Skip to content

Posts from the ‘Nur Fazura’ Category

16
Aug

Penggulungan Hujah Kes Fazura 29 Ogos



KUALA LUMPUR 15 Ogos – Pihak pembelaan menutup prosiding bagi kes pelakon, Fazura (gambar) di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mencederakan seorang suri rumah selepas saksi terakhirnya, Ahmad Razman Tan Sri Ahmad Razali selesai memberi keterangan hari ini.

Majistret Aizatul Akmal Maharani menetapkan 29 Ogos ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan membuat penggulungan hujah masing-masing.

Perbicaraan yang berjalan sejak 22 Ogos 2006 memanggil lima saksi pendakwaan, manakala pihak pembelaan pula mengemukakan tiga saksi selepas Fazura diarah membela diri pada 7 Disember tahun lalu.

Dalam kes ini, Fazura atau Nur Fazura Sharifudin, 24, yang merupakan pelakon utama filem dan drama bersiri Gol & Gincu disaman atas tuduhan mencederakan Geraldine, 33, di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini kira-kira pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ahmad Razman, 32, yang juga bekas teman lelaki Fazura semasa disoal balas oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor R. Rukumar menafikan berbohong atau mengambil minuman keras pada malam kejadian.

Walaupun mengaku duduk bersama rakan-rakan yang mengambil minuman keras dan menuangkannya ke dalam gelas Geraldine, dia mendakwa tidak menyertai mereka.

”Tak semestinya saya minum kalau keluar berjumpa dengan kawan-kawan,” tegasnya.

Beliau turut mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Geraldine yang dikenalinya sejak 1996 dan berpisah empat tahun kemudian.

Bagaimanapun selepas berlaku pergaduhan kedua, Ahmad Razman membawa Fazura keluar kerana ketika itu dia sedang berkawan rapat selain bertanggungjawab mengajak pelakon jelita itu ke Bar Lunar pada malam tersebut.

Beliau juga menafikan Fazura menyerang Geraldine dalam pergaduhan kedua kerana perbuatan menghayunkan kasut adalah reaksi spontan selepas rambutnya ditarik dari belakang.

Utusan Malaysia

5
Aug

Pick Of The Lot

Films with strong social messages like Anak Halal starring Fasha Sandha (left) and Farid Kamil, stand a good chance of winning the best picture award.

Films with strong social messages like Anak Halal starring Fasha Sandha (left) and Farid Kamil, stand a good chance of winning the best picture award.

It’s going to be a tough fight for the Malaysian Film Festival awards as some of the best names in the film industry are being pitched as winners, writes SHARIFAH ARFAH

Best director nominee Mamat Khalid (left) directs best actor nominee Rosyam Nor in Kala Malam Bulan Mengambang which secured eleven nominations.
Best director nominee Mamat Khalid (left) directs best actor nominee Rosyam Nor in Kala Malam Bulan Mengambang which secured eleven nominations.

Erra (right) and Ida Nerina in a scene from horror film Anak. Erra's strong performance secured her a best actress nomination.
Erra (right) and Ida Nerina in a scene from horror film Anak. Erra’s strong performance secured her a best actress nomination.

THE 21st instalment of the Malaysian Film Festival (FFM21) comes closer to its conclusion with Monday’s announcement of the top five in each of the 22 categories (except for Best Film and Best Original Theme Song, which will both be revealed on the awards night).

The festival will be held from tomorrow to Saturday (awards night).

Though the organisers have decided to save the best (Best Film category) for last, this category is the one most closely watched and most speculated on by local movie pundits and fans alike.

This year, 23 feature films have been nominated for Best Film.

Of this, three films – Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang and Wayang – secured more nominations than any other feature film.

Previously, Osman Ali received critical acclaim for Bukak Api, a film about sex workers in Chow Kit.

Though his first feature film, Puaka Tebing Biru, was panned by critics, Osman stands a good chance of proving his critics wrong about his ability to make it in the commercial movie industry with Anak Halal, getting the most number of nominations at 12, including for Best Director.

Mamat Khalid scores with Kala Malam Bulan Mengambang, a neo-noir parody that tickles the audience.

It has the edge over others in that it’s a groundbreaking genre in local filmmaking.

The black-and-white film is said to be technically demanding, while the strong script boast an entertaining story about mysterious disappearances, conspiracies and ghostly presence.

Dr Hatta Azad Khan’s last film was Mat Som, a story on the life of a struggling reporter based on a comic book by Datuk Lat.

Dr Hatta, after a hiatus from the film industry, has come up with a gem called Wayang. It chronicles the life of a tok dalang (puppet master, played by Eman Manan) who takes a blind boy and a speech-impaired girl under his wing, imparting to them his shadow puppetry skills in the process.

Note the absence of Susuk co-director Naeim Ghalili who co-directed the film with Amir Muhammad and Sepi director Kabir Bhatia as nominees.

It is understood that the festival celebrates local films and film crew. But the presence of foreigners who help enliven our industry may become a more frequent trend in the future.

Sepi marks Kabir’s second foray into the festival (his first directorial effort, Cinta, won Best Film in last year’s festival).

In terms of genre, films that are multiple-nominated have interesting storylines that comment on social norms, for instance, drug addiction (Anak Halal), and the erosion of tradition (Wayang).

Meanwhile, Kala Malam Bulan Mengambang and Dunia Baru the Movie prove that lighthearted flicks don’t necessarily need to rely on one-liners or slapstick-style comedies.

Another interesting field to watch out for is the best actor category, where heavyweights – Eman Manan, Adlin Aman Ramlie and Rosyam Nor – have equal chance of clinching the Best Actor category.

Adlin is also nominated in the Best Supporting Actor category (for his role in 1957: Hati Malaya), where he is taking on Zul Huzaimy, who brilliantly portrayed Eman’s blind apprentice in Wayang.

As for Best Actress category, Erra Fazira’s portrayal of a conflicted and emotionally-battered woman is award-winning material, at least in my opinion.

She played her role with raw conviction, and probably the best in her career so far.

The race is on!

Here are some of the nominees for the 21st Malaysian Film Festival:

Best Director

Hatta Azad Khan
- Wayang
Shuhaimi Baba
- 1957 Hati Malaya
Ahmad Idham
- Congkak
Mamat Khalid
- Kala Malam Bulan Mengambang
Osman Ali
- Anak Halal

Best Actor

Afdlin Shauki
- Sepi
Adlin Aman Ramlie
- Susuk
Rosyam Nor
- Kala Malam Bulan Mengambang
Eman Manan
- Wayang
Farid Kamil
- Anak Halal

Best Actress

Maya Karin
- Anak Halal
Erra Fazira
- Anak
Nur Fazura
- Kayangan
Nasha Aziz
- Otai
Vanidah Imran
- Akhirat

Best Supporting Actor

Zul Huzaimy
- Wayang
Farid Kamil
- Kala Malam Bulan Mengambang
Adlin Aman Ramlie
- 1957 Hati Malaya
Eizlan Yusof
- Impak Maksima
Fauzi Nawawi
- Anak Halal

Best Supporting Actress

Nabila Huda
- Akhirat
Nanu Baharuddin
- 1957 Hati Malaya
Azizah Mahzan
- Anak
Ruminah Sidek
- Pensil
Dynaz Mokhtar
- Kayangan

Best Original Story

Wayang
- Hatta Azad Khan
Kala Malam Bulan Mengambang
- Mamat Khalid
Sepi
- ara and Mira Mustaffa
Anak Halal
- Osman Ali
Pensil – M. Subash

Best Screenplay

Wayang
- Hatta Azad Khan
Kala Malam Bulan Mengambang
- Mamat Khalid
Sepi
- ara and Mira Mustaffa
Anak Halal
- Osman Ali
Cuci – Hans Isaac

Best Cinematography

Evolusi KL Drift
- Raja Mukriz Raja Ahmad Kamarudin
Sepi
- Mohd Nor Kassim
Susuk
- Daven Raghaven
Kayangan
- Raja Mukriz
Anak Halal
- Khalid Zakaria

Best Editing

1957 Hati Malaya
- Nik Haslinda Nik Husain & Kamaruddin Abu
Wayang
- Hafiz Kamaruzaman
Congkak
- Ahmad Mustadha
Kala Malam Bulan Mengambang
- Raja Affandi Raja Jamaludin
Sepi
- Johan Bahar

Best Art Direction

1957 Hati Malaya
- Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam Abd Rahman
Kala Malam Bulan Mengambang
- Nazrul Ashraff
Susuk
- Kek Ting Lam
Johnny Bikin Filem
- Dr Anuar Nor Arai
Anak Halal
- Irwanmazwan Ibrahim

Best Sound

Congkak
- Brian Ng
Kala Malam Bulan Mengambang
- Azman Abu Hassan
Susuk
- ADD Audio
Evolusi KL Drift
- Daud Sulaiman
Anak Halal
- Azman Abu Hassan

Best Original Music Score

Wayang
- Hafiz Askiak
Kala Malam Bulan Mengambang
- Ahmad Badaruddin
Susuk
- Hardesh Singh
Anak Halal
- Nurzaidi Abdul Rahman
1957 Hati Malaya
- Sharon Paul

Most Promising Director

Hans Isaac
- Cuci
M. Subash
- Pensil
Mohd Latif Zami
- Dunia Baru the Movie
Syamsul Yusof
- Evolusi KL Drift
Barney Lee
- Anak

Most Promising Actor

M. Subash
- Pensil
Mohd Kamarulzaman Taib
- 1957 Hati Malaya
Wan Kenari Ibrahim
- Wayang
Zaefrul Nadzarine Nordin
- 1957 Hati Malaya
Syamsul Yusof
- Evolusi KL Drift

Most Promising Actress

Julia Ziegler
- Kayangan
Lisa Surihani
- I’m Not Single
Mas Muharni
- Wayang
Avaa Vanja
- Kala Malam Bulan Mengambang
Diana Rafar
– Susuk

 

New Straits Times

26
Apr

Geraldine Mabuk Sebelum Bergelut Dengan Fazura – Saksi

Fazura (kanan ) bersama saksi pihak pembela, Shereen Shah di Mahkamah Majistret Jenayah Jalan Duta, semalam.

KUALA LUMPUR 25 April – Perunding teknologi maklumat (IT), Shahrizan Mohd. Rodzi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa surirumah, Geraldine Mariana Wong berada dalam keadaan mabuk sebelum bergelut dengan rakannya yang juga pelakon jelita, Fazura.

Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi kedua pembela berkata, keadaan itu dapat dilihat dengan jelas daripada kelakuan Geraldine yang begitu ceria serta sedang berseronok dengan rakan-rakannya.

Shahrizan, 35, berkata, Geraldine juga dilihat cuba menggoda dan bermesra dengan teman lelaki Fazura, Ahmad Razman Tan Sri Ahmad Razali selain meminta lelaki itu menambah minumannya.

”Bila tak mabuk, Geraldine biasanya hanya duduk dan berbual dengan kawan-kawannya. Tapi pada malam itu, saya dapat lihat dia begitu berseronok dengan kawan-kawannya serta kelihatan seperti mabuk.

”Sebelum itu juga, saya diberitahu oleh kawan-kawan yang lain bahawa Geraldine telah mabuk. Saya nampak dia mengambil minuman keras tetapi tidak pasti brandi atau whiski,” katanya menjawab soalan peguam Fakhrul Azman Abu Hassan pada sesi pemeriksaan utama.

Fazura atau Nur Fazura Sharifudin, 24, yang merupakan pelakon utama filem dan drama bersiri Gol & Gincu sedang membela diri atas tuduhan mencederakan Geraldine di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini kira-kira pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Shahrizan, dia dan Fazura berkunjung ke bar tersebut pada malam kejadian selepas diajak oleh Razman untuk menyertainya.

Katanya, semasa berada di meja bar, Fazura memberitahu bahawa Geraldine telah mengutuk dan memperlekehkannya semasa berbual dengan seorang lelaki bernama Bibo.

”Fazura beritahu saya dia mahu bersemuka dengan Geraldine. Saya kata jangan, tapi dia tetap berdegil mahu mendapatkan penjelasan dari Geraldine.

”Kemudian saya nampak Fazura bersemuka dengan Geraldine. Ketika saya sedang berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain, saya terdengar Fazura dan Geraldine bertengkar,” jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut tentang kejadian pada malam itu, Shahrizan berkata dia kemudiannya ternampak Fazura dan Geraldine menarik rambut dan tolak menolak antara satu sama lain.

Katanya, dalam pergelutan itu, Fazura tiba-tiba terjatuh sehingga salah satu kasut tumit tingginya tertanggal sebelum ia dicampakkan ke dalam kolam mandi oleh salah seorang rakan Geraldine.

Menurut saksi, tiada siapa yang cuba meleraikan kedua-duanya sehingga dia datang dan cuba menarik Fazura, manakala Razman menarik Geraldine.

Dalam suasana kelam kabut itu, beliau kemudiannya ternampak Fazura berjalan ke pintu keluar sambil memegang sebelah kasutnya sebelum Geraldine datang dari arah belakang dan menarik rambut rakannya itu.

Jelas Shahrizan, dia ternampak Fazura terkejut dan menghayunkan kasutnya ke arah Fazura sebelum kedua-duanya dileraikan oleh bouncer bar tersebut.

”Bouncer minta Geraldine meninggal bar itu dan meminta saya membawa Fazura pulang. Pada masa itu saya nampak muka Fazura lebam-lebam.

”Saya hantar Fazura pulang ke rumahnya di Tropicana dan berada di sana sehingga pukul enam atau tujuh pagi bagi menenangkan Fazura serta bercakap dengan ibunya tentang apa yang berlaku,” katanya lagi.

Ditanya sama ada sebarang laporan polis dibuat, kata Shahrizan, beliau hanya menemani Fazura ke Balai Polis Dang Wangi selepas rakannya menerima panggilan dari seorang inspektor berhubung kejadian itu.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani bersambung pada 22 Mei ini.

Powered by Utusan Malaysia

22
Apr

Cerita Itu Karut! – Aqasha

AQASHA mengakui cukup selesa dan serasi berlakon bersama pasangan lakonan terbarunya, Fazura dalam drama bersiri, Bicara Cinta yang akan ditayangkan di Astro Prima bermula 7 Mei depan. Gambar JEFFRI IRAN

TIBA-TIBA sahaja, nama aktor dan penyanyi kacak ini, Firdee Akassya Rosli, 26, atau dengan nama komersialnya, Aqasha menjadi bualan. Dia menjadi mangsa gossip liar kononnya menjalin hubungan cinta dengan model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz sewaktu mereka digandingkan bersama membintangi telemovie arahan Rashid Sibir, Kasihnya Mia.

Saat diajukan soalan tersebut kepada empunya diri, tiada kata yang mampu dilafazkannya melainkan dengan memberikan wajah yang cukup terkejut kerana tidak menyangka sama sekali namanya dibabitkan dengan model terkenal itu.

Dia yang terkejut dengan berita itu menganggap berita itu sebagai tidak berasas serta sebuah cerita yang karut.

“Siapalah saya untuk mendampingi Nasha. Saya masih lagi berpijak di bumi nyata. Jujurnya, saya memang tidak menyangka sama sekali hubungan kami yang hanya sekadar teman artis telah disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Saya profesional dalam kerja dan saya pasti Nasha juga begitu. Saya berharap agar cerita sebegini tidak timbul lagi dan semoga penjelasan saya ini dapat menjawab segala persoalan anda juga,” jelas Aqasha penuh mengharap ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Astro Megadrama, Bicara Cinta di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Malah, Aqasha memberitahu, hubungannya dengan Tasha yang juga bekas peserta konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat pada ketika ini juga masih berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang mereka hadapi sepanjang perhubungan mereka.

“Kami masih lagi berkawan dan hubungan kami masih baik seperti biasa. Kami berjaya mengekalkan hubungan yang harmoni setakat ini. Malah, saya juga tidak mahu terlalu merancang untuk membawa hubungan kami ini ke peringkat perkahwinan.

“Saya berserah kepada qada’ dan qadar dalam menentukan siapa jodoh saya. Mungkin juga kerana sebelum ini, beberapa hubungan cinta saya menemui kegagalan dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya untuk lebih berhati-hati.

“Seandainya jodoh saya bersama Tasha, saya terima dan begitu juga sebaliknya. Buat masa ini, saya suka melihat bagaimana kami mengekalkan hubungan ini dan menjaga ikatan silaturahim itu dengan sebaiknya,” cerita Aqasha yang mula mencipta nama sebagai seorang pelakon menerusi filem Embun arahan Erma Fatima pada tahun 2002.

Bercerita tentang karier seninya pula, dalam diam, anak jati Kuala Lumpur ini sudah memasuki tahun kedua pengajiannya dalam bidang kejuruteraan audio di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) sepenuh masa sejak tahun 2007 lagi.

Dia mengakui, begitu meminati bidang muzik dan keinginannya melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut sebagai jaminan masa depan kerana Aqasha akur bahawa industri hiburan tanah air ada pasang dan surutnya.

“Setidak-tidaknya, saya sudah mempersiapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan serta saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar dalam pengajian saya ini untuk menerbitkan lagu-lagu saya sendiri kelak.

“Setakat ini, memang saya banyak mencipta lagu dan koleksi saya juga kalau dikira sudah cukup untuk membuat sebuah album. Saya akan membuat kemunculan semula selepas saya tamat belajar yang dijangka pada awal 2010 kelak. Mungkin saya akan melahirkan sebuah album mini selepas ini. Pastinya saya akan lebih berpuas hati kerana dapat menentukan arah tuju saya dalam bidang muzik,” ujarnya.

Anak muda itu sebelum ini pernah menjadi artis rakaman Suria Records (SRC) selama lima tahun dan sempat melahirkan dua buah album iaitu Cahaya Hati (2001) dan Impian (2002).

Malah menerusi dua buah album itu juga, Aqasha yang memiliki suara yang boleh dikategorikan sebagai penyanyi bersuara jantan pernah mencuri perhatian peminat hiburan tanah air dengan lagu Cahaya Hati dan Embun.

Kegagalan

Namun, tidak berasa putus asa dengan kegagalan kedua-dua buah albumnya sebelum ini, Aqasha memberanikan diri dengan menceburi bidang lakonan yang ternyata berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon pelapis yang berwibawa membawa karakter yang diberikan.

“Saya bersyukur kerana rezeki saya cukup murah dalam bidang lakonan dan walaupun begitu, saya tetap akan memilih karakter yang bersesuaian dengan diri saya kerana saya tidak mahu dilabelkan sebagai tamak dan mengambil apa sahaja watak yang diberikan kepada saya.

“Seandainya nanti saya tidak mampu membawakan watak yang diberikan, saya juga akan dilabelkan sebagai seorang pelakon yang tidak pandai berlakon,” ucapnya jujur saat ditanya tentang pasangan pelakonnya.

Baginya, apa yang paling penting untuk setiap drama mahupun filem adalah keselesaan dan keserasian itu akan datang sendiri dalam diri masing-masing.

Anak muda ini mengakui beliau cukup selesa berlakon di samping Rita Rudaini dan terbaru, Nur Fazura yang pertama kali digandingkan bersama saya dalam Bicara Cinta. Begitu juga dengan Nasha yang disifatkannya sebagai pelakon berbakat.

Selain Aqasha dan Fazura, Bicara Cinta yang akan menemui penonton setia saluran Prima (saluran 105, Astro) pada setiap hari Rabu bermula 7 Mei depan pukul 9.30 malam selama satu jam turut dibintangi Beego, Zizie Izette dan Fauziah Nawi.

Powered by Utusan Malaysia

15
Mar

Fazura Mengaku Dia Cemburu


Fazura semasa hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pelakon filem Gol & Gincu, Nur Fazura Sharifuddin semalam memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak membuat laporan polis berhubung pergadu- han melibatkan dirinya dan seorang suri rumah di sebuah bar, kira-kira tiga tahun lepas.

Sebaliknya Fazura berkata, dia membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterima daripada suri rumah tersebut iaitu Geraldine Maria- na Wong, 33, yang menyatakan kepadanya (Fazura): “You are gonna be dead by tomorrow.”

Dalam pergaduhan itu, Fazura didakwa mencederakan Geraldine di Bar Luna, Pacific Regency Hotel dan Apartments, Jalan Kia Peng di sini pada pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Menjawab soalan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R. Rukumar, Fazura berkata, dia merasa cemburu dengan tindakan dan sikap Geraldine yang di- katakan memegang tangan, bahu, pipi, dan rambut teman lelakinya, Ahmad Razman Ahmad Razali yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Selangor.

Fazura menafikan dia berniat untuk bergaduh dengan suri rumah tersebut ketika kejadian itu, sebaliknya dia datang ke arah Geraldine hanya untuk mendapatkan kepastian mengenai apa sebenarnya berlaku.

Dia mengaku menyedari Ahmad Razman adalah bekas teman lelaki Geral- dine tiga tahun lepas sebelum kejadian itu.

Pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia melalui filem Bicara Hati itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani akan disambung 27 Mac ini untuk keterangan tiga lagi saksi pembelaan.

Fazura diwakili peguam Fakrul Azman Abu Hassan. – Bernama

Powered by Kosmo

1
Jan

Tahun Kerja Keras

HARYATI KARIM


“ORANG boleh cakap apa sahaja tentang saya,” tegas Fazura.

USAHA untuk mendapatkan aktres sensasi ini sebagai cover POSSE! hari pertama 2008 ini melalui pelbagai rintangan, hingga pada suatu ketika, segalanya menjadi tergendala.

Beritahu Fazura, dia sungguh sibuk dan tahun baru ini dia ingin melakukan “comeback” setelah lama terperam.

Itu permulaan bingkisan kata-kata penuh bermakna daripada pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini.

Aktres cantik manis ini sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi dan gosip.

Justeru, dia sering sahaja menjadi buruan pihak media yang sentiasa mahukan penjelasan jujur daripada mulutnya.

Bermula hari ini, usianya telah berganjak ke-angka 25 tahun. Pertambahan usia mengisyaratkan semakin banyak pengalaman dan tanggungjawab yang harus dipikul dan terbeban di bahu pemegang trofi Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-17 ini.

Trofi itu menjadi miliknya setelah berjaya meninggalkan lakonan berbekas menerusi filem, Bicara Hati empat tahun yang lalu.

Bermula detik itu, dia seakan boleh melihat potensi dirinya, lantas membuat keputusan nekad berhenti daripada pengajian rekaan fesyen dari sebuah kolej.

Seiring dengan kejayaan yang dikecapi dan semakin dikenali, dirinya juga kerap kali menjadi bualan ramai.

Bukan sahaja terhad kepada bakat lakonannya tetapi juga kontroversi demi kontroversi dan yang terbaru kes mahkamahnya yang sedang berjalan.

Terima apa jua gelaran

Walaupun umum melihat ia umpama satu bencana buat pelakon yang sedang meningkat naik sepertinya, tetapi Fazura tetap menjalani kehidupan sebagai insan seni dengan tenang.

Malah, semasa temu bual ini dijalankan, Fazura sebenarnya sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Selamat Pagi Cinta terbitan Metrowealth Movies Production (MMP).

Dalam kesibukan, sempat juga Fazura berbicara tentang azam barunya buat tatapan pembaca KOSMO!. ΐAzam saya agar tahun ini akan menjadi tahun yang cerah buat saya.

ΐMalah perkiraan saya tahun ini saya akan buat comeback kerana saya kurang berlakon lewat kebelakangan ini,῔ tuturnya yang kali terakhir dilihat terlibat hanya dalam filem Kayangan pada tahun lalu.

Dia berharap angka 2008 akan menjadi lebih baik daripada 2007, kerana jelas Fazura, pada tahun lalu, dia lebih banyak menghabiskan masa untuk berehat, bercuti dan menenangkan fikirannya.

ΐTahun ini saya akan bekerja keras dan akan menumpukan sepenuh perhatian dalam lakonan,῔ katanya yang juga berkebolehan dalam nyanyian.

Ditebak, mungkinkah dia akan melebarkan sayapnya ke cabang seni yang lain pula, pantas dia menjawab, ΐSaya tidak boleh tamak, walaupun saya ada impian untuk bergelar penyanyi, tetapi saya harus buat satu-satu dulu, bimbang nanti semuanya tidak dapat.῔

Mengungkap tentang tanggapan ramai orang di luar sana terhadap dirinya yang dilabelkan sebagai gadis sosial dan bermasalah, pernah dia disamakan dengan sosialit bermasalah Hollywood, Paris Hilton, malah ada juga yang menggelar dirinya sebagai Lindsay Lohan Malaysia, tenang Fazura menegaskan, ΐOkaylah, saya tidak kisah apa-apa gelaran yang diberikan, orang boleh cakap apa saja tentang diri saya.

ΐSaya seorang remaja, tetapi saya juga adalah selebriti. Setiap perkara yang saya buat orang akan ambil tahu.

ΐKadang-kadang selebriti ini di dalam dilema. Orang ramai beri tumpukan pada kita, saya nak buat macam mana, terimalah sajalah.

ΐKalau orang itu baik tetapi hakikatnya lain (hipokrit), lagi tak bagus. Biasanya orang senang ambil kesempatan terhadap orang yang easy going dan lantang bersuara seperti saya.

ΐSaya sebenarnya ikhlas dengan apa yang saya ucapkan, saya tidak mahu jadi hipokrit.

ΐApa yang anda lihat saya sekarang, inilah diri saya sebenarnya.῔

Dia juga memberitahu sudah lali dengan segala tohmahan negatif tentang dirinya.

Bagi Fazura, rezeki di tangan Tuhan, dan yang pasti orang di luar sana tidak akan berhenti bercakap tentang dirinya.

Tiada perancangan kahwin

Dia seperti juga selebriti yang lain, turut mempunyai perancangan untuk masa tuanya, tetapi baginya selagi perkara itu belum terlaksana, lebih baik dia berdiam diri sahaja.

ΐSiapa yang tidak mahu menyiapkan diri untuk hari tua, saya ada perancangan untuk itu tetapi tidak boleh beritahu, nanti tak suprise (ketawa).

ΐKalau betul-betul dah jadi saya tidak akan lupa jemput semua untuk meraikan bersama,῔ katanya penuh semangat.

Beralih ke topik yang lebih bersifat peribadi, iaitu tentang perkahwinan, gadis ini hanya ketawa besar dan seakan menyimpan sesuatu di benak fikirannya.

ΐSemua orang mahu lebih baik dalam diri terutama hal wanita, siapa yang tidak mahu berkahwin.

ΐTetapi buat masa ini saya langsung tidak ada perancangan ke arah itu. Kalau sampai masanya saya akan berkahwin juga. Buat masa sekarang ini hanya karier sahaja di hati saya,῔ beritahunya yang mengharapkan segala yang terbaik buat semua untuk tahun 2008 ini.

Dalam pada itu, Fazura tidak lupa menitipkan, ΐSelamat tahun baru untuk peminat saya serta seluruh rakyat Malaysia.῔

Powered by Kosmo

26
Dec

Ridani ‘korban’ Dunia Lakonan Kerana Suami

Oleh Norliza Mohamad Zakaria

Wajah terbaru Ridani.

PASTINYA masih ramai yang mengenali dramatis jelita bertubuh seksi, Ridani Abdul Ghani, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Dani yang popular sekitar akhir 1990-an.

Ridani yang berkulit kuning langsat dan bermata redup itu begitu ramah dan mudah mesra. Perwatakannya yang manja dan menggoda, pastinya membuatkan ramai jejaka yang cuba untuk mendekatinya.

Tetapi awas!, Ridani kini telah pun berpunya. Dia kini hidup bahagia di samping suaminya, Kamarudin Harun,44, seorang ahli perniagaan, sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, setelah berkahwin kelibat Ridani agak kurang kelihatan di kaca televisyen. Cuma, sesekali wajah Ridani muncul menghiasi drama-drama yang disiarkan di skrin televisyen tempatan mengubat kerinduan para peminatnya.

Kali terakhir, drama yang dilakonkan oleh Ridani, Kilauan ditayangkan pada Ogos lalu di RTM2.

Ridani yang ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Puriti Health & Beauty From Nature milik kembarnya Ridana, di Kuala Lumpur baru-baru ini, menyatakan dia kini perlu membataskan jadual lakonan kerana komitmennya terhadap keluarga.

“Bukan Dani tak nak terima tawaran berlakon, cuma kadang kala masa dan lokasi penggambaran membataskan pergerakan Dani,” katanya.

Menurut Ridani, masa untuknya terlibat dalam lakonan kini tidak sama ketika zaman bujangnya lima tahun yang lalu.

“Maklum sajalah dulu Dani bujang, tapi sekarang telah bersuami. Jadi, kalau dapat tawaran drama yang penggambarannya jauh atau luar dari Kuala Lumpur, Dani terpaksa fikirkan dulu, kebanyakannya Dani terpaksa tolak.

Sokongan

“Tapi, kalau drama yang ditawarkan lokasinya sekitar Kuala Lumpur, Dani akan terima,” kata Ridani yang sering ditemani suaminya ketika menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Kata Ridani, suaminya tidak pernah menghalang nya berlakon, malah sentiasa memberikan sokongan demi minatnya dalam bidang tersebut.

“Dia (suami) memang tak pernah menghalang. Cuma sayalah, sebagai isteri kena fikirkan untuk kebaikan kami bersama. Satu lagi ialah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari,” jelasnya.

Walaupun tidak begitu aktif berlakon seperti dulu, namun dalam diam, rupanya Ridani bercita-cita untuk menerbitkan filemnya sendiri pada tahun hadapan.

Menurutnya, jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menerbitkan filem Ratu Kampung yang pernah dirancangkannya pada Ogos 2006 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Setakat ini, pelakon yang telah dikenal pasti untuk menjayakan filem tersebut ialah Fasha Sandha, Nur Fazura dan Saiful Apek. Sementara pengarahnya ialah Afdlin Shauki.

“Walaupun tertangguh, Dani anggap ini sebagai pengajaran kepada Dani. Ini merupakan titik permulaan untuk Dani bergiat dalam bidang penerbitan filem. Insya-Allah, kalau ada rezeki Dani akan mulakan pengambaran filem ini tahun hadapan,” katanya.

Powered by Utusan Malaysia

26
Dec

Ridani ‘Korban’ Dunia Lakonan Kerana Suami

Oleh Norliza Mohamad Zakaria

Wajah terbaru Ridani.

PASTINYA masih ramai yang mengenali dramatis jelita bertubuh seksi, Ridani Abdul Ghani, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Dani yang popular sekitar akhir 1990-an.

Ridani yang berkulit kuning langsat dan bermata redup itu begitu ramah dan mudah mesra. Perwatakannya yang manja dan menggoda, pastinya membuatkan ramai jejaka yang cuba untuk mendekatinya.

Tetapi awas!, Ridani kini telah pun berpunya. Dia kini hidup bahagia di samping suaminya, Kamarudin Harun,44, seorang ahli perniagaan, sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, setelah berkahwin kelibat Ridani agak kurang kelihatan di kaca televisyen. Cuma, sesekali wajah Ridani muncul menghiasi drama-drama yang disiarkan di skrin televisyen tempatan mengubat kerinduan para peminatnya.

Kali terakhir, drama yang dilakonkan oleh Ridani, Kilauan ditayangkan pada Ogos lalu di RTM2.

Ridani yang ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Puriti Health & Beauty From Nature milik kembarnya Ridana, di Kuala Lumpur baru-baru ini, menyatakan dia kini perlu membataskan jadual lakonan kerana komitmennya terhadap keluarga.

ΐBukan Dani tak nak terima tawaran berlakon, cuma kadang kala masa dan lokasi penggambaran membataskan pergerakan Dani,῔ katanya.

Menurut Ridani, masa untuknya terlibat dalam lakonan kini tidak sama ketika zaman bujangnya lima tahun yang lalu.

ΐMaklum sajalah dulu Dani bujang, tapi sekarang telah bersuami. Jadi, kalau dapat tawaran drama yang penggambarannya jauh atau luar dari Kuala Lumpur, Dani terpaksa fikirkan dulu, kebanyakannya Dani terpaksa tolak.

Sokongan

ΐTapi, kalau drama yang ditawarkan lokasinya sekitar Kuala Lumpur, Dani akan terima,῔ kata Ridani yang sering ditemani suaminya ketika menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Kata Ridani, suaminya tidak pernah menghalang nya berlakon, malah sentiasa memberikan sokongan demi minatnya dalam bidang tersebut.

ΐDia (suami) memang tak pernah menghalang. Cuma sayalah, sebagai isteri kena fikirkan untuk kebaikan kami bersama. Satu lagi ialah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari,῔ jelasnya.

Walaupun tidak begitu aktif berlakon seperti dulu, namun dalam diam, rupanya Ridani bercita-cita untuk menerbitkan filemnya sendiri pada tahun hadapan.

Menurutnya, jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menerbitkan filem Ratu Kampung yang pernah dirancangkannya pada Ogos 2006 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Setakat ini, pelakon yang telah dikenal pasti untuk menjayakan filem tersebut ialah Fasha Sandha, Nur Fazura dan Saiful Apek. Sementara pengarahnya ialah Afdlin Shauki.

ΐWalaupun tertangguh, Dani anggap ini sebagai pengajaran kepada Dani. Ini merupakan titik permulaan untuk Dani bergiat dalam bidang penerbitan filem. Insya-Allah, kalau ada rezeki Dani akan mulakan pengambaran filem ini tahun hadapan,῔ katanya.

Powered by Utusan Malaysia