Skip to content

Posts from the ‘Aaron Aziz’ Category

28
Apr

Pujian Rosyam Lambung Aaron



Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


WAJAH dan penampilan pelakon lelaki sejati yang memiliki pakej lengkap untuk bergelar hero Melayu.

BUKAN menjadi perkara biasa apabila aktor terkenal, Rosyam Nor memuji lelaki sejati yang kacak. Lucu dan kedengaran abnormal barangkali apabila Rosyam ‘memuja’ seseorang yang sama jantina dengan dirinya. Individu bertuah yang dimaksudkan Rosyam ialah Aaron Aziz.

Kenyataan itu diluahkan sendiri oleh Rosyam semasa berucap bagi melancarkan drama bersiri terbaru produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., iaitu Rahsia Hati di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Hulu Klang Selasa lalu.

“Aaron bakal menjadi pelakon lelaki pelapis yang berjaya suatu hari nanti di negara ini,” demikian ulas Rosyam hingga membuatkan Aaron yang berada di hadapannya bertukar wajah, menjadi malu dan terkesima.

Aaron yang ditemui pada majlis sama bagaimanapun cukup terharu dengan pujian tinggi melangit daripada Rosyam, yang merupakan senior dalam gelanggang seni lakon tanah air.

“Saya terkejut apabila Rosyam memberitahu tentang perkara ini di depan hadirin semasa berucap dalam majlis ini.

“Secara tiba-tiba, saya terus rasa macam satu tanggungjawab yang amat berat untuk saya pikul selepas ini,” ringkas sahaja jawab Aaron yang masih terpinga-pinga dengan kenyataan Rosyam.

Dalam pada itu, Rosyam turut menamakan beberapa pelakon yang dianggapnya boleh terus mencipta kejayaan sebagai pelakon lelaki sejati.

Tiga pelakon terbabit ialah Aaron Aziz, Fahrin Ahmad dan Remy Ishak. Pelakon-pelakon itu benar-benar mempunyai kualiti sebagai hero Melayu ditambah dengan kejantanan mereka yang terserlah.


AARON dan Rosyam (tiga dari kanan) bersama karyawan telefilem, Rahsia Hati.

MESRA di samping isteri, Diyana Halik.

Menganggap pujian yang diberikan sebagai berita menggembirakan untuk dirinya, namun Aaron tidak sesekali terbuai dengan pujian yang dilayangkan kepadanya. Itu tekad Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz. Serius kata-katanya.

“Ia menggalakkan saya untuk bekerja lebih kuat dan melakukan yang terbaik pada setiap masa dan keadaan.

“Lantaran itu, saya berikrar untuk tidak mengecewakan harapan Rosyam yang menaruh sepenuh kepercayaan terhadap saya.

“Insya-Allah, jika semua perjalanan seni saya berjalan dengan baik dan bebas daripada sebarang kontroversi, saya rasa tidak mustahil untuk saya mencapai kejayaan kelak,” azam bapa kepada dua orang cahaya mata itu cuba meyakinkan diri.

Jauhi kontroversi memualkan

Ditanya bagaimana jejaka yang berusia 33 tahun itu mampu bertahan dalam dunia seni yang penuh gelora, tanpa menghadapi cerita-cerita sensasi, lekas sahaja balas Aaron.

“Saya tetap dengan cara sendiri dalam melayari karier seni bermula daripada dulu hingga sekarang.

“Saya ada isteri dan anak-anak. Setiap perkara yang ingin saya lakukan terlebih dahulu, saya akan terus fikir dan teringat kepada mereka yang berada di rumah.

“Faktor inilah yang menjauhkan saya daripada terlibat dengan situasi yang meletakkan saya dalam kontroversi,” terang suami kepada Diyana Halik serta bapa kepada Danish Anaqi, 5 dan Dwi Ariana, 3.


AARON memberikan impak lakonan yang tiadatandingannya dalam telefilem, Rahsia Hati.

Lantaran itu, setiap pelawaan lakonan sama ada yang menawarkan bajet tinggi mahupun rendah, tetap diterima oleh Aaron dengan hati terbuka. Alasannya, dia mempunyai perbelanjaan yang harus dilunaskan setiap bulan.

“Banyak bil yang saya kena bayar di Malaysia dan Singapura.

“Oleh itu, saya harus bekerja lebih kuat untuk menyara keluarga,” tambahnya yang dilantik menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki oleh L’oreal Paris.

Dalam keadaan bintang Aaron yang semakin bersinar cerah di Malaysia, ia pantas membuatkan teman-teman pelakon di negara kelahirannya punya keinginan untuk mencuba nasib di negara ini.

“Mereka cakap saya sudah terkenal di sini dan ada di antara mereka yang mahu berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan sayap lakonan.

“Saya menyokong niat murni mereka, cuma saya sempat memberikan nasihat agar mereka harus ada niat yang positif terlebih dahulu sebelum memulakan satu-satu perkara.

“Kalau setakat mahu glamor dan meraih kemewahan, maka lebih baik mereka lupakan sahaja angan-angan ini. Ia tidak akan tercapai dengan mudah.

“Saya datang ke sini dengan tujuan untuk memperbaiki mutu lakonan. Popular dan kemasyhuran bukan menjadi agenda utama kepada saya.

“Hakikatnya, saya mahu memberikan kesenangan kepada isteri dan anak-anak saya kerana bidang lakonan merupakan periuk nasi saya,” jawab Aaron yang masih belajar untuk bercakap tanpa ada kedengaran telor bahasa Singapura.

Enggan berlakon teater

Bagi sesetengah pelakon yang bermula di tabir drama atau filem, mereka ada keinginan untuk melibatkan diri pula di pentas teater.

Lain pula hal dengan Aaron yang mengakui belum ada suara hati untuk berlakon dengan produksi teater.

Bukan sombong atau memilih, sebaliknya jiwa Aaron tidak bersesuaian dengan dunia teater yang sifatnya berbeza dengan lakonan dalam drama atau filem.

“Biasanya latihan untuk menjayakan teater mengambil masa yang panjang dan tidak menentu. Terus-terang, saya hanya mampu berikan 10 peratus untuk komitmen latihan yang harus dijalani oleh semua pelakon.

“Saya jenis pelakon yang akan terus menzahirkan perasaan dan watak yang diberikan apabila kamera dipacakkan di lokasi penggambaran.

“Bukan bermakna saya tidak berdisiplin, sebaliknya jika pengarah mula merakamkan babak yang diingini, saya akan berikan seratus-peratus komitmen.

“Saya jenis individu yang tidak suka berlatih secara berulang-ulang kali. Saya lebih suka meluahkan jiwa untuk babak yang sebenar.

“Biarpun begitu, saya tidak boleh cakap sesuka hati kerana mana tahu, mungkin suatu hari nanti saya tergerak hati pula untuk membabitkan diri dalam dunia teater,” sahut Aaron serius.

Sambung kontrak dengan Astro

Bulan Mac lalu, kontrak Aaron sebagai artis residen atau wajah eksklusif di saluran TV berbayar, Astro sudah tamat. Dia mengikat kontrak selama setahun dengan aktres jelita, Erra Fazira.

Tuah nampaknya terus menyebelahi Aaron apabila dia ‘dicintai’ sepenuh hati oleh pihak Astro yang menyambung semula kontraknya hingga tahun depan.

Tersenyum dalam riak penuh kesyukuran. Itu yang dapat diperhatikan apabila perkara tentang penyambungan kontrak dibicarakan kepada Aaron.

Menurutnya, dia bersyukur apabila perjanjian yang memperuntukkan dirinya untuk menghabiskan masa selama 72 jam untuk drama manakala tiga buah telefilem, berjaya disudahkan dengan jayanya.

“Tahun lalu sahaja, saya menghabiskan masa selama sembilan bulan di lokasi penggambaran untuk drama Cinta Gila dan Rahsia Hati.

“Saya risau juga sebab tidak muncul di kaca TV dalam waktu yang panjang, tetapi saya tetap bersyukur kerana dapat menghabiskan tempoh 72 jam untuk drama.

“Saya rasa berbaloi dapat mengikat kontrak dengan Astro. Kini jadual saya lebih bersistematik. Saya tidak perlu lagi lari ke sana ke mari seperti sebelum ini.

“Secara tidak langsung, saya dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap karier lakonan drama atau filem,” akui Aaron gembira.

Dalam pada itu, Aaron sempat meluahkan impiannya untuk berlakon dalam karya yang cukup dinanti-nantikan selama ini.

“Saya tidak kisah ditawarkan watak gelap, tetapi saya tetap mahukan watak yang menyerupai diri sebenar seseorang individu.

“Contohnya watak Robert De Niro sebagai Al Capone. Ia lebih terarah kepada karya berbentuk autobiografi.

“Sudah sekian lama saya inginkan watak sebagai tokoh-tokoh terkenal dan tertentu,” akhiri Aaron yang sedikit terkilan kerana wajahnya dilihat tuan pengarah tidak ‘menyerupai’ rupa orang kampung dan purba sekali gus menjadi halangan untuk Aaron mencipta variasi dalam dunia lakonan.

Kosmo

24
Apr

Rosyam Yakin Tarikan Rahsia Hati

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


Rosyam Nor

ROSYAM NOR mempunyai impiannya sendiri tatkala bersedia menerbitkan drama bersiri Rahsia Hati, yang mula disiarkan Astro Prima semalam. Siri yang ditayangkan selama sejam setiap episod itu diharapkannya untuk mencatat rating yang tinggi, seterusnya mengatasi pencapaian siri lain siaran stesen berbayar berkenaan.

Ketika ini, Mertua Vs Menantu terbitan Metrowealth muncul program dengan rating paling tinggi dalam kategori terbabit.

Rosyam tanpa berselindung berkata, dia berkeyakinan siri yang dibintangi Aaron Aziz, Rita Rudaini, Arash Mohamad, Ifa Raziah, Watie Sadali, Hafizzuddin Fadzil, Azlan Kamiran, Rosnah Johari dan Nurul Abdul Wahab itu mampu meraih perhatian penonton, bukan hanya kerana jalan ceritanya, malah dek kehebatan barisan bintangnya.

“Apabila menerbitkan sesebuah drama, kita tentunya akan lebih berasa gembira apabila ia ditonton orang ramai. Sebagai pelakon juga, kita lebih puas apabila usaha kita ditonton peminat yang ramai,”ῠkata Rosyam pada majlis pelancaran drama berkenaan di Finas, baru-baru ini.

Bukan hanya mementingkan jalan cerita, bahkan Rosyam turut mengaku agak cerewet apabila tiba ke bab pemilihan pelakon. Dia tidak mahu projek terbitannya dihiasi pelakon yang menarik semata-mata, tetapi tidak mampu memberikan lakonan yang memberangsangkan.

“Saya juga sentiasa mencari pelakon yang berbakat dan berdisiplin. Pelakon yang tidak berdisiplin akan hanya menyusahkan pihak produksi. Biarlah berbakat macam mana sekali pun, jika pelakon itu tidak mempunyai disiplin yang baik, saya tidak akan menerimanya beraksi dalam projek terbitan Suhan Movies,” katanya.

Begitu juga dia berhati-hati dalam pemilihan skrip, bagi memastikan drama keluarannya sentiasa menerima sambutan baik. Antara penulis yang tidak asing di sisi projek terbitan Suhan Movies ialah Sharifah Abu Salem. Rahsia Hati ialah satu lagu naskhah tulis penulis wanita terbabit, yang juga novelis terkenal tanah air.

Penulis itu juga bakal menghasilkan skrip filem Kekasih, yang akan menggunakan bakat baru daripada program realiti Pilih Kasih terbitan Rosyam sendiri sebagai pelakonnya.

“Cerita-cerita tulisan Sharifah tidak pernah mengecewakan saya. Selalunya, apabila saya menggunakan khidmat penulis ini bagi sesebuah penerbitan saya, ia mendapat perhatian ramai penonton,” ujar Rosyam yang membelanjakan kira-kira RM1.6 juta bagi menghasilkan drama bersiri ini.

Menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu, siri berkenaan memakan masa hampir lima bulan untuk disiapkan, apabila memulakan rakamannya pada Jun tahun lalu.

Antara lain, Rahsia Hati mengisahkan bagaimana Datuk Azmi berdepan masalah syarikat yang membabitkan anaknya, Syamir serta tirinya, Fazlan. Fazlan ialah anak kepada Maria, yang mahu mengaut harta suaminya.

Pada masa yang sama, Syamir berkenalan dengan Kamilia, rakan sekerja kawannya, Ammar. Masing-masing saling menyukai, tetapi tidak meluahkan rasa yang terbuku di hati. Kamilia hanya mencurahkan perasaan sebenar apabila Syamir hampir ‘berkahwin’ dengan ibunya, Normah, seorang ibu tunggal.

Begitupun, percintaan kedua-duanya penuh liku apabila Maria muncul sebagai penghalang. Kebahagiaan yang mula dirasa hancur dek kehitaman hati wanita terbabit. Bagi mengikuti kesudahan cerita arahan Amie Maziah yang menyayat hati ini, jangan ketinggalan menonton Rahsia Hati yang disiarkan setiap Khamis, menerusi Astro Prima.

Berita Harian

20
Apr

Bohsia Sarat Aksi

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my


SYAMSUL paparkan pelbagai isu remaja dalam filem terbaru yang akan ditayangkan mulai 23 April.

Filem kedua anak Datuk Yusof Haslam diadun mengikut cita rasa remaja zaman sekarang

WALAUPUN isu yang dipaparkan dalam filem ke-24 terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam adalah isu lapuk namun ia masih relevan untuk dibahaskan memandangkan masalah sosial itu masih menjadi duri dalam daging.

Filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam adalah buah tangan kedua Syamsul Yusof selepas Evolusi KL Drift yang berjaya mengutip RM4.5 juta. Filem genre drama/aksi ini sarat dengan aksi yang sentiasa membuatkan penonton ingin mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Melalui pemikiran Syamsul sendiri sebagai pengarah, pelbagai isu semasa yang dibangkit dalam filem ini hanya berlaku kepada remaja di bawah lingkungan 20 tahun ke bawah.

Dalam usia sebegini, ratanya remaja yang sedang dalam delima mencari identiti diri sering dibelenggu dua pilihan hitam atau putih. Lalu penyelesaiannya adalah hukum karma yang pastinya tidak akan terlepas.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, filem kedua arahan Syamsul adalah filem yang menepati cita rasanya sebagai remaja.


YUSOF bangga dengan hasil kerja Syamsul.

“Bagi saya ini adalah filem dia yang ingin menunjukkan ekspresi anak muda sendiri dalam membuat filem mewakili generasinya.

“Saya sebenarnya cukup berbangga dengan hasil kerjanya selama ini kerana berani untuk membuat filem yang sememangnya dekat dengan dirinya sendiri. Saya sendiri mengakui dan menghargai karya anak muda ini agar tidak dipandang sepi.

“Kadang kala kita terlupa masa sudah berubah, ada kalanya pemikiran anak muda ini tidak boleh diramal. Ini adalah zaman mereka dan idea yang dikeluarkan menepati cita rasa masa kini.

“Saya juga memuji pengarah muda hari ini seperti Syamsul sendiri, Pierre Andre, Norliana, Farid Kamil yang cukup kreatif dalam berkarya,” katanya mengenai filem itu yang akan menemui penonton di 60 pawagam seluruh tanah air pada 23 April ini.


NABILA sebagai pelakon wanita utama dalam filem Bohsia.

Turut hadir menyaksikan pratonton filem itu ialah Tan Sri Jins Shamsuddin, Ahmad Puad Onah, Mawi, Ekin dan semua pelakon Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Syamsul yang mengambil masa selama 40 hari sebagai tempoh pembikinan filem ini bagaimanapun tidak banyak menghadapi masalah sepanjang penggambaran.

“Alhamdulillah semasa tempoh penggambaran semuanya berjalan dengan lancar. Dengan bantuan Polis Diraja Malaysia saya dapat melakukan kerja dengan sempurna.

“Selain itu, juga saya cukup berbangga dengan pelakon filem ini kerana dapat memberi komitmen yang tinggi sepanjang penggambaran terutama Nabila, Salina, Shaheizy, Aaron dan semua yang memberi lebih daripada apa yang saya inginkan.

“Mengenai sasaran hala tuju filem ini, pertamanya saya hanya mensasarkan penonton dapat menyelami dan mengambil iktibar dari apa yang ingin saya sampaikan dan kedua adalah dari segi kutipan agar dapat menampung kos pembikinan kerana jika tidak tentu saya akan dimarahi ayah,” katanya.

Bagi Nabila yang memegang watak utama sebagai Tasya dia juga menganggap Bohsia memiliki cabarannya yang tersendiri.

“Saya cukup seronok sepanjang menjalani penggambaran filem ini kerana kebebasan yang diberikan pengarah dalam membentuk watak tidak dihalang. Semuanya selepas bergaul dan mengenali geng mat rempit dan gadis bohsia untuk mendapatkan karakter sebagai Tasya.

“Memang ada pengalaman yang sukar untuk saya lupakan apabila diminta untuk membonceng di belakang mat rempit dan motor itu dibiarkan berjalan dengan menggunakan tayar belakang saja.

“Waktu itu Tuhan saja yang tahu perasaan saya, apa yang saya fikirkan adakah saya akan jatuh selepas ini,” katanya.

INFO

Filem: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Terbitan: Skop Productions Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd

Penerbit: Datuk Yusof Haslam dan Ahmad Puad Onah

Arahan: Syamsul Yusof

Genre: Aksi/Drama

Mula Tayangan: 23 April 2009

Pelakon: Nabila Huda, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle, Lando Zawawi, Yazid Lim, Nasir Bilal Khan dan Adam Corrie.

Berita Harian

6
Mar

Lamaran Romantis Aaron

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

Menempuh gerbang perkahwinan pada usia yang muda, pelakon kacak berasal dari Singapura ini bahagia dengan isteri dan dua anak yang comel.


BAGI Aaron, perkahwinan adalah satu hubungan suci yang harus dijaga bukan sahaja kerana cinta tetapi kerana ia daripada Allah s.w.t.

Mencuri masa emas lelaki popular bernama Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik untuk ditemubual, sebenarnya satu perjalanan yang agak panjang. Ada sahaja urusan mereka yang harus didahulukan menyebabkan niat untuk mengabadikan kisah mereka tertangguh berbulan lamanya.


AARON, Diana dan sepasang cahaya mata penyeri hidup mereka.

Nampak sahaja mereka santai dan tampil bersedia di depan umum tatkala ada majlis yang harus disertai tetapi di sebalik kemunculan itu, Aaron dan Diyana sebenarnya mengejar masa.

Jadual mereka padat. Sekejap di Kuala Lumpur dan sekejap di Singapura. Berulang-alik dalam perjalanan yang meletihkan membuatkan Aaron nekad. Bukan meninggalkan Singapura jauh di hati tetapi keputusan berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur (KL), Malaysia lebih memudahkan urusan karier dan keluarga. Singapura tetap menjadi tanah tumpah darah mereka kerana di sana ada bisnes perkongsian yang sedang beroperasi.

“Alhamdulillah, sekarang kami sangat lega sebab dah tak perlu berulang-alik lagi. Sebelum ini, banyak masa yang tercicir dalam perjalanan. Sibuk macam- mana pun, anak-anak dah tak susah nak berjumpa dengan bapa mereka (Aaron),” jelas Diyana ramah.

Sokong Aaron: “Sekarang kepala saya tidak berat memikirkan isteri dan anak-anak. Kalau orang tua saya mahu menjenguk kami, ia bukan lagi satu masalah.”

Melihat Aaron dan Diyana dari pandangan mata kasar, tentu tidak terbayang oleh semua tentang kesukaran yang pernah mereka alami.

Percaya atau tidak, jalan berliku juga pernah diratapi Aaron dan Diyana demi bergelar seorang anak seni.

“Apa yang saya capai sekarang ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Masa mula-mula hendak jadi pelakon, ramai yang kata keputusan saya tidak tepat kerana di Singapura, lakonan hanyalah kerja sampingan. Tetapi saya mahu serius.

“Bila saya kahwin, ada yang persoalkan kenapa kahwin awal. Saya jawab rezeki di tangan Tuhan. Saya mula ke KL pada tahun 2004. Walaupun dapat watak sampingan, saya tak kisah. Baru hendak menapak, isteri saya mengandung anak pertama.

“Saya pilih untuk beri tumpuan kepada anak, lama juga saya balik ke Singapura. Buat kerja di sana, kemudian dapat tawaran lagi untuk datang ke KL. Semakin rancak dapat tawaran, isteri mengandung lagi anak kedua sekali gus memberi isyarat bahawa komitmen dan tanggungjawab saya semakin bertambah. Sehari selepas isteri melahirkan anak kedua, saya kena berada di KL kerana ada penggambaran yang harus diteruskan. Masa itulah hidup saya sengsara.

“Walaupun Diyana kata dia faham dan boleh tanggung rindu seorang diri di sana, saya pula yang lebih teruk kerana menanggung rindu terhadap tiga orang iaitu isteri dan dua anak yang masih kecil,” jelas Aaron sedikit terharu mengenangkan kisah lama.


SALAH satu gambar Aaron dan Diyana pada sesi fotografi di Singapura untuk majlis perkahwinan mereka.

Hari ini, banyak sebab untuk Aaron bersyukur dengan keluarga dan karier yang dimiliki. Kini juga, masa yang terbaik untuk Aaron membasuh segala kepayahan dan kesukaran dulu yang pernah mereka lalui.

“Terlanjur bercakap tentang hidup. Saya lahir daripada keluarga yang tidak sempurna. Ibu bapa saya bercerai. Sebab itulah, kalau boleh saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak, isteri serta orang tua saya.

“Sebab itulah juga, apabila ramai yang bertanyakan tidak tergodakah saya dengan wanita-wanita cantik yang didampingi di lokasi, prinsip saya mudah. Tubuh saya ini kalau boleh dibahagi-bahagikan, sudah ada bahagian yang menjadi milik keluarga saya. Kena ingat, ini rezeki daripada Tuhan. Kalau tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya sekelip mata sahaja rezeki ini boleh ditarik,” luah Aaron sedikit berhujah.

Beralih satu topik ke satu topik lain, kediaman baru di Sunway Damansara terkeluar dari bibir. Tinggal di kawasan kediaman itu menjadikan lokasi pusat membeli-belah One Utama, tempat tuju Diyana untuk mendapatkan apa juga keperluan.

Cuma satu sahaja, sampai hari ini, wanita yang dianugerahkan sepasang cahaya mata itu tidak pernah memandu dan tidak dibenarkan memandu.

“Saya sedang belajar memandu tetapi rasanya Aaron tak akan benarkan saya memandu bersama anak-anak. Alasan dia, saya jenis yang kelam-kabut dan agak cuai. Saya jarang tengok kiri dan kanan,” getus Diyana separuh tergelak.

Membetulkan kenyataan isterinya, kata Aaron, sekiranya Diyana lulus ujian memandu, sebuah kereta menjadi tawaran dan selama sebulan isterinya hanya layak memandu dari rumah ke One Utama sahaja. Lulus ujian kedua di mata Aaron barulah Diyana bebas berkereta ke sana dan ke sini.

Lamaran dari pentas anugerah

Kemanisan detik lamaran si dia kadang-kadang boleh mengubah kesuraman di wajah tatkala dirundung duka. Apatah lagi lamaran itu menjadi detik pemula berputiknya sebuah perancangan untuk membina mahligai cinta.

Setiap wanita pasti mengimpikan detik lamaran penuh romantis dan walaupun dianggap paling klise, lamaran bertemankan cahaya lilin di meja makan malam eksklusif tetap menjadi visual pertama yang terlintas saat cerita lamaran muncul mengisi perbualan.

Bagi pasangan Aaron dan Diyana, lamaran yang memecahkan simpanan kata di gunung jiwa mereka enam tahun lalu adalah satu sejarah yang tidak ternilai mahalnya. Hati wanita muda, Diyana yang ketika itu baru berusia 21 tahun kembang berbunga, kemudian kuncup mendakap senyuman.

Tanpa disangka, niat sekadar menemani Aaron ke majlis berkenaan menjadi saat paling bermakna dalam hidup Diyana.

Ungkapan keramat dari mulut Aaron yang disaksikan seluruh tamu dan penonton di rumah dalam acara yang disiarkan secara langsung itu ternyata satu anugerah.

“Dia lamar saya dari pentas sebuah majlis anugerah di Singapura. Ketika itu, dia diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Paling Popular dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

“Saya masih ingat lagi isi ucapan Aaron yang berbunyi ‘saya dedikasikan anugerah ini untuk bakal isteri saya’. Saya sangat terkesan, itu ucapan luar biasa dan juga satu lamaran untuk saya kerana kami tidak pernah berbincang soal kahwin secara serius walaupun ada impian ke arah itu,” luah Diyana mengagumi suaminya.

Demi Diyana yang ingin dijadikan suri hidupnya serta tarikh perkahwinan yang sudah dirancang, Aaron tidak ragu-ragu menolak satu tawaran filem dari KL, Bicara Hati yang menamakan dirinya sebagai pelakon utama.

“Itu tawaran pertama (filem) dari Malaysia yang datang kepada Aaron. Dia buktikan kepada saya bahawa dia bukan jenis yang terlalu mengejar karier dan populariti. Katanya ‘kalau kita nak bina masjid dan buat benda baik, pasti banyak lagi benda baik yang akan datang kepada kita’. Sebab itu, saya tak perlu ragu dengan dia dan sekarang kata-katanya semakin menampakkan bukti,” ujar Diyana yang tidak peduli dengan banyak sangkaan ramai bahawa bersuamikan insan popular dan tampan menyesakkan nafasnya sebagai isteri.

Meminta Aaron menterjemahkan erti tempoh enam tahun perkahwinan yang telah dilalui, bapa kepada Danish Anaqi (5 tahun) dan Dwi Ariana (3 tahun) itu mula bermain kata.

“Enam tahun ini masih terlalu awal, saya masih dalam proses menelaah. Ada masanya, saya terfikir sejenak sebelum menghidupkan enjin untuk balik ke rumah. Saya tenangkan diri dan tidak pulang dalam kondisi yang tertekan dan penat kerana ada anak-anak dan isteri menanti saya.

“Hidup ini juga tidak ubah seperti pentas lakonan besar kerana di luar layar, saya juga perlu membawa pelbagai karakter dan watak, sebagai suami, bapa, anak dan masyarakat yang baik. Saya tak sanggup ada yang kecewa. Pernah dulu saya balik ke rumah dan kerana penat, saya memarahi anak saya yang cuba bermanja. Saya tak mahu perkara itu berulang,” getus Aaron dalam visi dan emosi yang sarat menyimpan seribu pengertian.

Kosmo

2
Mar

Gosip Pasangan Eksklusif Kamil-Lisa

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

KEMESRAAN mereka bukan kepalang. Masing-masing saling bercanda dan bergelak ketawa, malahan sering kali tampil bersama. Mereka ibarat isi dan kuku di mana sahaja majlis hiburan.

Walaupun Lisa Surihani sering ditemani ibunya, pelakon kacak bernama Farid Kamil langsung tidak kekok untuk duduk bersama.

Farid seperti sudah terlalu lama dialu-alukan dalam keluarga Lisa. Dia boleh berbual rancak dengna bekas isterinya dalam filem I’m Not Single itu tanpa sebarang persoalan.

Lama selepas I’m Not Single jauh meninggalkan pentas promosi dan keasyikan filem itu sendiri sudah hampir dilupakan peminat, Lisa dan Farid masih diterpa gosip ekoran kemesraan mereka berdua.

Masih ada suara-suara nakal menggelarkan mereka pasangan kekasih biarpun sudah sekian banyak penjelasan diluahkan bahawa mereka hanyalah kawan rapat.

Sementelah, kedua-duanya masih bergandingan menerusi filem Rempit V3 arahan Farid sendiri yang kini sedang menjalani proses penyuntingan.

Terbaru, Farid dan Lisa disunting Astro menjadi bintang eksklusif stesen TV berbayar itu. Mereka generasi kedua yang menjadi bintang eksklusif Astro selepas Erra Fazira dan Aaron Aziz menjadi perintis pada tahun lepas.

Sama-sama bernaung di bawah Metrowealth Movies Production (MIG), bahkan ada yang menggelarkan mereka anak emas David Teo, sama-sama digosipkan, sama-sama bergelar hero dan heroin Rempit V3, kemudian sama-sama dipetik dan dimahkotakan sebagai bintang eksklusif Astro, tidakkah itu satu kebetulan yang dirahmati buat Farid dan Lisa?

Tidakkah itu juga petanda bahawa mereka akan terus dilihat berkepit ke sana sini dan terus dihadapkan dengan persoalan yang sama pada kemudian hari? Selesakah Farid dan Lisa dengan pandangan sebegitu? Hanya mereka yang tahu jawapannya.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana kami memang rapat. Yang saya pelik, gosip ini tidak hangat diperkatakan ketika filem I’m Not Single ditayangkan, ia datang selepas itu. Mungkin kerana kami dinaungi syarikat yang sama dan selalu dipasangkan bersama.

“Saya tak perlu rasa bengang kalau perkara yang diperkatakan tidak benar. Saya juga pernah rimas dengan situasi ini. Saya sedar ini sekadar sebahagian daripada dunia hiburan. Jadi, biarlah… sebab kalau benar kami tak ada apa-apa, orang akan tahu juga,” jelas aktres pelapis sinema Melayu itu dalam nada optimis.

Jika Lisa sebegitu optimis, Farid juga tidak terusik dengan gosip yang diperkatakan. Baginya gosip itu sekadar usikan, selagi tidak menjejaskan reputasinya, dia tidak pernah merasakan terancam.


KAMIL dan Lisa tidak peduli tohmahan orang asalkan mereka berdua diulit kebahagiaan.

Penerima Anugerah Bakat Seni Muda Filem pada majlis Anugerah Seni Negara kelapan baru-baru ini menjelaskan, pelantikan dirinya bersama Lisa sebagai bintang eksklusif Astro juga bukan sesuatu yang harus dipersoalkan.

“Kalau bukan dengan Lisa, siapa lagi?” getus Farid spontan sebelum perbualannya dilanjutkan lagi.

“Saya tiada sebarang persoalan apabila mendapat tahu nama Lisa yang dipadankan dengan saya kerana saya melihat perancangan Astro ini sebagai suatu yang bermatlamat.

“Saya sendiri tidak mungkin akan menandatangani sesuatu perjanjian atau kontrak yang tidak berbaloi,” ujar Farid yang dijanjikan beberapa telefilem dan drama bersiri untuk siaran Astro sepanjang tempoh setahun pertama menjalani rutin sebagai artis istimewa milik Astro.

Cuma ada satu sahaja kekurangannya. Selain penonton filem di pawagam, hanya penonton yang melanggan saluran TV berbayar Astro sahaja yang boleh menikmati dan menyaksikan lakonan Farid di kaca TV selepas ini.

“Sebelum ini saya ada berlakon lima buah drama untuk RTM dan TV3, cuma dalam tempoh setahun akan datang ini rasanya tidak salah jika saya mahu sama-sama menjadi seperti Erra Fazira.

“Lantaran nilai eksklusifnya menerusi Menantu vs Mertua, drama itu mencatat rating tertinggi. Saya juga mahu lakonan saya menyumbang rating yang tinggi dalam setiap drama yang dihasilkan.

“Apatah lagi, manalah tahu kalau-kalau kemasukan saya ke dalam kerabat Astro ini akan memberikan peluang sekali lagi buat saya untuk bekerjasama dengan Erra. Itu yang saya nanti-nantikan, kerana ada satu kualiti yang ada pada diri Erra itu yang tidak ada pada pelakon wanita lain,” akui Farid.

Lisa sendiri walaupun masih baru dan ada ketika agak kekok di layar perak, namun dia mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk menjadi pelapis dalam dunia lakonan.

Lantas apabila ditawarkan menjadi sebahagian daripada keluarga istimewa di Astro, Lisa tiada alasan untuk mengetepikan tawaran mahal itu.

“Saya sedar saya masih baru dan pencapaian yang saya peroleh masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Erra Fazira, aktres pertama yang menjadi bintang eksklusif Astro. Tapi saya ambil tanggungjawab ini sebagai satu peluang untuk saya belajar dan mengasah lagi bakat dalam bidang lakonan,” beritahu Lisa.

Teruja dan rasa dihargai semestinya perasaan yang berbalut di jiwa Lisa. Namun dia sedar bahawa keterujaan itu memberikan satu tanggungjawab untuk menjadi pelakon yang lebih baik agar gelaran bintang eksklusif itu tidak sia-sia.

“Saya tahu dalam tempoh ini saya tidak boleh menerima tawaran daripada stesen TV lain. Tapi daripada apa yang dibincangkan dengan pihak Astro, saya ada ruang yang mencukupi untuk membentuk kualiti lakonan saya nanti.

“Ia juga satu peluang dan pasti banyak perkara baru yang akan datang dalam karier saya,” jelas Lisa yang tidak mahu terlalu memilih watak kerana baginya setiap watak memberikan pengalaman berbeza.


KEMESRAAN sejati. Lisa dan Farid kini bergelar pasangan eksklusif Astro.

Antara drama lakonan Lisa yang sedang menanti tayangan di Astro ialah Pontianak Remaja dan Mataku Nampak Hantu. Lisa dan Farid juga dijanjikan untuk bergandingan dalam produksi berjudul Tiga Janda yang akan memulakan awal Mac ini.

Dalam soal watak serta produksi yang bakal dijayakan sepanjang menjadi bintang eksklusif Astro, Farid sebenarnya turut diberi kebebasan untuk memilih karakter serta produksi bagaimana yang mahu dijayakannya.

“Sudah tentu saya masih ada kebebasan memilih. Tapi kontrak ini hanya melibatkan lakonan bukannya pengarahan atau penulisan skrip walaupun saya dan David ada perbincangan ke arah itu,” jelas Farid yang nampak selekeh dengan imej rambut yang mencecah bahu.

Tidak marah dengan teguran itu, Farid membuat pengakuan begini: “Inilah karakter saya dalam filem Evolusi KL Drift 2. Saya kena nampak berserabut kerana watak saya sebagai seorang pelumba drift yang sedang kecewa.”

Kosmo

20
Feb

MediaCorp’s Ch 5 To Hold Auditions For Leading Roles In New Drama “Polo Boys”

SINGAPORE: If you have the pecs and personality, MediaCorp Channel 5′s latest drama series might just be your big break.

For the first time, the entertainment channel is looking for attractive and talented alpha-males to cast for lead roles in “Polo Boys”, on top of extras.

To qualify, you will have to be between 18 and 25 years old and be able to float on water!

“Polo Boys” is about a group of young men brought together by their love for the sport of water polo.

Tempers flare and things do not go swimmingly when teamwork has to come first.

The show features stars like Adrian Pang, Aaron Aziz and Nathaniel Ho. It is set to hit screens in the middle of this year.

If you have no acting experience, do not fret. You can still make a splash at the auditions at the Education Ministry’s Co-Curricular Activities Branch at Evans Road this Saturday. But do remember to go there in your swimming trunks.

More details can be found on Channel 5′s

Channel News Asia

1
Jan

Vie Zaraa Penyeri Hidup

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Kehadiran anak sulung menguatkan kebahagiaan Eizlan Yusof dan Vie Shanti

KEHIDUPAN rumah tangga pelakon, penerbit eksekutif dan ahli perniagaan, Eizlan Yusof, 37, dan isteri, Vie Shanti Haroon Khan, 22, cukup membahagiakan dengan kehadiran anak sulung mereka, Vie Zaraa.

Pada Sabtu ini, usia Zaraa genap lapan bulan. Kecomelan Zaraa yang diwarisi ibu bapanya, menambat minat ramai pihak yang ingin mengabadikan gambar dengannya.

Zaraa ibarat hadiah yang cukup bermakna dalam hidup mereka, biarpun akui Eizlan dia tidak menyangka dengan faktor usianya yang agak lanjut, dia mampu mendapatkan anak sulung ini dengan cepat. Berkahwin dengan isteri yang muda juga tidak menjadi masalah kepadanya, tambahan pula, isterinya cepat matang daripada usia sebenar.

Mengenai anak kedua, mereka ada merancang dan tidak pernah putus berusaha biarpun isterinya pernah mengalami saat getir apabila mengalami keguguran beberapa bulan lalu. Untuk tatapan peminat setia Eizlan, Hip paparkan gambar percutian bersama keluarga di Genting Highlands, baru-baru ini.

“Jangan tak tahu, Zaraa pun diminati ramai orang dan rezekinya luas. Kalau kami bawa dia berjalan-jalan, pasti dia akan menjadi tumpuan ramai terutamanya pelancong luar yang akan mengambil kesempatan bergambar dengannya. Kami masih merancang untuk mendapatkan adik buat Zaraa, ada rezeki, insya-Allah.

“Saya bersyukur mendapat isteri yang sangat memahami dan dia bijak menyesuaikan diri dengan situasi. Biarpun dia dilihat muda, saya tak pernah rasakan dia bersifat kebudak-budakan. Sekarang dia memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai suri rumah dan sesekali dia masih melakukan peragaan. Saya kena sporting dengan bidang yang diminatinya, selagi dia pandai menjaga diri dan memelihara maruah keluarga,” katanya yang dihubungi Hip baru-baru ini.

Baru saja selesai penggambaran filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly, Eizlan memegang watak sebagai Datuk Hisham di samping pelakon Maya Karin, Fazura dan Aaron Aziz.

Pada Ramadan lalu, Hip ternampak kelibat Eizlan dengan imej beruban di samping keluarganya berbuka puasa di sebuah premis makanan di KLCC. Rupa-rupanya, selain semula jadi berambut putih, Eizlan juga mengekalkannya atas permintaan Bernard demi tuntutan watak.

Sibuk kembangkan dunia perniagaan


GAMBAR kenangan sewaktu majlis pernikahan mereka di Kota Kinabalu, Sabah, pada Julai 2007.

Selain bergelar pelakon sejak 25 Oktober 1994, umum sedar bahawa Eizlan juga seorang penerbit eksekutif secara bebas dan baru saja menyiapkan sebuah skrip untuk sebuah telefilem di RTM berjudul Kalif. Pada masa sama, Eizlan bersama rakan kongsinya, Abdul Munaf Sultan yang juga anak kepada pengasas syarikat Agate menjalankan perniagaan arang batu.

“Mungkin orang ingat saya bekerja tetap sebagai penerbit kreatif di Pena Creatives Sdn Bhd sebelum ini hakikatnya saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan bebas menerima tawaran. Selepas Pena Creatives, saya kerja di Fame Attraction, Gama Taktik dan bekerjasama dengan Ahmad Idham di bawah syarikat Excellent Pictures.

“Perniagaan itu dijalankan sejak hampir setahun di Jakarta dan Kalimantan Selatan di bawah syarikat Black Stone Dagangan. Kalau tidak terikat dengan penggambaran, saya akan ulang-alik ke sana untuk menguruskannya.

“Insya-Allah, kami akan mengembangkan perniagaan itu bersempena 2009 yang bakal menjelma tidak lama lagi,” katanya yang bakal bergandingan dengan Abby Abadi dalam telefilem berjudul Air Mata Buaya.

Menurut Eizlan lagi, resolusi 2009 bagi dirinya ialah untuk sifar hutang dalam setiap apa yang dilakukan.

Masih tegar berjuang sebagai pelakon, Eizlan sedar dan menyambut baik kemunculan bakat baru yang bakal mewarnai persada seni.

Katanya, istilah ‘double standard’ atau pilih kasih sering berlaku, namun, semua di luar bidang kuasanya. Tambahnya lagi, penerbit drama atau filem pun akan mencari muka baru dan segar demi keuntungan atau mencari angin baru.

Apa terjadi kelibat pelakon senior yang berpengalaman masih diperlukan di dalam industri dan menurut Eizlan, Rosyam Nor adalah contoh terbaik yang masih diterima dan diberi peluang memegang watak hero.

“Saya melihat apa yang terjadi ini dari sudut pandangan positif, ia sebagai proses peralihan yang pasti berlaku seiring dengan peningkatan umur. Bagaimanapun, kelebihan yang ada kepada pelakon lama dalam aspek pengalaman dan kemahiran berbanding pelakon baru yang baru saja menapak. Macam Rosyam, dia masih unggul sebab prestasi lakonannya dianggap luar biasa.

“Kalau dilihat senario di luar negara, makin lama pelakon itu berada di dalam industri, maka semakin hebat dan unggul namanya. Ia berbeza dengan negara kita tapi sebagai penggiat seni, saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan bakat baru yang bakal menyemarakkan lagi generasi terdahulu,” katanya yang berkahwin dengan Vie Shanti pada 7 Julai 2007.

PROFIL: Eizlan Yusof

Tarikh Lahir: 14 Jun 1971

Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tinggi: 180 sentimeter

Berat: 78 kilogram

Adik Beradik: Anak kedua daripada lima beradik

Status: Berkahwin

Isteri: Vie Shantie Haroon Khan

Tarikh Lahir: 27 Julai 1986

Kerjaya: Penerbit Eksekutif, pelakon dan model

Drama: Pembunuh Upahan, Sebesar Zarah, Senafas Takbir terakhir, Cik Mala Janda Berhias, Cikgu Rozie, Jaguh-Jaguh

Filem: Lurah Dendam, Panas, Perempuan Melayu Terakhir, Black Maria,Panas, Cahaya Cinta, Cinta, Impak Maksima, Pisau Cukur.

Berita Harian

17
May

Aura Baru Lelaki Malaysia

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my



Nagaraj Rajendran

Brian, Ramzan dan Nagaraj kongsi cerita untuk tampil bergaya

SUATU ketika dulu, pasti ramai lelaki bersetuju mereka sukar membuat pilihan dalam menentukan fesyen pakaian, kasut atau produk penjagaan diri. Himpunan koleksi barangan lelaki seolah-olah dipinggirkan daripada arus fesyen semasa di mana tumpuan lebih menjurus kepada wanita.

Kuasa beli wanita yang tiada batasan seolah-olah mengenepikan hak lelaki untuk bergaya dan menata imej bersesuaian dengan cita rasa. Akibatnya, rekaan pakaian lelaki menjurus kepada gaya lebih konvensional malah ketinggalan zaman.

Berbanding wanita yang sentiasa ‘panas’ dengan pesona fesyen semasa, selain aura gaya fesyen empat musim, koleksi kasut pelbagai bentuk serta himpunan kosmetik daripada jenama terkenal membuatkan wujudnya jurang cukup besar dari segi cita rasa lelaki dan wanita.

Namun, persis kata pepatah ‘sekali air bah, pantai pasti berubah’. Begitulah juga dengan kehidupan manusia yang ikut berubah mengikut arus dan masa yang pantas berputar. Aura gaya lelaki tidak terkecuali menerima tempias perubahan arus semasa, sekali gus menyaksikan begitu banyak label baru serta barangan penjagaan diri yang dikhususkan untuk kaum Adam.

Hal sedemikian secara tidak langsung memberikan satu anjakan baru dalam perspektif penggayaan lelaki. Cubalah intai-intai di sekeliling, sedari atau tidak lelaki sudah mulai bijak memilih jenis persalinan dengan pilihan warna, potongan pakaian, jaket serta kasut yang menepati arus fesyen semasa.


Tidak terkecuali lelaki semakin menitik beratkan soal kecantikan dengan membelanjakan sebahagian besar gaji bulanan untuk membeli himpunan pencuci wajah, krim pelembap kulit, set pencukur wajah hinggalah kepada botol wangian, deodoran dan penjagaan rambut.

Lihat saja kemunculan pelbagai produk khusus untuk jejaka di pasaran secara tidak langsung mendidik lelaki dalam menjaga penampilan sehingga wujudnya istilah, metroseksual yang merujuk kepada lelaki yang begitu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan. Perlu diingat, lelaki metroseksual tetap lelaki normal yang masih memuja kecantikan asli wanita!

Bercerita mengenai pilihan gaya, minat dan hala tuju lelaki Malaysia masa kini, i-Kon minggu ini menemubual tiga lelaki Malaysia alaf baru yang mewakili pelbagai etnik, profesion, personaliti serta minat berbeza, sekali gus mengupas persepsi mereka mengenai lelaki alaf ini.

Brian Lau, Ramzan Mohd Saufi dan Nagaraj Rajendran masing-masing peserta peserta pertandingan akhir The Cleo 50 Most Eligible Bachelors anjuran majalah Cleo. Melihatkan gaya serta penampilan mereka sendiri bertepatan dengan realiti bagi kelompok lelaki yang mewakili masyarakat alaf baru.

i-Kon sengaja memilih tiga jejaka ini, sementelah mereka turut memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan, selain berkongsi cerita mengenai gaya hidup, fesyen serta cita rasa lelaki Malaysia hari ini.

Seperti kata Brian, 25, yang juga juara Cleo 50 Most Eligible Bachelors 2008, lelaki Malaysia hari ini sudah berubah bukan saja dari segi fesyen tetapi turut memperbaiki gaya hidup dan berfikiran terbuka. Pembangunan negara sedikit sebanyak mendorong perubahan berkenaan.

Beliau berkata, lelaki moden sanggup berbelanja lebih untuk meningkatkan penampilan diri dan mulai memahami pentingnya menjaga personaliti dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Lihat bagaimana pelakon Aaron Aziz dan Alex Young umpamanya yang mewakili wajah lelaki Asia masa kini yang menjaga penampilan dan kesihatan badan.

“Seperti saya, tidak terkecuali mementingkan penampilan tetapi tidaklah sampai ke tahap ekstrim. Cukup sederhana dalam segala hal,” katanya yang juga eksekutif jualan farmasi di Kuala Lumpur.

Ramzan, 26, yang juga seorang ahli perniagaan berkata, gaya lelaki khususnya di kalangan masyarakat muda lebih berani untuk mencuba pelbagai gaya baru dengan potongan, warna dan rekaan fesyen.

Katanya, berbanding dulu, pilihan gaya fesyen lelaki sekarang semakin banyak dengan pelbagai jenama pada harga cukup berpatutan. Pelbagai pilihan gaya fesyen, mendidik lelaki untuk tampil lebih berkeyakinan dalam memilih cita rasa fesyen.

“Saya tidak nafikan memang suka bergaya tetapi tidaklah terlalu keterlaluan. Dalam sesetengah keadaan, saya gemar sekadar mengenakan seluar denim dengan kemeja-T untuk gaya lebih santai khususnya pada hujung minggu.

“Tetapi, untuk acara lebih formal saya tetap mengenakan pakaian bersesuaian kerana mahu melihat lebih bergaya dan berkeyakinan. Pastinya untuk bergaya kita harus berkerja keras dan hasilnya pasti mengagumkan,” katanya turut berkongsi wanita pilihan kepada i-Kon.

Menurut Ramzan, beliau mengidamkan teman wanita berkulit cerah, tinggi, berambut panjang dan paling utama mempunyai kerjaya. Beliau juga ingin ditemukan dengan wanita yang bersemangat tinggi dan mempunyai impian dalam hidup.

Ditanya aktiviti pilihan lelaki urban masa kini, Ramzan berkata kebanyakan orang bujang gemar mengisi masa terluang dengan meningkatkan stamina di gimnasium, berenang, berlibur dengan teman-teman dan tidak terkecuali berkaraoke.

Mengenai pandangan beliau berhubung pencapaian lelaki Malaysia dari segi penampilan diri dan gaya hidup, Ramzan berkata, golongan itu sudah mencatat perubahan besar dalam kehidupan seharian. Malah, Ramzan turut memuji lelaki Cina yang baginya begitu menitikberatkan soal penampilan diri khususnya dalam penjagaan badan.

“Lelaki Cina hari ini nampak begitu menghargai penampilan mereka terutama melakukan senaman di gimnasium untuk membentuk tubuh badan. Trend itu nampaknya sedang diikuti lelaki Melayu dan India untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

“Tidak terkecuali dari segi fesyen, di mana lelaki nampaknya semakin berani untuk tampil dengan rekaan fesyen terkini,” kata Ramzan.

Pendapat sama turut dipersetujui Nagaraj, 23, yang menyifatkan lelaki Malaysia mempunyai kelas tersendiri dalam pemilihan gaya fesyen. Beliau sendiri tidak menolak wanita banyak membantu dalam mencorak gaya fesyen lelaki disebabkan faktor kuasa beli dan pengaruh fesyen sejagat.

Menyentuh mengenai fesyen yang mewakili lelaki hari ini, Nagaraj berpendapat pengaruh fesyen 1960-an hingga 1980-an kembali menjadi pilihan untuk digayakan.

“Saya sendiri berani untuk tampil dengan gaya terkini dan mencuba sesuatu yang baru. Pernah sehari itu saya keluar dengan teman-teman dengan imej koboi kerana percaya dengan pembawaan diri dengan sesuatu gaya itu.

“Tidak salah untuk mencuba fesyen baru khususnya dari barat asalkan mengikut batasannya,” ungkap Nagaraj yang bertugas sebagai pegawai bank dan guru tuisyen separuh masa.

Ditanya harapan beliau mengenai lelaki Malaysia dari segi penampilan, gaya hidup dan daya fikiran bagi tempoh 10 tahun akan datang, Nagaraj percaya berdasarkan momentum sedia ada golongan lelaki lebih berdaya saing untuk mencorak masa depan negara.

“Tetapi untuk mencapai tahap terbaik, mereka haruslah mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial, memfokuskan bidang kerja yang diceburi, mengukuhkan hubungan bersama keluarga dan teman-teman barulah berjaya mencapai momentum negara maju,” kata Nagaraj.

Ternyata, pendapat yang dibincangkan tiga jejaka bujang idaman Malaya ini mewakili isi hati lelaki urban yang mempunyai latar belakang pendidikan berbeza, berkerjaya profesional, menetap di bandar besar Kuala Lumpur dan pengalaman pendirian berbeza.

Jika anda seorang lelaki, renungkanlah anda yang mencorak landskap masa depan lelaki Malaysia hari ini, esok dan selamanya!

Powered by Berita Harian

8
May

Filem Bohsia Bongkar Masalah Sosial Remaja



BINCANG: Syamsul bersama pelakon Bohsia sebelum penggambaran dimulakan.

Syamsul sedia berdepan dengan kontroversi jika judul filem kedua arahannya dipertikaikan

JUDUL Bohsia mungkin agak liar, nakal dan mungkin agak keterlaluan, tetapi bagi pengarahnya, Syamsul Yusof mahu masyarakat tidak melihatnya dari luaran saja tanpa memahami apa yang hendak disampaikan menerusi filem itu.

tapi jangan melihat pada perkataan Bohsia saja, tetapi renungi juga sebaris ayat pendek yang menjadi tag-line filem ini iaitu Jangan Pilih Jalan Hitam. Bagi Syamsul untuk mendekati dan memahami masalah golongan ini, kenalah ada pendekatan yang bersesuaian supaya mereka boleh menerimanya dengan mudah.

Katanya, bukanlah satu kesalahan dia memilih Bohsia sebagai judul filem kedua arahannya kerana perkataan itu sudah diterima oleh masyarakat yang merujuk kepada masalah berkaitan dengan remaja perempuan.

“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang. Kenapa mereka jadi macam itu (jadi bohsia), adakah ia berpunca daripada keluarganya, masyarakat dan sebagainya.

“Tajuk Bohsia itu sendiri tidak sepatutnya dijadikan kontroversi kerana ia sudah menjadi ‘bahasa umum’ yang merujuk kepada sekumpulan remaja perempuan terjebak dalam gejala sosial. Malahan perkataan bohsia itu lebih lembut bunyinya berbanding kalau kita menyebut perempuan jalang atau sundal,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Ukay Perdana, Hulu Klang, baru-baru ini.

Syamsul berkata apabila dilihat secara positif, filem Bohsia ini boleh dianggap sebagai kritikan sosial yang mempersoalkan apakah tindakan dan peranan keluarga dan masyarakat dalam menangani permasalahan itu.

“Isu bohsia dalam filem berpunca daripada keluarga. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab memperkosa anaknya sendiri. Si anak tertekan dan tanpa sokongan masyarakat sekeliling dia memilih haluan sendiri, bergaul dan mengamalkan kehidupan secara bebas sehinggalah digelar bohsia.

“Saya tidaklah meminta golongan remaja bermasalah memilih jalan hidup yang tidak elok. Sebab itulah tagline filem ini adalah Jangan Pilih Jalan Hitam. Cuma saya berasakan perlu juga melalui filem ini ditunjukkan apa sebenarnya peranan kita untuk mengatasi masalah bohsia,” jelasnya.

Pada usia masih muda iaitu 23 tahun, Syamsul berasakan memang mudah untuk ‘menjiwai’ permasalahan dalam kehidupan bohsia kerana segala maklumat yang diperolehi dan menjadi subjek dalam filem kedua arahannya adalah hasil pergaulannya dengan golongan itu.

Selain mengarah, sekali lagi dia turut menjadi antara barisan pelakon filem ini. Pelakon lain ialah Nasir Bilal Khan, Aaron Aziz, Nabila Huda, Salina Saibi, Diana Danielle dan Korie.

Filem itu yang kini sudah lebih 20 hari menjalani penggambaran dianggap tidak memberi tekanan kepada Syamsul berbanding ketika mengarahkan filem pertamanya Evolusi: KL Drif.

“Jadual kerja untuk mengarahkan filem ini tidak ketat. Saya anggap bekerja secara sihat sepanjang mengarahkan filem Bohsia. Jadualnya agak fleksibel. Saya masih ada masa untuk berehat. Masa mengarahkan filem Evolusi: KL Drift memang cukup tertekan dan rasa macam tersiksa.

“Setiap masa adalah kerja. Penggambaran dari pagi hingga hampir subuh. Keesokannya kena ke lokasi lagi. Memang sewaktu buat KL Drift saya hampir putus asa, perit rasanya.

“Tetapi KL Drift juga memberikan pengalaman dan disiplin kerja yang bagus kepada saya. Ia mengajar saya macam mana hendak mengatasi tekanan. Macam mengarahkan filem Bohsia, tekanan tetap ada tetapi tidaklah seteruk KL Drift,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak sehebat KL Dritf. filem Bohsia tetap menampilkan babak aksi seperti adegan kejar mengejar menggunakan motosikal yang agak mencemaskan penonton dan perkelahian yang tegang.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan filem Evolusi: KL Drift, Syamsul berkata dia seperti tidak percaya filem arahan pertamanya itu mencatatkan kutipan kasar yang tinggi kerana ia adalah di luar jangkaannya.

“Sasaran saya ialah filem itu tidak rugi. Itu sudah cukup. Ini kerana sebelum KL Drift ditayangkan, filem arahan Ahmad Idham iaitu Impak Maksima sudah masuk panggung. Malahan Impak Maksima versi drama juga sudah disiarkan di TV.

“Saya risau ia akan memberi kesan kepada filem KL Drif. Tapi tidak disangka sambutannya cukup menggalakkan. Saya peluk ayah dan emak kerana syukur dan berterima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus memberi semangat kepada saya,” katanya.

Filem Evolusi KL Drif mencatatkan kutipan kasar RM4.5 juta selepas lebih dua minggu ditayangkan pada 3 April lalu. Ia menjadi kutipan tertinggi bagi filem tempatan yang ditayangkan setakat April 2008.

Powered by Berita Harian

7
Apr

Tak Kisah Dikatakan Lupa Diri

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap

INDUSTRI seni tanah air memang cukup terbuka. Selain laluan ‘mudah’ diberikan kepada artis Indonesia, bintang dari Singapura juga tidak terkecuali. Sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, makin ramai anak jati dari Kota Singa itu berhijrah ke Kuala Lumpur.

Nama seperti Ferhad, Ahli Fiqir, Adi Putra, Imran Ajmain dan Aliff Aziz amat dikenali di kalangan peminat seni tempatan. Begitu juga dengan Aaron Aziz, 32. Pelakon utama drama Janji Diana ini nampaknya amat laris di pasaran.

Malah bapa dua anak ini mengakui hatinya senang me neruskan kerjaya seni di Malaysia kerana keluarga sudah berada di sisinya. Katanya, kalau dulu dia terpaksa berulang- alik dari Kuala Lumpur dan Singapura demi mengubat rindu, kini tidak perlu lagi.

“Ketika isteri dan anak menetap di Singapura, boleh di katakan masa saya lebih banyak habis dalam perjalanan. Alhamdulillah, kini tidak perlu lagi kerana mereka semua sudah ada dengan saya. Kini semuanya makin mudah.

“Saya sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur kerana berlakon memang minat dan impian. Di Singapura pula, senario itu amat berbeza dengan Malaysia. Kalau di sini industri hiburan mampu dijadikan sebagai kerjaya tetapi di Singapura ia sekadar fesyen.

“Seni tidak boleh dijadikan karier utama. Jika mahu menjadi anak seni, secara sambilan saja. Tidak boleh sepenuh masa kerana pasaran yang kecil. Justeru, untuk mengembang kannya agak terhad. Itulah sebabnya saya berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Sekalipun namanya masih baru di negara ini, rezeki Aaron nyata murah. Selain sibuk dengan lakonan, Aaron juga baru-baru ini dipilih menjadi duta produk Men Expert keluaran L’Oreal Paris.

Katanya, dia amat bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian itu.

Selepas membintangi filem Evolusi KL Drift terbitan Skop Production Sdn Bhd, Aaron kini sibuk pula di lokasi filem kedua, Shh… Dia Datang arahan pelakon dan pelawak, Saiful Apek.

Persoalannya, mampukah Aaron berkomedi? Aktor kacak ini mengakui menjadi pelakon komedi pasti bukan dirinya tetapi apa salahnya dia mencuba berlakon watak komedi.

Katanya, apa yang menarik perhatiannya ialah jalan cerita filem itu.

“Saya dapati skrip filem Shh…Dia Datang sangat bagus. Ia mengisahkan saya dan Apek yang bersahabat baik, mem punyai cita-cita sama mahu menjadi pelakon. Bagaimanapun, kami menghadapi pelbagai halangan untuk menjayakannya.

“Pelbagai insiden menarik dan melucukan dimuatkan dalam filem Shh…Dia Datang ini nanti. Cuma, tidak tahulah sejauh mana penonton boleh menerimanya. Apapun, saya berharap percubaan pertama dalam ‘komedi’ ini diterima baik,” ka tanya.

Aaron juga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Popular. Walaupun tewas di tangan Rosyam Nor, Aaron berkata, dia semenangnya tidak mengharapkan ke menangan memandangkan saingannya cukup hebat terutama daripada Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosyam Noor.

“Sudah tersenarai dalam ‘Top 5’ pun saya amat bersyukur. Sebagai orang baru dalam industri hiburan, pencalonan dalam ABPBH2007 saya anggap satu penghargaan peminat. Tidak pernah saya sangka sampai ke tahap ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pembaca Berita Harian kerana mengundi dan meletakkan saya hingga ke tahap ‘popular’ itu. Apa yang diberi peminat ini akan jadi pemangkin semangat saya untuk terus berusaha keras meningkatkan mutu lakonan,” katanya.

Aaron juga tidak terlepas daripada kontroversi apabila menolak menolak tawaran berlakon filem Histeria arahan James Lee sebelum ini.

Katanya, dia bukan ‘demand’ dengan bayaran tetapi tidak mampu memberi komitmen.

“Sebenarnya sudah menjadi cara saya tidak akan ambil lebih daripada dua tawaran berlakon. Malah ketika diberi tawaran itu, saya sedang sibuk menjayakan penggambaran drama 30 episod, Bulan Bertemu Matahari arahan Erma Fatima.

“Seingat saya, tempoh penggambaran drama itu mengambil masa kira-kira empat bulan. Jadi, saya terpaksa tolak tawaran yang bertindan dengan jadual sedia ada. Ia jauh sekali disebabkan hubungan ‘tidak baik’ saya dengan pelakon lain.

“Hingga kini saya tiada masalah dengan mana-mana pe lakon. Oleh itu jika terkeluar cerita mengatakan saya tidak baik dengan pelakon lain, rasanya tidak benar dan gosip semata-mata. Pada saya, tiada sebab untuk bermusuh,” katanya.

Ditanya apakah dia berasakan masih mempunyai peminat di negara kelahirannya, Aaron yang memulakan kerjaya lakonan di Singapura pada 2004 mengakui peminatnya tetap ada.

Katanya, biarpun kini dia di Malaysia tetapi ada juga antara peminatnya masih berhubung dan bertanya khabar. Aaron juga pernah meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005.

Mengenai tawaran berlakon di Singapura, Aaron mengakui dia kini tidak lagi mengambil sebarang tawaran di sana. Tegasnya, dia selesa memberi tumpuan kepada karyawan seni di Malaysia. Itu bukan saja mudah tetapi teratur.

“Saya tidak kisah kalau dikatakan ‘lupa diri’. Terpulanglah, dengan apa orang hendak cakap. Paling penting, saya dan keluarga tahu apa yang berlaku,” katanya.

PROFIL

NAMA: Aaron Aziz

KERJAYA: Pelakon

ASAL: Singapura

USIA: 32 tahun

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Diyana Halile

ANAK: Danish Anaqi, 4 dan Dwi Ariana, 2

DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila dan Bulan Bertemu Matahari

Filem: Evolusi KL Drift dan Shh… Dia Datang

PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005)

DUTA PRODUK: Men Expert keluaran L’Oreal Paris

Powered by Harian Metro