Fasha Sandha

Rap JURUSOLEK penting dalam pembentukan imej artis dan selebriti. Malah dengan sentuhan golongan inilah, wajah yang kelihatan biasa pada mulanya bertukar rupa lebih cantik dan berseri. Jurusolek artis terkenal, Deq Sha akan menurunkan petuanya kepada peminat yang berhasrat memiliki wajah jelita seperti artis pujaan mereka pada Bengkel Cantik Sihat Mak Dara anjuran Mak Dara Sdn …

Continue reading Petua Solekan, Rias Wajah

Oleh Fairuz Zaidanfairuzaidan@bharian.com.my Tampil istimewa, XY – Ikon Lelaki minggu ini menghimpunkan 10 pereka fesyen lelaki yang bakal menyemarakkan Fiesta Fesyen Berita Harian. Inspirasi rekaan mereka – songket dan tenun turut digayakan bintang pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) kelak. Raikan aura fesyen mereka! BUKAN mudah menghimpunkan 10 pereka fesyen tanah air dalam …

Continue reading Impak Pereka Fesyen Malaysia!

Oleh Shaidah Shafieshasha@bharian.com.my RIZMAN (kanan) dan Wan Ruzaini mendapatkan pandangan Pengarah Eksekutif Euro Moda, Jasleen Kaur, bagi memilih kain yang sesuai untuk digabungkan dengan fabrik songket. Rizman Ruzaini curah kreativiti hasilkan rekaan berasaskan perincian songket PELUANG mengadun ilham dengan fabrik tenun seperti songket ternyata menyeronokkan bagi dua pereka, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil …

Continue reading Fiesta Fesyen KL: Fabrik Mewah Cabar Minda

Oleh FIRDAUS SAHAT firdaussahat@hmetro.com.my Rap TURUN naik tangga stesen televisyen tempatan sudah menjadi lumrah buatnya. Memandangkan syarikat produksinya, Cintakasih Productions Sdn Bhd ditubuhkan dua tahun lalu, bukan mudah baginya mendapatkan projek, lebih-lebih lagi masih ramai belum percaya kemampuan pelakon ini menguruskan syarikat berkenaan. Namun, Aida Aris percaya rezeki itu ketentuan Tuhan Yang Maha Pemurah. Di …

Continue reading Suram Seri Pengantin Aida

Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my Rap MELIHAT senario artis bercerai sepanjang 2008 cukup menakutkan. Dihitung secara keseluruhan hampir 18 artis tidak kira pelakon, penyanyi mahupun pengacara televisyen disahkan berpisah dengan pasangan masing-masing atau permohonan mereka masih dibicarakan di mahkamah syariah. Lebih menyedihkan perkahwinan pasangan artis ini ada antaranya tidak sampai setahun pun usianya. Hal ini …

Continue reading Berita Cerai Gemparkan Peminat

Oleh Norhashimah Mohd Radzalinorhashimah@bharian.com.my PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, memutuskan hartawan teknologi maklumat (IT) yang pernah dikaitkan dengan aktres Fasha Sandha, Datuk Shafik Rizaal Saaban dan isterinya, Datin Norhaslinda Abu Bakar, masih suami isteri yang sah. Hakim Ghazali Ahmad memutuskan tidak berlaku talak (perceraian) bagi keseluruhan lafaz yang didakwa Norhaslinda diucapkan oleh …

Continue reading Datuk S, Norhaslinda Masih Suami Isteri

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT WANITA walaupun sudah berusia tidak dihalang untuk tampil menawan dan berkeyakinan, apatah lagi jika sudah bergelar artis. Hidup yang menjual bakat, nama dan karya seni, mahu tidak mahu, soal paras rupa antara agenda utama. Ini yang menjadi prinsip penerbit dan selebriti popular yang bernama Sheila Rusly, walaupun usia sudah mencecah …

Continue reading Sheila Rusly Takut Tua?

Sazzy Falak bersama kereta kesayangan. Apa jua jenisnya, kereta penumpang, kenderaan utiliti sports (SUV) atau kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan beroda empat yang lazimnya dipanggil kereta menjadi keperluan kepada semua, miskin atau kaya, tua atau muda dan apa juga pekerjaan yang dilakukan. Yang membezakan antara semua ialah jenis kereta yang dipandu, sama ada mewah atau …

Continue reading Kereta Pilihan Selebriti

Oleh FAIZAL SAHARUNI SELEPAS berita mengenai dirinya yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Shafik Rizaal Saaban dilaporkan, aktres jelita yang sering meraih kontroversi ini bagaikan ‘menghilangkan diri’ dari wartawan. FASHA mengupah pengawal peribadi kerana ia satu keperluan. Puas sudah menghubunginya dan menghantar SMS menerusi telefon-telefon bimbitnya supaya dia memberi ruang untuk mengulas mengenai …

Continue reading Tak Salah Pasang Pengawal – Fasha Bukan Berlagak

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my FASHA Sandha bersama Adi Putra dalam satu babak drama Kehangatan Lantana. Fasha disolek hodoh bagi menjiwai watak Juwita. KERAP diberikan watak gadis malang atau yang sering menjadi penganiayaan, semua itu bagaikan ‘makanan harian’ buat aktres muda Fasha Sandha. Sebagai pelakon, matlamatnya ialah mempelbagaikan wataknya. Dia mahu menjadi aktres yang versatil …

Continue reading Juwita Bukan Zaleha