbie telah menolak banyak tawaran banyak gadis menawan. Dia tidak mempunyai niat untuk berkenalan dengan gadis lain selepas Ayda. Dia tidak mahu benda lain untuk mengganggu dia sekarang dan mahu memberi fokus kepada kerja,” tambah sumber itu.

Winona Ryder dan Blake Sennett>

Aktres A Scanner Darkly, Winona Ryder yang mula bercinta dengan pemain gitar kumpulan Rilo Kiley, Blake Sennett sejak tahun lalu juga telah berpisah. Ramai yang tidak pasti dengan sebab mereka berpisah tetapi majalah People telah mengesahkan perpisahan ini.

Winona yang dikhabarkan telah bertunang dengan Blake pada Mac lalu dilaporkan tidak dapat menerima kenyataan perpisahan ini dan cuba kekal sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, Stay Cool.

“Perpisahan ini amat sukar bagi Winona,” kata satu sumber.

Winona dikatakan memendekkan jangkamasa untuk berada di Itali semasa minggu fesyen Milan hanya untuk berada bersama pemain gitar ini.

“Mereka telah bersama beberapa bulan dan Winona kelihatan amat sedih selepas berpisah. Mereka sentiasa mencari masa untuk bersama dan Winona pernah meninggalkan kerjanya hanya untuk bersama Blake.”

Kate Moss dan Jamie Hince>

Kehidupannya yang tidak sihat terutamanya kerap berparti telah membuatkan pemain gitar kumpulan The Kill, Jamie Hince berpisah dengan model popular, Kate Moss.


KATE dan Jamie.

Jamie dilaporkan berpisah dengan Kate kerana tidak gembira apabila Kate sering berparti. Menurut seorang kenalan rapat: “Kate tergamam kerana dia amat menyintai Jamie. Mereka telah berbincang mengenai perkahwinan dan melahirkan kanak-kanak.

“Tetapi dia belum bersedia untuk mengubah stail kehidupan dan mungkin tidak akan berubah selama-lamanya. Saya tidak yakin ada lelaki yang mampu menjinak Kate kerana itu adalah keperibadiannya. Dia telah gagal beberapa kali dan amat malang dalam percintaan.”

Pasangan ini dipercayai telah berpisah dua minggu lalu. Ini kerana minggu lalu, Kate, 34, telah dilihat bersama dengan seorang lelaki misteri kelab malam London, Bungalow 8.

Sejak terdengar berita mengenai perpisahan ini, bekas kekasih Kate, Pete Doherty dikatakan terdesak untuk memikat Kate semula.

Penyanyi rock ini yang ditinggalkan Kate Julai lalu percaya keputusan Kate untuk berpisah dengan Jamie adalah peluangnya untuk membuktikan kepada Kate bahawa dia adalah lelaki yang sesuai untuk Kate.

Menurut satu sumber, “Pete terdesak untuk mendapatkan peluang kedua daripada Kate. Dia menghabiskan banyak masa di rumahnya untuk mencari jalan bagi memikirkan cara untuk mendapatkan Kate semula. Dia percaya Kate adalah wanita dalam hidupnya dan ingin kembali bersamanya.”

Mischa Barton dan Taylor Locke>

Aktres drama popular The O.C, Mischa Barton telah meninggalkan teman lelakinya, Taylor Locke. Mischa dikatakan telah membuat keputusan untuk menamatkan hubungan dengan pemain gitar kumpulan Rooney sejurus selepas mereka bercuti selama tiga minggu di Afrika.

“Mereka bergaduh hampir setiap hari semasa percutian itu. Maka, Mischa telah mengambil keputusan untuk berpisah beberapa hari selepas balik dari Afrika,” kata satu sumber.


MISCHA dan Taylor.

Mischa, 22, dan Taylor, 24, yang sudah bercinta selama enam bulan tetapi belum membiasakan diri menghabiskan masa bersama untuk jangkamasa yang panjang kerana jadual kerja yang padat.

Menurut sumber itu lagi kepada majalah In Touch Weekly, “Hubungan Mischa dan Taylor boleh berkembang dan berjalan lancar kerana mereka sibuk dengan karier masing-masing. Talyor sibuk dengan konsert jelajah dan Mischa pula bekerja di Eropah.

“Mereka hanya berhubung menerusi telefon atau e-mel dan hanya berjumpa sekali-sekala.”

Aktres ini pernah memberitahu bahawa dia tidak akan bercinta dengan aktor dan lebih menyukai lelaki yang tidak terlibat dalam industri perfileman.

Kosmo

Posted in Leonardo DiCaprio, Natalie Portman | No Comments »