ZAC Kikis Imej Baik
Posted by admin on 19th March 2009
Rap
DIMINATI gadis remaja kerana wajah kacak dan lakonannya dalam High School Musical, nyata belum memberi kepuasan kepada Zac Efron. Sebaliknya anak muda kelahiran San Luis Obispo, California pada 18 Oktober 1987 ini mahu mengikis imej budak baik yang dipuja peminat dengan perubahan mengejutkan.
Zac atau nama sebenarnya, Zachary David Alexander Efron tampil berani untuk gambar muka depan majalah Interview. Gambar Zac menggenggam tangan seorang wanita yang menindih tubuhnya tanpa seurat benang mengejutkan peminat kerana perempuan bersamanya itu bukan teman wanitanya, Vanessa Hudgens.
Sebaliknya, model bernama Edita Vileviciute muncul sebagai simbolik di sebalik kupasan isu menarik berhubung kesediaan pemuda 22 tahun itu keluar dari kepompong seorang remaja kepada lelaki dewasa, berani dan berkarakter.
“Seperti yang diketahui, apa saja yang saya lakukan beberapa tahun kebelakangan ini dilihat terlalu selamat. Ia memang menyeronokkan apabila penonton menyukai anda tetapi sekarang ini saya perlu keluar dari kepompong dan mencari satu tempat untuk merebut peluang.
“Saya mahukan watak yang lebih dewasa dan berkarakter. Namun, saya menyedari mereka yang juga individu penting dalam industri ini tidak berani memberi sebarang tawaran kepada saya untuk membintangi filem mereka,” katanya.
>Profil
NAMA: Zachary David Alexander Efron
NAMA KOMERSIL: Zac Efron
TARIKH LAHIR: 18 Oktober 1987
ASAL: San Luis Obispo, California, Amerika Syarikat
UMUR: 22 tahun
ZODIAK: Libra
ANTARA DRAMA: Firefly, ER dan The Guardian dan CSI Miami.
FILEM: High School Musical 3: Senior Year Troy Bolton, Footloose Ren McCormack dan Hairspray
innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154″;
innity_width = “250″;
innity_height = “220″;
Harian Metro
Posted in Vanessa Hudgens | No Comments »